26 April 2011

PESTA SUKAN PASTI 2011

Catatan Ayah

Selasa
22 Jamadil Awal 1432
26 April 2011

Assalamu'alaikum..

Hari ni.. adalah hari yang kebanyakan orang suka.. selalunya.. bagi yang makan gaji.. antara 25hb hingga 30hb adalah hari gaji.. maka berduyun-duyun ler orang ke mesin ATM.. hinggakan kekadang tu kena beratur panjang.. nak keluarkan duit.. apa-apa pun.. asalkan bahagia sudah...

Hari ni.. aku nak cerita mengenai hari sukan kat Taska anak aku.. Muhammad Harith Haikal.. dan ini adalah tahun ke-2.. Bangcik bersekolah tadika di PASTI Al-Islah...


Pesta sukan PASTI 2011 bagi kawasan Kangar tahun ni diadakan di D'Futsal pada 9 April 2011 yang lalu... yang melibatkan PASTI yang berada dalam kawasan Kangar...


D' Futsal terletak di Kampung Batu Dua.. tepi Jalan Kaki Bukit.. dan mempunyai 7 gelanggang futsal...

Tapi untuk Pesta sukan ni.. hanya 3 gelanggang sahaja yang digunakan.. setiap gelanggang digunakan untuk pertandingan mewarna dan sukaneka, permainan bola futsal dan bola jaring...


Kami sekeluarga datang ke D'Futsal seawal 8.00 pagi.. selepas hantar mak ke kursus haji di Masjid Alwi, Kangar..


Selepas proses pendaftaran.. majlis dimulakan dengan ucapan aluan dan perasmian oleh Ketua Pemuda PAS Perlis.. selesai perasmian, pesta sukan dimulakan dengan pertandingan bole sepak untuk pelajar 6 tahun lelaki, bola jaring untuk pelajar 6 tahun perempuan dan mewarna untuk pelajar 4 dan 5 tahun...

Jom layan gambiran Bangcik semasa pertandingan mewarna...





Dah pun siap...


Amacam.. hehehehe... ;-)



Pertandingan bola jaring dan bola sepak...




Ais krim percuma juga disediakan oleh pihak pengurusan PASTI...



Kemudian.. diadakan sukaneka.. antaranya Tarik Upih F1.. yang Bangcik turut serta ambil bahagian...




Jalan kepit belon...


Juga diadakan acara selingan untuk ibu bapa...


Acara menyusun perkataan...






Program berakhir kira-kira pukul 2.00 petang...


Bangcik dengan medal yang dimenanginya....

Alhamdulillah.. hari sukan ni berlangsung dengan suasana yang meriah.. khasnya untuk anak-anak bergembira...

Ada rezeki.. jumpa lagi tahun depan... InsyaAllah...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...