05 April 2011

RIDE MRI @ JOHOR BAHRU.. PART 1

Catatan Ayah

Isnin
30 Rabiul Akhir 1432
4 April 2011

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah.. banjir ke-2 yang melanda Perlis sudah semakin pulih.. cuma ada satu dua tempat saja lagi yang terlibat.. dan keadaan di Hospital Tuanku Fauziah sudah pulih..

Minggu lepas aku tidak ada di Perlis.. semasa berlakunya banjir.. kerana menghadiri kursus Latihan MRI yang diadakan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru anjuran BEAM..

Mulanya.. aku dijadualkan untuk mengikuti kursus IBE di HQ dari 4 April 2011 hingga 8 April 2011.. tetapi telah ditukarkan ke Latihan MRI ni yang berlangsung dari 31 Mac 2011 hingga 2 April 2011..

Di sini.. aku nak kongsi pengalaman ride aku ni.. yang terjauh sehingga kini.. yang mencapai jarak lebih kurang 800 km.. melintasi 7 negeri.. yang makan masa hampir 10 jam perjalanan.. dalam keadaan cuaca yang tak menentu..

Route - Utan Aji - Hentian Sebelah Juru - Hentian Sebelah Simpang Pulai - R&R Sungai Buluh - R&R Ayer Keroh - R&R Machap - New York Hotel, Johor Bahru


Hari 1 - 30 Mac 2011 - The journey

Setelah hampir semua siap.. enjin pun dah perangat.. dengan lafaz "Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang".. aku mulakan perjalanan lebih kurang pukul 7.45 pagi..


Cuaca agak kurang memuaskan.. dari kelmarin hujan lebat.. bahkan kelmarin semasa aku ke Sungai Petani.. attend Ultrasound Training.. pun dalam hujan.. dari pagi sampai petang.. dari Kangar sampai Sungai petani dan semasa balik semula ke Perlis..


Cuaca memang agak gelap walaupun dah 7.45 pagi.. sejuk.. dan hujan.. kalau dapat tidur ni.. pergh!!!.. marbeles.. tapi semangat mesti kuat.. perjalanan mesti dimulakan.. dan dengan azam yang digenggam erat.. aku mulakan perjalanan..

Mesti ada orang tanya.. pasai apa aku tak naik flight saja.. atau pun paling kurang.. naik bas ke Johor..

Aku pun tak tau nak bagi jawapan apa.. yang pasti.. aku suka tunggang motor.. dan itu yang membuatkan hati aku puas.. walaupun berkemungkinan besar.. aku tak dapat claim mileage untuk trip ni..

Hujan agak lebat.. hingga ke Alor Star.. kamera aku simpan baik dalam beg.. risau rosak kena air hujan.. jadi tak banyaklah gambiran sepanjang perjalanan..

Kenderaan dari rumah aku ke Alor Star tak berapa banyak.. tapi memandangkan keadaan jalan yang agak licin.. kelajuan aku agak biasa saja.. sehinggalah masuk ke Lebuhraya Plus.. melalui Tol Alor Star (S)..

Kat lebuhraya juga.. kenderaan agak kurang.. keadaan cuaca juga masih hujan.. dan kesejukan.. tapi agak bagus untuk Kerbau Hitam aku.. sebab enjin tak panas.. kelajuan aku maintain antara 130km/j hingga 150km/j..


9.15 pagi.. aku selamat sampai Shell Hentian Sebelah Juru.. berhenti rehat sekejap dan top-up minyak sikit.. dalam RM19.29.. setelah hampir 1 jam 15 minit menunggang dari Kangar..

Keadaan cuaca masih lagi hujan.. tetapi sudah kurang kelebatannya.. hehe.. ;-)

Perut pun agak lapar.. sebab belum lagi sarapan.. jadi aku pekena roti sebungkus.. dan air mineral sebotol.. sekadar untuk lapik perut..

15 minit berlalu.. jam 9.30 pagi.. aku sambung lagi perjalanan.. keadaan masih lagi hujan.. alang-alang dah basah.. layan jer.. lagi pun aku pakai baju hujan.. tapi riding boot aku dah berasa agak lembab di dalam.. dek hujan lebat..

Keadaan lebuhraya agak sesak dengan kenderaan.. dan seharusnya mata dan otak sentiasa kena alert.. dengan situasi kenderaan.. kelajuan masih aku maintain sekitar 140km/j hingga 150km/j..

Alhamdulillah.. keadaan cuaca agak baik sesampainya aku sekitar Kuala Kangsar.. hinggalah sampai Hentian Sebelah Simpang Pulai..


Sekitar 10.45 pagi.. semasa sampai Simpang Pulai ni.. selepas juga sejam 15 minit menunggang Kerbau Hitam ni..

Aku rehat sebentar sambil minum nescafe tarik.. sambil layan suasana pagi di Simpang Pulai.. sempat juga telefon Super Yan.. saja kacau dia pagi-pagi ni..

Cuaca.. nampaknya agak cerah.. namun terdapat juga tanda-tanda nak hujan.. Aku ambil risiko.. untuk simpan baju hujan.. minta-minta tu jangan ler hujan lagi..

Agak lama juga aku rehat kat sini.. ada ler dalam setengah jam..

Minum dah selesai.. masa untuk sambung perjalanan.. jauh lagi perjalanan aku ni.. top-up minyak dalam RM15.. dok tak dok.. dapat panggilan telefon dari PASTI Bang Cik.. mengatakan yang PASTI sudah mula banjir.. Ya.. Perlis sudah banjir untuk kali ke-2.. selepas November 2010 yang lepas.. lalu aku call rumah untuk mengetahui perkembangan banjir.. dan alhamdulillah.. keadaan keluarga kat rumah selamat dari banjir..

11.15 pagi.. aku sambung lagi perjalanan aku.. cuaca semakin baik.. dan keadaan macam biasa saja.. jadi kelajuan aku agak lebih dari tadi.. tetapi dalam purata 160km/j hingga 170km/j..


Perhentian seterusnya.. R&R Sungai Buloh.. dalam pukul 12.35 tengahari.. aku sampai sana..

Rehat sekejap sambil makan bekalan pisang emas dan air mineral.. bukan kedekut tak mau makan nasi.. cuma bila buat long distance.. aku memang tak lalu makan nasi.. dan selalunya aku makan benda-benda yang agak ringan seperti roti.. selalunya aku bawa bekal pisang emas.. yang mampu memberikan tenaga yang hilang.. dan minum air secukupnya..

Tepat pukul 1.00 tengahari.. aku sambung lagi perjalanan.. sebelum tu top-up minyak dalam RM20.40..


Cuaca agak baik.. dan panas.. maklum ler dah pukul 1.00 tengahari.. kenderaan atas jalan sememangnya sesak dari Sungai Buloh hingga ke Lebuhraya NKVE.. terpaksalah menyelit sekali-sekala.. namun kelajuan aku cuma sekitar 120km/j hingga 140km/j saja.. hati-hati beb.. bimbang kenderaan ubah lorong tanpa beri isyarat...

Dari NKVE.. masuk ke Lebuhraya Elit.. pun jalan agak sesak.. dan cuaca yang amat panas.. berbeza keadaan semasa sebelah utara tadi..

Tak lama.. aku masuk kembali ke Lebuhraya Utara-Selatan.. menuju ke Johor.. sepanjang lebuhraya ni.. keadaan lebuhraya amat sesak dengan kenderaan sehinggalah sampai R&R Ayer Keroh, Melaka..

Aku sampai R&R Ayer Keroh sekitar jam 2.45 petang.. setelah hampir sejam 45 minit menunggang..

Terus ke Petronas kat situ.. isi minyak dalam RM15.. rehat sekejap sambil makan kek dan air mineral yang dibeli kat Petronas tu..


Lebih kurang 2.45 petang.. aku sambung lagi perjalanan.. tak buang masa.. rehat lama-lama.. nanti lewat pula sampai JB..

Cuaca cukup baik dan keadaan jalan amat baik serta situasi terkawal.. kelajuan aku masih maintain antara 160km/j hingga 170km/j..

Persekitaran sudah mula berubah.. dari sawah padi di utara.. getah kat Perak.. dan sekarang mula memasuki kawasan kelapa sawit...

Agak menarik.. ni lah salah sebab aku suka menunggang motorsikal ni..


Dalam 3.50 petang aku sampai Machap, Johor.. berhenti rehat sebentar di R&R Machap.. relax-relax sambil makan baki pisang emas yang dibawa tadi.. basuh muka agar segar.. dan yang penting untuk hilang rasa lenguh dan kebas punggong.. namun pengalaman yang menarik..

Agak cantik lanskap sekitar Machap ni.. sekitar 4.15 petang.. aku sambung perjalanan aku.. sebelum tu top-up minyak dulu dalam RM14.74..

Akhirnya.. aku sampai tol yang terakhir di Lebuhraya Utara-Selatan..


Dari sini.. dengan berbekalkan peta yang diprint dari Google Maps.. sebab tak dak GPS.. aku terus ke Jalan Tebrau.. sambil-sambil melihat sekeliling.. mencari  New York Hotel..



Dari Jalan Tebrau.. pusing sini.. pusing sana.. akhirnya sampai juga aku New York Hotel.. dalam pukul 5.10 petang.. setelah mengharungi perjalanan sejauh 798.4km.. selama hampir 9 jam 20 minit..

Penggunaan minyak dalam RM84.43...

Inilah kali kedua aku sampai Johor Bahru.. selepas 1993 yang lalu.. semasa datang konvokesyen UTM Skudai..

Banyak yang telah berubah setelah 18 tahun.. dah banyak yang aku tak cam.. kecuali Mutiara Motors saja yang aku cam..

Selepas check-in.. aku terus ke bilik.. 1712 di tingkat 17..

Jom.. layan serba sedikit gambiran bilik hotel ni.. yang tak salah aku berharga RM170 sehari..





Dan pemandangan sekitar Johor Bahru dari tingkat 17, New York Hotel..





Alhamdulillah.. aku selamat sampai Johor Bahru.. rehat dulu.. nanti keluar cari makan.. lagi pun room mate aku iaitu Yaakob dari Seberang Jaya.. belum sampai...

p/s: malam pun agak lewat dah.. mengantuk.. nanti aku sambung cerita lagi...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam..

2 ulasan:

  1. Ya Allah,jauhnya perjalanan, luas permandangan. Dengan hanya menaiki motosikal dan risiko yang mungkin kita tidak jangka,anda akhirnya dapat tiba di Johor Bahru dari Perlis dengan selamatnya.Saya respect anda!Kalau apa-apa ingin memulakan perjalanan yang jauh,bacalah doa banyak banyak.Semoga Allah akan melindungi sepanjang perjalanan anda ke tempat yang anda tujui. :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih Tuan Haziq Mokhtar..
    Memang seronok dan dapat pelbagai pengalaman...
    Yang selalu saya amalkan...
    Zikir berterusan selama mana roda berputar...
    B-)

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...