04 Mei 2011

CUTI DI TELUK BATIK - PT1

Catatan Ayah

Rabu
30 Jamadil Awal 1432
4 Mei 2011

Assalamu'alaikum...

Sekarang heboh diperkatakan akan kematian Osama Ben Ladin.. atau nama lain Usamah Bin Ladin.. yang dibunuh oleh kafir laknatullah Amerika Syarikat..

Sibuk juga diperkatakan tentang kesahihan kematian beliau, sama ada betul atau tidak akan kematian beliau atau semata-mata propaganda Amerika Syarikat.. dan juga kesahihan gambar yang disiarkan.. yang berkemungkinan dari teknologi photoshop...

Jika ditakdirkan Usamah Bin Ladin meninggal dunia.. semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman...

Ok.. hari ni aku nak share pengalaman aku bersama famili bercuti di Teluk Batik, Perak.. pada cuti hari pekerja yang lepas.. selepas perancangan hampir sebulan yang lalu...



Pada mulanya, aku bercadang untuk ke sana dengan menunggang Kerbau Hitam aku.. manakala famili memandu Kenari.. tapi keadaan yang tak mengizinkan.. kami sekeluarga pergi ke sana dengan memandu Kenari saja...


Sabtu lepas, 30 April 2011.. adalah hari kerja untuk syarikat tempat aku bekerja iaitu kerja setengah hari.. jadi aku sekeluarga bertolak ke Teluk Batik selepas aku balik kerja..


Selepas semua persiapan dan bekalan siap.. lebih kurang pukul 2.18 petang kami bertolak.. Alhamdulillah cuaca amat baik sekali.. dan anak-anak semua bergembira...


Apa-apa hal.. isi minyak dulu.. jauh lagi perjalanan ni... merentasi 2 negeri...

Aku melalui Kodiang.. menuju ke Jitra.. sebelum masuk Lebuhraya Plus.. bagi mengelakkan kesesakan jika melalui Jalan Kangar-Alor Star.. kesesakan selalunya berlaku di Simpang Kuala...


Melintasi Pekan Kodiang...


Sampai Jitra.. keadaan jalan agak lengang.. dan cuaca cukup baik.. serta kepanasan...

Dari sini.. aku mengambil short-cut ke Lebuhraya Plus dengan melalui POLIMAS.. dan terus ke Lebuhraya Plus...


Sampai tol plaza yang pertama.. iaitu Plaza Tol Hutan Kampung.. nasib baik tadi aku dah top-up Touch & Go.. tak ler tersangkut dalam kesesakan kat plaza tol...



Lebuhraya arah ke selatan agak lengang.. tetapi arah ke utara sesak dengan kenderaan.. mungkin orang ramai pakat balik kampung kot... sempena cuti hari pekerja..


Selepas melepasi Sungai Petani.. mata mula mengantuk.. letih kerja tadi agaknya.. jadi aku ambil keputusan untuk tukar dengan isteri aku.. Isteri aku mula ambil alih memandu pulak.. sementara aku rehat sekejap untuk memulihkan kembali tahap kecergasan... ;-)



Menghampiri Tol Sungai Dua...


Kesesakan jelas kelihatan kat Tol Sungai Dua.. menghala ke utara...




Akhirnya.. kami tersangkut dalam kesesakan sebelum sampai Tol Juru.. nak buat macam mana.. ikut sajalah.. dan ini adalah cabaran yang perlu isteri aku lalui untuk menambahkan pengalaman memandunya.. iaitu memandu dalam kesesakan...


Pelan-pelan menyusuri kesesakan.. akhirnya sampai juga ke Plaza Tol Juru...

p/s: tersangkut dalam kesesakan adalah sesuatu yang amat membosankan.. itulah salah satu sebab mengapa aku suka menunggang motor.. oklah.. nanti aku sambung lagi cerita perjalanan menuju ke Teluk Batik ni...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...