17 Mei 2011

CUTI DI TELUK BATIK - FINAL PT

Assalamu'alaikum...

Terlebih dahulu aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis yang ke 68.. kepada rakyat Perlis..

Hari ni juga.. penuh program pagi ni.. dari servis RO rumah Kak Miah dan Kak Kiah.. periksa Bangcik yang demam dan Ibu yang sakit mata.. hingga periksa dan buat cermin mata Kakak Dina..

Jenuh juga.. sepagi keliling Kangar...

Ok.. sambung balik ceritera percutian di Teluk Batik.. masuk episod terakhir.. perjalanan dari Kuala Sepetang sampai rumah...

Hari ke-3 @ perjalanan ke rumah


Alhamdulillah.. perut pun dah kenyang.. sedap sungguh mee udang.. InsyaAllah.. ada rezeki boleh datang lagi...


Jam dah pun menunjukkan hampir pukul 2.30 petang.. cuaca amat panas.. time-time ni.. kalau dapat rehat sambil tidur.. lepas tu angin sepoi-sepoi bahasa.. alangkah nikmatnya... tapi perjalanan harus diteruskan.. esok dah masuk kerja balik...


Dengan lafaz.. "Bismillahhirrahmanirrahim..." aku mulakan perjalanan kembali.. next stop pada anggaran aku.. nak berhenti kat Gurun untuk tunaikan kewajipan...


Cuaca amat panas.. pasang air-cond pun.. tak terasa sejuk.. rasa-rasanya.. kalau buka tingkap.. ambik angin luar pun baik rasanya...


Dek kepanasan cuaca.. tak semena-mena kepala rasa berdenyut-denyut.. dah tak mampu concentrate memandu rasanya...

"Ibu mengantuk dak?..", aku bertanya kat Ibu..

"Dak.. awat.. ?", balas Ibu..

"Sakit kepala.. kalau Ibu ok.. mai kita tukaq.. Ibu jadi drebar pulak..", ujar aku..

"Ok..". Lalu aku berhenti tepi jalan dan tukar posisi dengan isteri aku.. Ibu ambik alih memandu.. boleh aku lelapkan sekejap mata...


Selepas bertukar dengan isteri.. perjalanan diteruskan.. dengan memasuki Lebuhraya Plus.. melalui Exit Taiping...


Alhamdulillah.. kenderaan agak kurang.. melalui Tol Taiping nih..


Kepala aku semakin berdenyut-denyut rasanya.. sandar sat kat kusyen.. dan.... zzzzzzzzzzz... terlelap...


Sedaq-sedaq.. dah pun sampai R&R Gurun.. jadi isteri aku berhenti sekejap.. untuk aku tunaikan kewajipan solat.. secara jamak...


Banyak sungguh kenderaan yang berhenti kat Gurun... dan bermacam-macam gelagat manusia... kami hanya memerhati sambil berehat di bawah pokok..


Lebih kurang 100 km lagi nak sampai rumah ni.. Selepas berehat seketika.. kami sambung balik perjalanan.. masih dipandu oleh isteri aku...


Akhirnya.. sampai Alor Star...


Keluar melalui Exit Alor Star (S)...


Kenderaan banyak.. rasanya kat dalam Alor Star dan kat jalan Alor Star-Kangar.. mesti sesak.. dan mesti jem terutama kat Kuala Sungai...

Selepas keluar dari tol.. kami terus tempuh kesesakan bermula dari jalan selepas tol hinggalah Jalan Putra... terutama kat Mergong...


Kat Kuala Sungai turut jem teruk.. dari Kuala Sungai hingga Jerlun.. terutama jalan menghala ke Alor Star..


Akhirnya.. jam 7.30 malam kami sekeluarga sampai rumah.. setelah menempuh perjalanan hampir 763km.. pergi ke Teluk Batik.. dan pulang ke rumah..

Alhamdulillah.. tiada sebarang kemalangan yang berlaku.. percutian yang seronok..

Ada masa dan ketika.. jika diizinkan Allah Taala.. kita boleh bercuti lagi...

Kenari pun tak memberikan sebarang masalah...

p/s: berakhirlah ceritera aku yang membosankan ini...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...