19 April 2011

RESTORAN HJ GHANI PASEMBOR

Catatan Ayah

Selasa
15 Jamadil Awal 1432
19 April 2011

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah... syukur nikmat Allah.. kerana dipanjangkan umur lagi.. dan dapat menikmati nikmat Allah yang tak terhingga ni...

Alhamdulillah juga.. hari ni dapat selesaikan lagi sebuah mobile x-ray yang telah rosak..

Kelmarin.. aku berkongsi maklumat mengenai sebuah restoran ikan bakar yang terdapat di Kuala Perlis..

Hari ni.. aku nak kongsi pulak maklumat sebuah kedai makan yang menyediakan makanan istimewanya... pasembor...


Kat sebelah Perlis dan utara Kedah ni.. sebut saja pasembor.. sinilah tempatnya.. iaitu Kodiang, Kedah.. yang terletak di sempadan Kedah-Perlis.. antara Arau dan Jitra...


Kat Kodiang ni.. kebanyakan kedai makan memang ada pasembor.. sejak dulu lagi.. dan sekarang ni mungkin dah masuk era anak cucu yang uruskan.. rasa-rasa aku lebih 5 buah kedai makan yang menyediakan menu pasembor.. selain dari masakan-masakan lain...


Antara restoran yang pernah aku singgah adalah Restoran Pasembor Hj Ghani.. dan kalau tak silap aku.. ada 2 buah kedai makan milik Hj Ghani kat Kodiang ni...


Salah satu antara Restoran Hj Ghani ni.. terletak di kawasan Arked Semarak.. yang dulunya adalah tapak stesen bas.. seperti yang boleh dilihat pada Google Maps kat atas.. dan sekarang stesen bas telah dipindahkan ke sebelah Pejabat Pos Kodiang.. tak jauh dari sini.. dan di sini telah dibina bangunan baru yang menempatkan berbagai-bagai kedai... termasuklah Restoran Hj Ghani ni...


Dan semestinya.. menu utama.. pasembor.. sedap pasembornya..


Selain dari pasembor.. ada juga masakan lain.. seperti mee rebus... mee kuah.. mee goreng.. dan lain-lain lagi..

Keadaan persekitaran juga agak bersih dan memuaskan...


Inilah.. pasembor Hj Ghani.. yang berharga RM 2.00 sepinggan.. di dalamnya terdapat ketam goreng tepung, telur rebus, cucur udang, tauhu goreng, timun, taugeh dan lain-lain lagi...

Kalau ada sesiapa yang nak makan petang sambil sembang-sembang.. atau nak minum-minum sambil menyembang malam-malam.. boleh datang sini dan cuba pasembor ni...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...