14 April 2011

SIEMENS MOBILETT PLUS E - CAL 14

Catatan Ayah

Khamis
10 Jamadil Awal 1432
14 April 2011

Assalamu'alaikum...

Hari ni aku nak kongsi pengalaman aku troubleshooting mobile x-ray Siemens Mobilett Plus E yang mempunyai masalah error message CAL 14. Jadi aku rekodkan kat sini langkah-langkah yang aku ambil supaya boleh menjadi rujukan aku kemudian hari dan kepada sesiapa yang memerlukan panduan dikemudian hari...

Berikut adalah keadaan yang sepatutnya berlaku apabila Mobilett Plus E dionkan...

Step 1...


Step 2...


Step 3...


Step 4...


Sekarang, mobile x-ray ni dah ready untuk digunakan...

Tetapi, masalahnya sekarang... begini jadinya...

Step 1...


Step 2...


Step 3...


Step 4...


Mobile x-ray ni tak ready dan beri error message CAL 14.


Mengikut spesifikasi, capacitor bank akan dichargekan sehingga 353Vdc.. barulah sistem dalam keadaan sedia untuk digunakan. Tetapi, mengikut technical manual.. capacitor bank telah dichargekan sehingga 360Vdc iaitu melebihi kadar voltan yang sepatutnya.

Dan mengikut technical manual, ada kemungkinan board D7 ada masalah.


Langkah pertama yang aku lakukan adalah untuk memeriksa kadar voltan capacitor bank secara actual...


Caranya dengan menggunakan multimeter dan check pada terminal CAPNEG dan CAPPOS pada board D7. Dan confirm yang actual voltage capacitor bank mencapai 360 Vdc... yang sepatutnya 353 Vdc...


Adakah board D7 ni ada masalah?


Aku telah keluarkan board D7 ni.. dan kemudiannya periksa keadaan board ni.. dan ternyata board D7 ni tiada sebarang masalah.. dan telah diuji pada mobile x-ray yang lain.. dan ia berfungsi dengan sempurna..

Kemudian.. aku cuba pula membuat capacitor formation.. iaitu untuk setkan kembali voltan capacitor bank agar ia selari dengan software sebelum disimpan di dalam RAM sistem mobile x-ray ni..

Caranya dengan masuk ke dalam service mode.. dan pilih ke program P06...

Berikut adalah perbandingan voltan antara voltan sebenar capacitor bank dan voltan yang dikesan oleh CPU...




Perbezaan voltan antara 25 Vdc hingga 27 Vdc.. jadi aku ambil keputusan untuk memeriksa keadaan sebenar capacitor bank...


TAPI... sebelum pemeriksaan ke atas capacitor bank dilakukan.. beberapa langkah berjaga-jaga perlu dilakukan dengan PENUH berhati-hati...


Inilah capacitor bank yang menghasilkan voltan 353 Vdc... setelah mengeluarkannya dan diperiksa.. confirm capacitor bank ni tiada masalah dan berfungsi dengan elok bila dipasang kat mobile x-ray yang lain...


Kemudian... aku periksa pula power supply module... dan confirm juga power supply module ni tiada sebarang masalah dan dapat berfungsi dengan elok bila diuji kepada mobile x-ray yang lain...


Bahagian akhir yang bersangkut-paut dengan voltan capacitor bank adalah bahagian CPU iaitu board D1.. yang berfungsi untuk mengawal kadar voltan capacitor bank serta jantung kepada mobile x-ray ni.

Aku telah mengeluarkan board D1 ni.. dan mengambil board D1 yang elok dari mobile x-ray yang lain untuk diuji pada mobile x-ray ini..

Aku lakukan proses capacitor formation... dan keputusannya...



Ya.. CONFIRM... board D1 telah rosak... dan perlu ditukar.. jadi board D1 yang baru perlu diorder...

Selesai sudah troubleshooting... Alhamdulillah.. buat masa sekarang.. cuma perlu tunggu board D1 yang baru...

p/s: nanti aku update bila aku dah dapat board D1 yang baru...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...