12 April 2011

TANK BAG

Catatan Ayah

Selasa
8 Jamadil Awal 1432
12 April 2011

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah.. cuaca 2-3 hari cukup elok.. dengan angin yang best.. amat sesuai kalau nak ride ke mana-mana.. terutama sekarang ramai yang buat ride durian.. memandangkan sekarang ni musim durian...

Tapi.. bila ler Che Ami  ni nak on.. pi ride makan durian.. kat Balik Pulau ker.. atau kat Bukit Gantang ker...


Hari ni aku nak berkongsi mengenai Tank Bag.. atau dalam Bahasa Melayu adalah Beg Tangki. Beg yang diletakkan di tangki motorsikal dan boleh juga diikat kat belakang dan bertindak sebagai Tail Bag...


Sebagai penunggang motorsikal, selain helmet dan jacket.. beg tangki ni adalah salah satu gadget yang wajib.. pada pendapat aku ler. Mudah untuk simpankan baju hujan, knee guard dan macam-macam lagi.

Beg tangki yang aku beli ni dari jenama Alpinestar yang dibeli dari Bike Station, Arau dengan harga RM 240. Banyak tempat dah aku survey beg ni... dan harganya pun lebih kurang juga.


Pada pandangan aku, kelebihan beg tangki ni.. boleh dibesarkan dan dijadikan sebagai tail bag... di mana ia boleh diikat kat tempat duduk pillion.. serta muat sebuah helmet full-face..


Aku telah menggunakan beg tangki ni semasa ke Johor baru-baru ni. Beg ni mampu memuatkan sebuah komputer riba, 2 helai seluar panjang, 6 helai t-shirt, 5 pasang stokin, tuala, kain pelekat, 9 helai pakaian dalam serta peralatan membersih diri seperti berus gigi, ubat gigi, cecair kumur, bedak dan sabun mandi...



Beg ni juga mempunyai pelindung hujan.. cukup-cukup muat cuma bila dibesarkan.. ia menjadi agak ketat sikit...

Tetapi kalau meredah hujan yang sangat lebat.. beg akan basah juga.. cuma bahagian dalam akan lembab sikit.. kalau setakat hujan sikit-sikit tu.. tak dak masalah...



Beg ni boleh juga dipisahkan dan dijadikan back-pack. Cuma kelemahan yang aku nampak.. bahagian tali penyambung sebagai back-pack kurang memuaskan.. jika kandungan beg agak berat.. kemungkinan tali penyambungnya akan terkeluar cakuknya... itulah kelemahan yang ketara pada pandangan aku...

Alhamdulillah.. aku telah menggunakan beg ni pergi balik dari Perlis-Johor.. dan tiada masalah yang aku hadapi...

p/s: next gadget yang aku akan beli adalah riding pant... senang sikit.. tak payah nak pakai knee guard dah sebab riding pant dah siap ada guard... tapi kena tunggu tabung penuh dulu ler... buat masa sekarang ni.. pakai dulu ler knee guard...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...