05 April 2011

RIDE MRI @ JOHOR BAHRU.. PART 2

Assalamu'alaikum..

Hari ni.. aku nak sambung lagi pengalaman ride aku ke Johor Bahru ni.. kerana mengikuti kursus latihan MRI di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru..

Hari ke-2 - 31 Mac 2011


Hari ni adalah hari ke-2 aku di Johor Bahru.. dan merupakan hari pertama menghadiri kursus latihan MRI di Hospital Sultanah Aminah (HSAJB)..

Kursus diadakan di dewan seminar Jabatan Pengimejan Diagnostik, HSAJB..

Selain dari aku.. turut serta adalah dari Radicare, Pantai Medivest, Advantect, MNE Solution dan staf kejuruteraan KKM sendiri..

Kursus berlangsung dari pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang..


HSAJB terletak berhadapan dengan Selat Tebrau.. dari sini aku boleh nampak Singapura..

Inilah kali pertama aku sampai ke sini.. mengikut salah seorang staf di sini.. warna merah di bangunan utama HASJB ni adalah identiti hospital ni.. menggunakan bata merah.. tetapi sekarang sudah dicatkan dengan warna merah..

Bahagian kejuruteraan di HSAJB ni diselia oleh Pantai Medivest..


Bersebelahan dengan HSAJB ni.. adalah Kompleks Mahkamah Syariah dan Masjid Sultan Abu Bakar..

Ok lah.. tak banyak yang seronok nak diceritakan semasa kursus ni.. dan akhirnya jam 5 petang.. berakhirlah untuk sesi hari pertama..

Balik ke hotel.. tak banyak aktiviti yang aku lakukan.. hinggalah malam.. cuma berehat sahaja...



Malamnya.. aku dan Yaakob keluar makan.. sekadar kedai-kedai makan kat depan hotel penginapan kami sahaja..

Tumpuan kami malam ni adalah Restoran Mustika Zaman. Ketika sampai kat situ, masih belum ramai lagi pengunjung. Aku telah memesan mee goreng mamak, sup kambing (saja nak rasa) dan nescafe tarik. Mee goreng mamak boleh tahan kesedapannya.

Sup kambing kat sini, rasa-rasanya dicampurkan dengan rempah kurma sebab warnanya nampak macam masak kurma. Rasanya boleh tahan tetapi masih berbau 'kambing'. Mungkin cara mereka basuh daging kambing tak berapa sempurna.


Apa yang aku dapat perhatikan di sini, terdapatnya beberapa restoran yang menyajikan masakan Thailand. Memang sekarang ni, kedapatan banyak kedai makan yang menyajikan masakan Thailand, tetapi di sini nampaknya siap dengan tulisan Siam.

Terdapat beberapa restoran Siam ni kat sini. Mungkin kawasan ni menjadi tumpuan warga Thailand yang menginap di beberapa hotel sekitar kawasan sini. Ataupun pada tanggapan aku, mereka menginap di sini dan pada waktu siangnya, mereka ke Singapura untuk berjalan-jalan.

Bahkan, aku lihat ramai pelancong dari Thailand menginap di hotel penginapan aku.

Selesai makan malam, kami pulang ke hotel. Malam ni malasnya aku rasa nak berjalan-jalan sekitar kawasan ni.

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...