31 Mei 2011

KENARI MERAGAM

Catatan Ayah

Selasa
27 Jamadil Akhir 1432
31 Mei 2011

Assalamu'alaikum...

Hari ni masuk hari ke-2 projek rebuild basikal lama aku.. yang berumur 25 tahun.. yang Allahyarham ayah aku belikan untuk aku pada tahun 1985 dulu..

Terlalu lama basikal tu tersimpan.. semenjak aku belajar di UTM..

InsyaAllah.. nanti aku update proses-proses rebuild tu nanti..

Kenariku meragam...

Alhamdulillah.. semasa bercuti ke Teluk Batik awal bulan Mei lalu.. tiada sebarang masalah melanda sepanjang perjalanan pergi dan balik..

Elok-elok balik dari Teluk Batik.. dok esoknya.. terjadilah masalah ni.. Kenariku tak boleh dihidupkan..

Sebelum ni.. semasa hidupkan Kenari.. akan kedengaran bunyi yang aneh pada starter..

Jadi.. selepas balik dari Teluk Batik.. aku bawakan Kenari ke Perodua, Kangar...

"Jadi macam mana, bang?", tanya pomen Perodua..

"Bila start.. ada bunyi pelik sikit kat starter.. dengaq na.. saya start...", balas aku..

"Oooo.. ni masalah starter ni.. la macam ni.. abang bawa pi kat Kedai Capik.. bagi dia buat.. kami boleh buat..  tapi lambat sikit ler..", pomen tu memberi cadangan kat aku.. sambil membelek-belek bonet Kenari aku...

Selepas berfikir sejenak.. aku mengangguk.. tanda setuju dengan cadangan pomen tu.. lalu terus ke Kedai Capik.. atau Hin Electrical Services and Auto Supply..


Kedai ni dikenali sebagai Kedai Capik.. sebab ownernya memang capik sebelah kakinya.. dan kedai ni amat terkenal dengan kepakarannya membaiki dan winding motor serta bab-bab starter kenderaan..

Sebaiknya aku sampai sana.. matikan enjin.. untuk tunjuk kat pomen... tapi nak start.. terus tak boleh hidup... ;-(


Apalagi.. tolak ler ke belakang bengkel.. sebab kat depan bengkel dah penuh dengan kenderaan rosak..

Pomen pun kelebet ler.. buka starter..


Lokasi starter kat dalam bonet Kenari..


Inilah starter yang telah dikeluarkan... jom kita tengok.. apa yang rosak kat starter ni...


Tu dia.. gigi gear dah haus.. inilah penyebab masalah...


Starter ni keluaran Denso..


Jadi.. penyelesaiannya.. tukar starter yang baru jer lah.. dan pemasangan siap dilakukan...


Selepas pemasangan starter.. mintak pomen tu adjust belting.. Alhamdulillah.. semua selesai...


Kos semua.. termasuk service charge.. RM160...

Sekarang.. start Kenari.. smooth saja.. dan bunyi belting pun dah ok... Alhamdulillah..

p/s: inilah kali ke-2 Kenari buat hal selepas tukar bearing... semenjak 6 tahun yang lepas..

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

30 Mei 2011

SERVICE WAVE1000RR 37930KM

Catatan Ayah

Isnin
26 Jamadil Akhir 1432
30 Mei 2011

Assalamu'alaikum..

Tarif elektrik naik lagi.. aduih!!!..

Inilah keluhan setiap rakyat Malaysia.. dah la sekarang dunia semakin panas membahang.. dok tak dok.. tarif elektrik naik pulak..

Bayangkan.. disebabkan cuaca yang panas.. kipas kat rumah akan dipasang setiap masa.. dok tak dok.. tarif elektrik naik!!!!..

Masak nasi sekarang ni.. memang akan guna periuk elektrik.. bila guna dapur gas.. gas LPG juga mahal sekarang ni.. alahai.. semua naik!!!!!..

Kat rumah.. yang tekanan air rendah.. mahu tak mahu.. terpaksa guna pam air.. dok tak dok.. tarif elektrik naik!!!...

Aku tak akan terkejut.. kesinambungan dari tarif elektrik ni naik.. barang-barang lain akan naik.. sama seperti jika harga petrol naik...

Inilah nasib rakyat.. yang selalu diminta.. berjimat-cermatlah... dan bermacam-macam lagi..

Apa yang aku mampu buat.. berdoa kepada Allah semoga kehidupan aku sekeluarga mendapat keberkatan Allah Taala.. dan dapat survive dalam kehidupan.. selagi hayat dikandung badan...

Oklah.. hari ni aku nak ceritera mengenai Wave 1000rr aku.. hehehe. ;-)

Dia buat perangai lagi.. tengah jalan mati tiba-tiba...


Aku akan seboleh-boleh akan.. DIY.. (nak jimat cermat beb..) jika tak boleh juga.. nanti aku hantar kedai ler..

Mula-mula.. buka karburetor dulu.. mungkin kotor dan tersumbat.. sebab minyak tak sampai.. dan mengakibatkan motor mati... lagi pun tak pernah buka lagi karburetor ni semenjak beli sampai sekarang...

Selepas buka.. cuci dengan petrol.. hembus dengan angin.. pasang balik.. sama juga... ;-(


Kelebet tengok petrol filter pulak.. nah... kepompom.. filter kotor dan telah menyebabkan petrol tak sampai ke karburetor...

Apalagi.. beli dan pasang yang baru ler.. harga aku dapat dalam RM3 kat kedai spare-part motor...

Start.. hah!!!.. hidup.. Alhamdulillah...


Dah sampai untuk tukar minyak.. alang-alang dah buka.. mileage pun dah sampai.. apalagi.. service jer lah Wave 1000rr ni..


Buang minyak lama dulu.. sementara dok tunggu keluar habis.. periksa spark plug dulu...


Tu dia.. hitamnya.. cuci dengan berus besi ler jawabnya...


Haaa.. bersih sikit..


Minyak hitam dah habis keluar.. jadi ganti dengan minyak yang baru pulak...


Selesai isi minyak hitam.. yang tak berapa hitam.. check air bateri pulak..


Dah selesai.. pasang balik.. apa yang telah dibuka..

Ambil minyak diesel.. semburkan kat enjin.. kasi cuci sikit enjin.. bagi merelit.. bersih dari segala kotoran minyak...

Selesai.. tembak pula dengan air.. dan basuh Wave 1000rr ni..

Takkan dok asyik basuh Kerbau Hitam saja.. sekali-sekala Wave 1000rr ni pun nak juga layanan VIP..


Nah.. selesai...

Next service.. 40000 km pulak nanti..

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

29 Mei 2011

PRACTICAL STUDENT UNIMAP

Catatan Ayah

Ahad
25 Jamadil Akhir1432
29 Mei 2011

Assalamu'alaikum..

Baru sampai rumah.. makan kenduri kat Kampung Paya..

Alhamdulillah.. kenyang perut senang hati.. cuma makan bihun sup sahaja..

Ok.. berbalik kepada entry aku ni.. ;-)

Baru-baru ni.. kami telah menerima pelajar latihan industri yang baru.. menggantikan pelajar-pelajar yang lepas dari Politeknik..

Pelajar-pelajar ni.. datangnya dari UniMAP.. seramai 6 orang.. iaitu 3 lelaki dan 3 perempuan..



Dan salah seorang dari mereka.. pernah datang dulu buat praktikal.. iaitu Najwa...




Mereka akan menjalani latihan industri ni selama 3 bulan..

Semoga mereka dapat memanfaatkan setiap detik mereka di Hospital Tuanku Fauziah.. mengumpul sebanyak yang mungkin segala ilmu dan pengalaman dalam bidang kejuruteraan bio-medical ni.. untuk kegunaan masa depan.. insyaAllah..

Aktifkan diri sendiri sebaik mungkin.. untuk mengorek segala ilmu.. dan yang paling penting.. sentiasa bertanya dan ikut segala suruhan mentor-mentor yang ada untuk mencari jawapan sebanyak mungkin..

Aku ucapkan... All the best...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

RIDE PHILIPS @ ALOR STAR - EP2

Catatan Ayah

Assalamu'alaikum..

Cuti-cuti sekolah ni.. mesti banyak kenduri.. hari ni pun ada satu kenduri kat Jitra.. nak pi sat lagi..

Tapi.. sebelum tu.. aku nak sambung lagi ceritera.. sambungan kelmarin...

@ Day 2


Cuaca baik nampaknya hari ni.. jadi dalam 8.15 pagi aku bertolak ke Alor Star.. juga menggunakan route kelmarin.. saja malas nak ikut route yang lain.. tak dak mood...


Sampai jer HSB.. aku terus ke bilik seminar di JPD.. dan semua dah berkumpul kat sana..

Jadi.. hari ni.. training bersambung.. berkisarkan General Fluoroscopy..




Contoh CCD camera yang digunakan dalam General Fluoroscopy...

Selepas makan tengahari.. sesi training diadakan secara praktikal kat dalam bilik fluoroscopy...






Seperti biasa.. habis training.. bergambiran kenangan.. hehehe..



Training tamat hampir pukul 5.00 petang.. banyak ilmu yang kami dapat.. Alhamdulillah..

Terima kasih diucapkan kepada Koay dari Philips Malaysia.. kerana memberi kami ilmu yang bermanafaat ni..

Tahniah kepada Syaiful kerana berjaya menganjurkan sesi training kali ni kat HSB.. bab makan yang best.. makan mee yang penuh dengan udang.. sampai ratah-ratah udang tu.. banyak sangat...

Kepada kawan-kawan yang lain.. ada rezeki dan kelapangan.. kita jumpa lagi dalam sesi training yang lain.. bukan senang geng-geng Radiology Compliance Unit (RCU) ni nak berkumpul..

Ok.. tamatlah sudah ceritera yang boring ni.. kita jumpa lagi..

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

28 Mei 2011

RIDE PHILIPS @ ALOR STAR - EP1

Catatan Ayah

Sabtu
24 Jamadil Akhir 1432
28 Mei 2011

Assalamu'alaikum..

Selesai basuh Kerbau Hitam tadi.. siap dengan polish dan wax.. sekali-sekala bagi special treatment untuk Kerbau Hitam kesayangan...

Hari ni.. aku nak ceritera short ride aku ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star kerana menghadiri program Philips technical training.. yang diadakan selama 2 hari dari 13 Mei 2011 hingga 14 Mei 2011.. merangkumi mesin Angiography dan General Fluoroscopy...

@ Day 1



Alhamdulillah.. cuaca amat baik pagi jumaat ni.. orang kata kalau pagi jumaat ni hujan.. alamatnya.. sepanjang minggu tu akan hujan.. dan sebaliknya..

Apa-apa pun.. itu semua adalah ketentuan Allah Yang Maha Berkuasa.. kita sebagai makhluk.. terima saja apa yang Allah takdirkan..

Syukur atas semua ketentuan Allah Taala..

Aku bertolak ke Alor Star seawal 8.00 pagi.. agak awal sebab training akan dimulakan pada pukul 9.30 pagi nanti.. Mungkin aku akan sampai HSB dalam pukul 8.30 pagi.. tapi takpalah.. boleh dok menyembang dulu dengan kawan-kawan yang datang dari tempat lain.. lama-lama sekali berjumpa...

Route yang aku ambil kali ni.. melalui Lebuhraya Kuala Perlis-Changlon.. keluar Arau.. terus ke Jitra melalui Kodiang.. masuk ke Plus Hi-way melalui Malau berdekatan dengan Hospital Jitra.. keluar melalui Tol Alor Star (U).. terus ke Jalan Langgar untuk sampai ke HSB...

Kenderaan pagi-pagi ni.. agak lengang.. dan bila dah masuk Kedah.. pun lengang sebab Kedah bercuti hujung minggu....


Seperti biasa.. bila ke HSB.. aku akan berhenti sekejap selepas tol.. sebelum ke Jalan Langgar.. saja nak perasap kemenyan.. lagi pun masih awal lagi training nak start....

Selepas kira-kira sebatang rokok.. aku terus ke HSB.. nampaknya pihak pengurusan HSB sedang membuat penyelenggaraan besar-besaran.. kerana khabarnya DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong akan datang melawat HSB pada 15 Mei 2011...

Aku terus ke belakang.. ke workshop.. dan park motor berhampiran dengan workshop...

Ramai yang dah sampai.. antaranya LC Lim dan Yaakob dari Penang.. Maulana dan Foong dari Ipoh.. Felix Bahan dari Sabah.. dan lain-lain.. tak lama selepas tu Mie Korea sampai dari Sungai Petani dan budak-budak praktikal dari Kangar...


Sambil-sambil dok menyembang.. aku turut tolong Syaiful untuk siapkan nota-nota yang sedang difotostat di dalam workshop..

Bila semua selesai.. kami semua menuju ke Bilik Seminar di Jabatan Pengimejan Diagnostik..




Adik-adik praktikal dari UniMAP yang ikut serta...


Sarapan mee goreng kat kantin HSB...


Makan tengahari juga disediakan...

Selepas makan tengahari.. kami pergi sembahyang Jumaat kat Masjid Al-Bukhary.. dan training bersambung semula selepas solat Jumaat.. kat bilik Angiography di CCU...

















Last sekali.. seperti biasa bergambar kenangan setelah sesi training selesai.. sebelum bergerak balik...




Sewaktu balik.. aku sempat join konvoi bersama dengan geng Harley Davidson.. yang menuju ke Thailand.. jumpa semasa sampai kat Jitra..


Tapi.. aku ikut setakat Malau saja.. sebab nak balik ke Perlis melalui jalan kampung.. rasa malas pulak nak ikut depa hingga ke Changlon.. lagi pun depa ride "motor kangkang" ni dalam 90~120 km/j saja..

Aku?... macam biasa ler.. antara 160~180 km/j..

Esok ada sehari lagi training ni.. tempat yang sama.. cuma mesin yang berlainan iaitu General Fluoroscopy..

Terima kasih diucapkan kepada Syaiful.. kerana menjayakan agenda hari ni...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...