11 April 2011

SHIMADZU MUX100-H ERROR F56

Catatan Ayah

Isnin
7 Jamadil Awal 1432
11 April 2011

Assalamu'alaikum..

Kebelakangan ni, banyak pula mobile x-ray yang breakdown. Entah pasal apa pun aku tak tahu.

Jadi.. kali ni aku nak berkongsi info mengenai kerja-kerja troubleshooting yang aku lakukan.. semoga boleh menjadi panduan aku kemudian hari dan kepada sesiapa sahaja yang menceburi bidang ini yang mungkin menghadapi masalah yang sama.

Inilah mobile x-ray Shimadzu MUX-100H..


Mobile x-ray ni mempunyai masalah Error F55 dan F56...


Masalah ni berpunca dari ketidakstabilan bateri di antara bahagian positif dan negatif...


Untuk makluman.. mobile x-ray ni menggunakan 20 unit bateri yang berkapasiti 12V 7.2 AH. Ini bermaksud pada bahagian positif 10 unit bateri dan bahagian negatif 10 unit bateri.

Error ini memberi maksud kapasiti bateri yang sebenar tidak sama dengan nilai bateri yang disimpan di dalam memori.

Jadi.. cara untuk mengatasi masalah ni adalah dengan membuat adjustment supaya kapasiti sebenar bateri sama dengan kapasiti yang dikesan oleh memori.


Adjustment hanya boleh dilakukan dengan memasuki service mode iaitu dengan menukar dip switch SW3-8 kepada keadaan on..

Kemudian, periksa dengan menggunakan voltmeter dan menggunakan terminal TER3 dan TER4.. bandingkan nilai sebenar dan adjustment dilakukan di control panel..



Malangnya.. setelah beberapa kali adjustment dilakukan.. masalah error ni masih belum selesai. Kemudian aku periksa keadaan fizikal kesemua 20 unit bateri.. dan confirm ke semua 20 unit bateri berada di bawah paras 10 Vdc..

Ini membawa makna yang kesemua bateri perlu ditukar.

Jadi.. kesemua bateri ni perlu dibeli terlebih dahulu...

p/s: nanti aku dapat kesemua bateri.. aku akan update langkah-langkah dan cara-cara menukarkan bateri tersebut...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...