11 April 2011

RIDE MRI @ JOHOR BAHRU.. FINAL EPISODE

Catatan Ayah

Assalamu'alaikum..

Agak slow Celcom Broadband 2-3 hari kebelakangan ni. Entah apa masalahnya.

Tapi.. aku akan cuba habiskan cerita aku ni.. Ride MRI..

Hari ke-4 @ A journey back home

Route - New York Hotel, JB - Hentian Sebelah Pagoh - Hentian Sebelah Senawang - Hentian Sebelah Sungai Buloh - Hentian Sebelah Tanjung Malim - Hentian Sebelah Simpang Pulai - Shell Juru - Tol Hutan Kampung - Utan Aji

Hari ni.. aku pulang ke Perlis. Perjalanan dari JB ke Perlis yang melangkau jarak sejauh hampir 800 km dan memakan masa lebih kurang 9~10 jam.


Seawal pagi setelah solat Subuh, aku turun sarapan kat hotel. Alhamdulillah.. semalam tidur agak awal dan hari ni segar rasanya. Segala beg dah siap semuanya.


Setelah semuanya siap, segala apa yang patut sudah diikat kat Kerbau Hitam aku serta segala apa yang patut diperiksa keadaan Kerbau Hitam.. sudah dilaksanakan. Enjin pun dah dihidupkan..

Selamat tinggal Bandaraya Johor Bahru, ada rezeki.. insyaAllah aku akan sampai lagi. Kepada semua yang membantu semasa di sini terutama Abeawe SBM dan Man.. terima kasih diucapkan..

Ada rezeki, InsyaAllah kita akan berjumpa lagi..

Dengan lafaz "Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani".. aku mulakan perjalanan aku ni..


Lebih kurang 8.15 pagi aku keluar dari perkarangan hotel. Isi minyak sekejap kat Petronas, Jalan Tebrau dalam RM 17.20...

Alhamdulillah, memandangkan hari ni hari minggu.. kenderaan agak kurang di atas jalan mahupun di lebuhraya..

Sempat mengambil gambiran.. pada aku agak menarik di atas lebuhraya menuju ke utara selepas Johor Bahru. Jom layan...






Akhirnya aku sampai Kawasan Rehat Pagoh dalam pukul 9.35 pagi. 


Aku ambik keputusan untuk berehat sekejap selepas sejam menunggang.


Lebuhraya masih lagi lengang nampaknya.


Kat R&R Pagoh  ni pun tak ramai orang yang berhenti nampaknya.


Cuaca pun agak baik. Alhamdulillah..

Pemandangan sekitar R&R Pagoh ni cantik lanskapnya. Terdapat juga gerai-gerai menjual buah-buahan seperti yang terdapat di Tapah dan Simpang Pulai. Terdapat 2 stesen minyak iaitu Shell dan BHP yang masih dalam pembinaan. Keadaan sekitar juga cukup bersih.


Setelah berehat seketika, aku ke Shell untuk top-up minyak sikit dalam RM 19.78.. dan teruskan perjalanan...

Lagi gambiran on the bike atas lebuhraya.


Pemandangan sepanjang lebuhraya hanyalah ladang kelapa sawit.


Dalam pukul 10.35, aku sampai Senawang...


Sekali lagi aku ambil keputusan untuk berehat sekejap di Hentian Sebelah Senawang.

Jom layan gambiran sekitar Hentian Sebelah Senawang yang cantik dan selesa lanskapnya pada pandangan aku...




Sambil-sambil relaks.. sempat juga bergambar kenangan...


Puas berehat, aku teruskan lagi perjalanan. Suasana semakin panas. Kenderaan mula semakin banyak bila sampai Seremban hingga masuk ke Lebuhraya Elit. Kelajuan aku hanya sekadar 160 hingga 170 km/j sahaja.

Setibanya di Dengkil, suasana nampaknya semakin mendung dan keadaan di hadapan nampak macam hujan. Jadi aku berhenti sekejap di bawah fly-over. Sempat juga bersembang dengan seorang brader yang menunggang scooter Piggio 500. Beliau banyak mengimbas kembali kenangan lama semasa menunggang sportbike tapi sekarang dah berubah angin ke scooter.

Setelah lengkap memakai baju hujan, aku teruskan lagi perjalanan. Setelah mula memasuki NKVE, cuaca cerah kembali dan panas. Tengok meter minyak pun dah tinggal 2-3 bar lagi. Jadi aku ambil keputusan untuk berhenti di R&R Sungai Buloh. Di Sungai Buloh, aku isi minyak dalam RM 22.56...

Selepas isi minyak, beli kek dan air sebagai bekalan.. serta simpan balik baju hujan.. aku teruskan perjalanan.. cuaca amat panas sekali..


Dalam 12.35 tengahari, aku sampai Tanjung Malim...


Disebabkan cuaca yang terasa amat panas, aku berhenti sekejap di Hentian Sebelah Tanjung Malim. 


Dah berhenti, jadi aku santap makan tengahari aku yang berupa kek dan air mineral saja. Cuaca memang amat panas.


Inilah gaya seorang solo rider... berehat di bawah pohon pokok saja...

Selepas basuh muka untuk segarkan diri.. aku bersiap untuk teruskan perjalanan. Sebelum tu sempat bersembang dengan seorang brader yang menunggang Versys yang baru dibelinya. Versys model 2011...

Menurutnya, dia tinggal di Subang dan berasal dari Simpang Empat, Perlis.. orang kampung sendiri nampaknya. Saja-saja tunggang motorsikal hujung minggu.. 

Ok.. jumpa lagi bro.. aku perlu teruskan perjalanan yang masih jauh lagi..

Kelajuan aku masih dalam julat 160 km/j.. cara tunggang santai ala touring...


2.10 petang.. aku sampai Hentian Sebelah Simpang Pulai...


Berhenti sekejap kat Petronas untuk top-up minyak dalam RM 21.33...


Berehat sekejap sambil membasahkan tekak.. dek penangan cuaca yang amat panas...

Setelah tekak dibasahi dengan air oren... walaupun masih panas dengan matahari di atas kepala.. aku teruskan juga perjalananku ini.. dah terbayang wajah anak-anak.. hampir seminggu tak tengok beb...

Badan mula rasa letih dek panas.. mata mula nak layu.. tapi bila sampai Ipoh.. layan korner serba sedikit.. hilang sikit rasa mengantuk.. kenderaan pun tak berapa banyak...


Lebih kurang jam 3.30 petang.. aku sampai kat Shell Juru.. isi minyak dalam RM 15.83.. tekak rasa kering semula..


Layan air Ribena dululah.. rehat sat sambil hilangkan kebas punggong.. dan luruskan kaki.. dah tiga suku perjalanan dah ni...

Habis sebotol Ribena.. dengan kelajuan yang sederhana.. dan kadang-kala sehingga mencecah 180 km/j.. aku membelah kehangatan cuaca panas... sambil mencelah-celah kenderaan di atas lebuhraya...

Alhamdulillah.. sampai Alor Star.. cuaca sudah agak teduh.. 


Pukul 4.40 petang.. aku sampai Tol Hutan Kampung.. sekali lagi aku berhenti dek kebas punggong.. mungkin ini kali terakhir aku berhenti sebelum sampai rumah...


Agak lama juga aku berhenti.. di bawah pokok.. lega rasanya dok bawah pokok.. agak teduh dan tiupan angin bendang...

Kemudian.. aku teruskan perjalanan dan keluar melalui Exit Malau.. menuju ke Jitra dan melalui Kodiang..

Akhirnya... tepat jam 5.45 petang.. aku selamat sampai ke rumah... Alhamdulillah..


Tamatlah perjalananku pergi dan balik Utan Aji - JB - Utan Aji sejauh 1715.7km... secara totalnya...

Perjalanan pulang ni memakan masa 9 jam 30 minit.. dan penggunaan minyak berjumlah RM 96.70...

Rasa-rasanya.. aku dah bersedia untuk menyertai Cabaran Metalbutt ni nanti.. InsyaAllah.. iaitu cabaran menunggang motorsikal sejauh 1,600 km dalam masa 24 jam...

Dan rancangan aku untuk mengelilingi Semenanjung Malaysia...

Inilah perjalanan aku yang paling jauh rasanya selama menunggang motorsikal semenjak dari tahun 1990....

Ok.. kini berakhirlah kisah Ride MRI ni.. mohon maaf jika terdapat sebarang kesalahan info yang tercatat selama ni.. dan semoga cerita ni dapat menaikkan semangat anak cucu aku nanti.. jika mereka juga meminati alam permotoran ni...

Ada rezeki.. aku akan buat ride lagi.. sama ada solo atau berkonvoi...

p/s: moral yang aku pelajari sepanjang perjalanan ni.. semangat mau tinggi dan tetapkan matlamat untuk sampai ke destinasi.. dan yang paling penting.. sentiasa berhati-hati atas jalanraya.. semuanya bergantung kepada tengan kita sendiri yang memegang dan memulas throtle...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."
Wassalam..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...