09 April 2011

RIDE MRI @ JOHOR BAHRU.. PART 5

Assalamu'alaikum..

Sambil-sambil dok tengok Fast and Furious, aku nak sambung lagi cerita aku semasa di JB ni walaupun Celcom broadband malam ni amat slow sekali.

Hari ke-3 @ Jumpa Azman

Route - New York Hotel, JB - Persimpangan jalan Simpang Renggam/Felda Layang-Layang

Alhamdulillah.. kursus dah berakhir.

Aku ambil keputusan untuk balik ke hotel manakala Yaakob terus keluar dengan kawannya.

Sewaktu menunggu teksi, aku ada berjumpa dengan seorang gadis pelancong dari Korea Selatan yang juga sedang menunggu teksi untuk ke Larkin.

Menurutnya, dia sudah berada di Malaysia selama 10 hari dan hari ni dia hendak ke KLIA untuk pulang ke Korea Selatan.

Kemudiannya kami berkongsi teksi untuk ke destinasi masing-masing.

Selepas berehat kat hotel, mulanya aku berhasrat untuk ke Melaka (rumah adik aku) sebelum balik ke Perlis keesokkannya. Tapi selepas menghubunginya dan dia sudah pulang ke Selangor (rumah mertuanya) dan tak mahu menyusahkannya, aku ambil keputusan untuk terus berada di JB ni dan pulang ke Perlis esoknya dari JB.

Jadi... apa plan aku petang ni? Kemudian teringat Azman Ahmad, kawan aku semasa kat UTM Jalan Semarak dulu.. lalu aku hubungi dia dan mengaturkan untuk berjumpa (ala-ala mini reunion).


Kami bercadang untuk berjumpa di sebuah kedai kopi di persimpangan jalan Simpang Renggam-Felda Layang-Layang.

Jarak ke sana dalam sekitar 50km dari hotel penginapan aku.


Agak sesak keadaan lebuhraya. Mungkin waktu ni orang pakat balik kerja kot.


Dari JB, aku keluar ke jalan persekutuan melalui Exit Persimpangan Sedenak (ikut petua Man).


Cuaca nampak agak mendung. Minta-minta tu jangan ler hujan. Perjalanan aku ni main redah saja. Hanya berpandukan petua sms Man saja.


Sebaik keluar dari tol, aku terus masuk ke Jalan Parit Panjang arah ke Simpang Renggam. Pemandangan di sini adalah ladang kelapa sawit. Cuaca kat depan pun agak mendung nampaknya.


Penghujung jalan ni, aku belok ke kiri memasuki jalan persekutuan menuju ke Simpang Renggam. Keadaan jalan elok dan kurang kenderaan. Mungkin ramai orang menggunakan lebuhraya barangkali. Pemandangan sekitar sudah bertukar dari kawasan ladang kelapa sawit ke kawasan perkampungan dan pekan-pekan kecil.


Akhirnya.. aku sampai ke pekan kecil Bukit Batu. Pekan kecil yang sederhana besarnya. Tak banyak kenderaan kat sini berbanding dengan JB dan semasa kat atas lebuhraya tadi.

Kat depan tu nampaknya macam ada stesen minyak Petronas.


Seperti mana petua Man, aku berhenti di stesen minyak Petronas ni. Stesen minyak Petronas Bukit Batu.

Kemudiannya aku hubungi Man dan aku diberitahu untuk ke depan sikit lagi di mana kat depan sana ada sebuah warung.


Di sinilah letaknya warung tersebut. Di persimpangan jalan ke Simpang Renggam dan jalan ke Felda Layang-Layang. Sewaktu aku sampai, ramai juga orang yang berada di warung tu. Man belum sampai nampaknya. Tak lama kemudian, sampailah kawan lama aku ni.


Inilah Azman Ahmad @ Man. Akhir sekali jumpa pada tahun 1993 di UTM Jalan Semarak, KL dan kini setelah 18 tahun.. bertemu kembali di Johor.

Banyak yang kami bualkan.. dari kenangan lalu hinggalah keadaan kehidupan sekarang.. sambil makan-makan dan minum-minum di warung ni.

Antara menu yang terdapat di warung ni...


Inilah cendawan goreng yang dipesan oleh Man...



Aku pula telah pesan sup cendawan...
Lama juga dok menyembang.. tak sedar hari dah lewat petang...


Disebabkan hari pun dah lewat, kami mengambil keputusan untuk beransur pulang. Alhamdulillah.. tercapai hasrat untuk bersua muka selepas 18 tahun.. seorang di utara dan seorang di selatan. 

Sempat bergambar kenangan.. sebelum masing-masing pulang...


@ Pulang ke New York Hotel, JB


Hari pun dah lewat. Malam ni nak kena tidur awal sikit sebab esok dah nak balik Perlis. Nak kena keluar awal rasanya sebab perjalanan dari JB ke Perlis mungkin ambil masa selama 9 ke 10 jam...


Elok-elok masuk waktu Maghrib aku sampai hotel. Alhamdulillah.. perjalanan aku pergi dan balik tadi selamat tanpa ada sebarang halangan.


Lepas Isya'.. turun makan malam untuk kali terakhir di JB... sambil menikmati suasana malam...


Makan dan minum secara simple....


Makan di gerai yang diberi nama Simple Street...


Bersebelahan dengan hotel penginapan aku...


Makanan sesimple nasi goreng pattaya dan nescafe tarik...


Apa yang menjadi kekaguman aku kat sini adalah pusat membasuh kenderaan yang dibuka selama 24 jam sehari dan pengunjung yang tak putus-putus. Kebanyakannya pelanggan dari Singapura pada pemerhatian aku.


Suasana malam di hadapan hotel...



Sempat melihat kereta BMW yang sudah tentu tak mampu untuk dimiliki buat masa sekarang... ;-)

Malam ni kena tidur awal.. esok bermulalah episod pulang ke Perlis.. sekali lagi Kerbau Hitam aku akan menunaikan tugasannya...

Semoga perjalanan aku esok hari selamat tanpa ada sebarang halangan..

Semoga Allah mudahkan segala urusan aku... InsyaAllah...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam..

1 ulasan:

  1. wah.. catatan perjanan yang terperinci dan lengkap.. thanks pakcik dpt bertemu semula.. maaf ler agak kelam kabut sikit.. maybe akan dtg kita leh jmpa ramai2..

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...