23 April 2011

RESTORAN RENAZ

Catatan Ayah

Sabtu
19 Jamadil Awal 1432
23 April 2011

Assalamu'alaikum..

Agak sibuk sikit hingga tak sempat nak update blog ni dalam 2 hari lepas.. ni pun baru sampai balik rumah dari Jitra.. tengok abang ipar aku yang tak sihat..

Ok.. aku baru dapat produk baru yang aku akan perkenalkan nanti.. nanti aku update mengenai produk tu.. semoga kita semua beroleh sedikit manafaat darinya...

Khamis malam jumaat yang lepas.. selepas isyak.. aku dan rakan-rakan sepejabat berpeluang ber.. TTS (teh tarik session).. saja-saja lepak selepas isyak... menyembang sambil minum-minum.. hasil duit jual bateri rosak.. yang kami kumpulkan...

Kali ni.. kami ber.. TTS di Restoran Renaz.. restoran yang baru saja dibuka beberapa bulan yang lalu.. dan mempunyai kelainan berbanding restoran-restoran lain di Perlis ni.. kalau kat luar Perlis tu.. tak tau ler pulak...


Restoran Renaz.. yang menyediakan hidangan steamboat 2 in 1... rebus dan bakar...

Restoran Renaz ni letaknya di Guar Syed Alwi...



Lokasinya di tepi jalan yang menghubungkan Jalan Raja Syed Alwi dan Kampung Guar Syed Alwi.. tapi malangnya.. dalam peta google.. masih belum ada lagi.. cuma imej lama.. iaitu kawasan bendang..

Sekarang.. kawasan bendang tu dah ditambak dan dibina Restoran Renaz ni...


Inilah hidangannya.. sebuah periuk yang berlubang di tengah.. diletakkan di atas bekas bara arang kayu.. dan kemudiannya diisikan dengan air..

Isi-isi hidangan.. seperti ayam dan daging lembu.. dibakar sendiri di bahagian tengah periuk.. manakala sayur-sayuran, mee, bihun dan lauk-pauk yong tau fu.. yang disedia dan diambil sendiri.. diremdamkan di bahagian tepi periuk tadi.. yang diisikan dengan air serta dimasukkan sos dan perasa..

Pilihan lauk-pauk disediakan secara buffet.. makanlah setakat mana yang mampu.. kalau tak cukup boleh tambah...

Tapi.. perlu diingat.. tiada masakan yang lain.. selain makanan steamboat ni saja...

Suasana restoran juga agak santai.. dengan diselangi dengan lagu-lagu.. serta dihiasi dengan lampu-lampu yang bergemerlapan.. memang agak santai.. menyembang sambil membakar daging serta steamboat...

Jom.. layan gambiran kami menyembang sambil bersteamboat...


Suhail dan Gi sedang menyediakan santapan...


Meck tengah dok ushar awek siam kot.. antara awek-awek 'seberang' yang bekerja di sini...


Tak ketinggalan.. Mat Noq menambah sayur-sayuran untuk direbus...





Sambil menikmati hidangan.. sambil meyembang.. release tension dek bebanan kerja kat hospital...


Tambah daging bakar lagi... Cik Man...


Sampai tersandaq.. dah kenyang ker?...


Aiiii... tambah lagi..!!!






Dan masing-masing.. makan sehingga kenyang dan puas hati...

Kami dok lepak kat restoran ni.. makan dan menyembang dari jam 10 malam hingga 12 tengah malam..


Inilah jumlah yang perlu dibayar.. RM 106.70... makan untuk 9 orang.. sampai kenyang dan puas hati... jadi jatuh seorang RM 11.85....

Alhamdulillah.. atas rezeki yang Allah kurniakan malam ni.. ada rezeki lagi.. kita TTS lagi kat sini... InsyaAllah...

Lagi sekali.. aku rekomen kepada sesiapa yang nak merasa makanan steamboat dan bakar.. yang segalanya dibuat sendiri oleh pelanggan.. pilih nak lauk-pauk apa.. dan rebus atau bakar sendiri kat meja masing-masing..

Teringat aku dulu semasa kat Hiroshima, Jepun.. semasa menghadiri kursus selama 2 minggu pada tahun 1994 yang lalu... lebih kurang macam ni lah.. makan kat sana...

p/s: sudi-sudikanlah untuk mengundi dalam survey yang aku buat.. kat sebelah kanan blog ni...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...