08 April 2011

RIDE MRI @ JOHOR BAHRU.. PART 4

Assalamu'alaikum..

Baru selesai tengok perbandingan antara KTM Duke 690 dan ER6N/F...

Tapi.. buat masa ni.. tak mampu lagilah nak angkat KTM.. masih berpuas hati dengan Kerbau Hitam aku...

Hari ke-4 - On field training...

Hari ni adalah hari terakhir kursus MRI ni. Latihan hari ni dibuat di Bilik MRI untuk melihat dan belajar secara praktikal mengenai MRI dan untuk melihat cara-cara top-up gas helium..


Tangki yang digunakan untuk memasukkan gas helium..


Gas helium digunakan sebagai bahan penyejuk teras magnet superconductor. MRI ni menggunakan magnet yang mempunyai kekuatan 1.5 Tesla.

Lagi gambiran tangki gas yang digunakan untuk memasukkan gas helium.








Untuk masuk ke dalam bilik MRI, kita mesti menanggalkan benda-benda bermagnet yang ada pada kita seperti kad pengenalan, kad kredit dan seumpamanya (boleh menghilangkan data), jam, kamera, telefon dan sebagainya. Untuk kepastian, kita harus melalui pintu pengesan seperti yang terdapat kat lapangan terbang tu.

Pesakit atau sesiapa yang memakai implant dan pacemaker kat dalam badan pun dilarang memasuki bilik MRI. Bahkan orang yang memakai susuk pun silap-silap akan terasa side effect jika berdekatan dengan MRI.



MRI yang sedang ditogelkan...



Ruangan Control Room..



Penerangan di Technical Room..


Penerangan sebelum proses top-up gas helium dilakukan...

Jom layan gambiran proses-proses top-up gas helium yang dilakukan oleh pihak vendor...




Sebagai maklumat, tangki yang digunakan ini dibuat dari bahan yang tidak bertindakbalas dengan magnet.


Proses penyambungan paip ke tangki gas helium MRI.



Hembusan gas helium semasa permulaan proses top-up yang keluar dari tangki gas helium MRI.


Pengisian gas helium sedang berlangsung sambil diperhatikan oleh para peserta.



Lebihan gas disalurkan keluar ke udara melalui serombong yang dibuat ke luar bangunan.


Alat yang digunakan untuk mengukur tekanan gas helium.

Dengan selesainya penerangan dan demo cara-cara top-up gas helium, maka selesailah kursus latihan MRI selama 3 hari. Banyak juga ilmu yang didapati.

Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur iaitu BEAM, Philips (M) Sdn Bhd dan Jabatan Pengimejan Diagnostik, HSAJB yang menganjurkan kursus ini.

Sebelum bersurai, kami semua bergambar kenangan beramai-ramai.



Selesai makan tengahari yang disediakan, apalagi.. aku pun balik ke hotel manakala Yaakob keluar dengan kawannya.

Nanti sampai hotel, rehat sekejap.. baru fikir apa rancangan petang ni.

Sambil-sambil tu rehat dulu yer..

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

2 ulasan:

  1. It's actually a great and helpful piece of info. I am glad that you simply shared this helpful info with us. Please stay us up to date like this. Thank you for sharing.
    My blog : how to make lots of money online

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...