18 April 2011

RESTORAN IKAN BAKAR LIZA MAT

Catatan Ayah

Isnin
14 Jamadil Awal 1432
18 April 2011

Assalamu'alaikum..

Hari ni letih sungguh buat kerja rasanya.. dan agak tension jugak.. kerja repair x-ray machine masih belum settle.. tambahan pulak ada kunjungan dari pihak Engineering MoH...

Cara terapi aku untuk hilangkan tension ni ada 2... sama ada start motor.. dan ride ke mana-mana atau tulis... dan salah satunya adalah tulis dalam blog ni.. aku tak kisah sama ada orang baca atau tidak.. janji aku dapat lepaskan rasa tension...

Hari ni.. aku nak tulis berkenaan dengan restoran yang aku pergi 2-3 hari lepas.. sempena meraikan kejayaan anak aku dapat nombor satu dalam kelasnya selepas peperiksaan penggal yang pertama 2011 yang lalu..

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Allah Taala atas kejayaannya...


Restoran yang kami sekeluarga pi ni nama dia.. Restoran Liza Mat Ikan Bakar Kola.. yang letaknya di Kuala Perlis...




Zoom dekat sikit...


Ada berbagai-bagai menu yang disediakan.. sama ada masakan goreng, ala-thai, bakar, 3 rasa, steamboat dan bermacam-macam lagi...


Juga boleh dipilih ikan seperti jenahak, siakap dan lain-lain.. udang.. sotong.. serta kerang.. sama ada untuk dibakar.. steamboat.. cakap saja...

Cuma.. malam tu kami makan masakan goreng saja..

Antaranya.. nasi goreng kampung.. nasi goreng biasa...


Nasi goreng pattaya...


Bihun Hailam...


Sotong goreng tepung...

Komen aku...

Layanan boleh tahan... Masakan juga boleh kata cepat disediakan.. serta suasana dan kebersihan agak elok... tak hairanlah aku tengok ramai yang datang menjamu selera kat sini...

Tentang masakan pula.. bihun hailam sedap rasanya.. dengan rasa lada hitam.. cukup masam, masin dan manisnya... manakala sotong goreng tepung juga sedap dan rasa sotong segar, rapuh.. tak macam sesetengah kedai.. agak liat sotong goreng tepungnya...

Harga juga agak berpatutan.. malam tu kami makan nasi goreng kampung untuk 3 orang, nasi goreng biasa, nasi goreng pattaya untuk 2 orang, bihun hailam dan sotong goreng tepung.. dan minuman nescafe tarik, milo ais, milo tarik, teh 'o' ais dan oren untuk 3 orang..  semuanya dalam RM 47.70...

Kalau ada sesiapa yang datang ke Perlis.. dan mencari tempat makan.. aku rekomen untuk makan kat sini... InsyaAllah berbaloi-baloi...

Semoga bertambah lagi kedai-kedai makan Melayu Islam yang sedap.. untuk kita menjamu selera...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...