01 April 2011

SELAMAT ULANG TAHUN KE-3

Catatan Ayah

Jumaat
27 Rabiul Akhir 1432
1 April 2011

Assalamu'alaikum..

Hari ni adalah hari ke-3 aku berada di Johor Bahru (JB).. dan hari ni edisi training MRI habis awal.. sekadar setengah hari saja.. sebab geng-geng MoH nak jalan-jalan ke Singapura..  tinggal sehari lagi esok..

Aku???.. selepas solat Jumaat kat Masjid Sultan Abu Bakar.. pusing-pusing JB dengan Yaakub (geng HMSB Seberang Jaya).. terus balik ke hotel.. sebab aku tak bawa passport..

Hari ni.. 1 April 2011.. bukan hari April Fool macam sesetengah orang rayakan.. tapi hari ni.. 1 April 2011 adalah hari yang istimewa.. genap anak aku yang ke-4, Muhammad Iman Haziq berumur 3 tahun..

Selamat Hari Ulang Tahun ke-3 adik.. nanti ayah balik ahad ni.. kita beli kek.. makan puas-puas.. InsyaAllah..

Hadiah untuk adik ayah dah belikan.. sebuah basikal sebelum ayah mai JB hari tu.. jadi nanti ayah belikan kek jer lah yer..

Sekali lagi.. Selamat Ulang Tahun ke-3 untuk adik...

p/s: Dah besar anak ayah ni..

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam..

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum,
    Saya ni kira pembaca dalam diam la blog saudara. Rupanya abang ada kat Johor patut tak dak cerita pasal banjir di Perlis.Apapun semoga semuanya selamat di sana.

    BalasPadam
  2. Wa'alaikumsalam..

    terimakasih kerana singgah ke sini.. Ya.. sekarang ni ada kat JB.. balik nanti baru nak review sikit macam mana keadaan banjir kat sana..

    BalasPadam
  3. Bro pi study MRI nak pasang MRI kat HTF ka?Wa makin hebat lani HTF.Dulu GH Penang ja ada.Jangan dibeli yang Israel punya dah la cam Penang dulu.rosak amik masa nak beli sparepart sebab Malaysia tak dak hubungan diplomatik dengan Isreal.hehe.

    BalasPadam
  4. MRI dah ada kat HTF.. semenjak 2006 lagi.. yang pi study ni MRI model lain puak.. tambah ilmu sikit-sikit..

    BalasPadam
  5. Anak no 5 dlm proses.. jika diizinkan Allah Taala..

    hehehehe..

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...