27 April 2011

SALAHKAH AKU MINAT MENUNGGANG?

Catatan Ayah

Rabu
23 Jamadil Awal 1432
27 April 2011

Assalamu'alaikum..

Tadi.. aku dapat panggilan telefon dari bos aku.. memarahi aku kerana menunggang motor ke setiap lokasi bila aku outstation..

Reasonnya adalah menunggang motor berisiko..

Apakah menjadi kesalahan aku menunggang? Adakah hanya boleh outstation dengan hanya memandu kereta?

Selama ni.. aku ke lokasi outstation pun.. aku tak claim pun mileage.. walaupun mileage hanya 25 sen/km.. berbanding memandu kereta 60 sen/km.. malahan kalau diikutkan.. tak berbaloi dengan 25 sen/km jika dibandingkan dengan kos minyak dan tayar motor aku.. berbanding dengan kos minyak dan tayar kereta...

Bila bercakap tentang risiko.. mana-mana saja ada risiko.. baik menunggang, memandu kereta, menaiki bas dan menaiki kapal terbang.. Ia adalah bagaimana kita menangani risiko tersebut.. aku menunggang bukan dengan membabi buta macam mat rempit.. tahukah dia.. riding gear yang aku pakai.. kosnya beribu ringgit.. dari helmet kat kepala, jacket, pant, glove hingga kasut?..

Janji.. aku tak kacau orang.. dan aku boleh sampai ke destinasi dengan selamat.. melunaskan tugasan aku tepat pada masa..  kerja siap... tanpa ada complaint dari customer...

Ajal maut semua ketentuan Allah.. malahan aku sendiri ada insuran nyawa dan hospital..

Menunggang motor juga adalah sebagai terapi bagi aku...

Aku mohon maaf.. jika kata-kata aku ni.. agak keterlaluan dan macam cakap besar.. aku hanya insan kecil.. pekerja yang kecil.. yang hanya menjalankan tugasan yang diberi.. macam mana aku nak menyelesaikan tugasan tu.. janganlah diganggu.. janji customer berpuas hati...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam..

7 ulasan:

  1. Terima kasih Kang Latep.. kerana memahami..

    BalasPadam
  2. salam. mohon pautkan blog saya di sini. blog tuan dalam senarai blog top 100.

    terima kasih dari blogger OKU penglihatan.

    http://cikgu-azhar.blogspot.com

    p/s: mohon tinggalkan pesanan pada ruangan shout jika sudah dipautkan agar mudah direkodkan.

    BalasPadam
  3. Jimat masa dan mudahkan pergerakkan.

    BalasPadam
  4. betul tu kak zmah.. saya setuju..

    BalasPadam
  5. Hebat betui bang mizal pi buat kerja tak claim milage no.Apapun saya yakin keikhlasan yang bang mizal berikan tu akan Allah lindungkan dari bala bencana. ada kengkawan saya yang pi kerja naik basikal.Diaorang pun support service staff gak.Ada yang keja dengan syarikat US lagi.Nek basikal lagi bahaya.hehehe

    BalasPadam
  6. Terima kasih Azrialiasbob.. kerana memahami..

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...