06 April 2011

RIDE MRI @ JOHOR BAHRU.. PART 3

Assalamu'alaikum..

Sambil-sambil dok tengok 360 di TV3.. mengenai durian.. (Che Ami!.. bila nak pi ride durian nih????..) aku nak sambung lagi cerita aku kat Johor Bahru (JB) ni...

Hari ke-3 - 1 April 2011 - Ronda-ronda sekitar JB

Kursus MRI masuk hari ke-2.. masih lagi berkisar mengenai teori MRI.. yang membingungkan akal fikiran..

Mujur kursus hari ni sekadar setengah hari saja.. sebab geng-geng KKM nak berjalan-jalan sekitar Singapura selepas solat Jumaat..


Selesai saja makan tengahari yang disediakan oleh pihak penganjur.. aku terus menuju ke Masjid Sultan Abu Bakar.. yang terletak berdekatan dengan Hospital Sultanah Aminah (HSAJB)..


Mula-mula tu.. mencari juga arah ke masjid.. seperti biasa aku guna GPS aku yang menggunakan sistem BTO.. Berhenti Tanya Orang.. hehehe.. ;-)


Jenuh juga ler berjalan mendaki bukit.. akhirnya dari kejauhan sudah nampak masjid..


Akhirnya.. sampai juga ke pintu masuk ke masjid.. dari bahagian belakang.


Bersebelahan dengan Masjid Abu Bakar ni adalah Kompleks Mahkamah Syariah dan Istana Besar Johor..


Masjid Sultan Abu Bakar terletak berdepan dengan Selat Tebrau dan telah berusia lebih satu abad..


Senibinanya amat cantik pada pandangan aku...


Selesai solat Jumaat.. aku ambil keputusan untuk berjalan-jalan sekitar masjid dan terus berjalan-jalan sekitar Bandaraya Johor Bahru..


Sempat juga melihat pemandangan Selat Tebrau dan Singapura dari perkarangan Masjid Sultan Abu Bakar.. cantik sekali..


Kemudian.. aku menuruni anak tangga dari perkarangan masjid untuk menuju ke arah Pusat Bandar.. Dari situ.. aku melalui kawasan yang dipanggil Zoo Johor... Mengikut kawan aku.. kawasan ni adalah kawasan pemeliharaan binatang oleh pihak Istana.. dan telah dijadikan sebagai zoo...


Jom.. kita layan gambiran.. perjalanan aku ke pusat bandar dengan hanya berjalan kaki... Dari sini dah nampak Singapura..


Bergambar kenangan di tepi Selat Tebrau...


Singapura jelas kelihatan dari sini..


Melintasi Istana Besar Johor... jom layan gambiran sekitar Istana...





Dari Istana Besar.. aku terus melangkah menuju ke JB Water Front..


Namun keadaan JB Water Front seperti tak terurus.. dan mungkin tidak mendapat sambutan orang ramai..


Melintasi Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)..


Tambak Johor yang nampaknya sesak dengan lori-lori yang menyeberang dari Singapura ke Johor...


Melintasi Laman Tun Sri Lanang...


Kemudian.. aku pusing-pusing sekitar kawasan bandar serta shopping complexs..

Pada pandangan aku.. tak banyak bezanya Bandaraya Johor Bahru dengan bandar-bandar lain.. sudah semestinya kesesakan jalan serta banyak shopping complexs..

Setelah puas berpusing-pusing.. akhirnya aku kembali ke hotel..


Kesian Kerbau Hitam aku.. kotor badannya.. akibat berjalan jauh di dalam hujan..

Malamnya.. aku sempat minum-minum dan bersembang dengan Abeawe SBM, Pak Ngah SBM dan Azmi SBM.. lama juga bersembang di Benafee Cafe hingga sampai pukul 2 pagi.. cuma tak berpeluang bersua muka dengan Zul Perlis SBM saja..

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...