07 April 2011

PERBANDINGAN KTM DUKE 690 DAN ER6N/F

Catatan Ayah

Khamis
3 Jamadil Awal 1432
7 April 2011

Assalamu'alaikum..

Aku telah mendapat sms yang berbunyi..

"Pandu uji KTM Duke 690 akan diadakan di cawangan2 Chin Hin (Jitra) pada 16 Apr di Arau, 17 Apr di Gurun, 23 Apr di Sg Petani dan 30 Apr di Mergong. Utk yg berminat sila type: Nama, no. tel, email address dan lokasi hantar ke 0104237125 atau post di facebook Chin Hin (Jitra) sebelum 10 Apr 2011."

Dan.. aku telah pun menghantar sms dan membuat confirmation untuk pergi pada 16 April 2011 nanti dan akan dijadual pada pukul 9.00 pagi hingga 12 .00 tengahari..

Berikut adalah perbandingan antara KTM Duke dan ER6 Kuda Hitam aku yang aku copy paste dari facebook Chin Hin (Jitra)...


Terima kasih kepada pihak Chin Hin (Jitra) Sdn Bhd kerana menyediakan perbandingan ini sebagai rujukan...

Kepada sesiapa yang sentiasa tertanya-tanya mengenai perbandingan ini.. semoga ini adalah jawapannya.. apa-apa hal.. tepuk poket.. tanya hati yang mana berkenan..

p/s: aku masih setia dengan Kerbau Hitam aku.. hehehehe ;-)

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam..

8 ulasan:

  1. Satu jenama yang sedang meningkat naik,dan prestasi yang boleh dipercayai.

    BalasPadam
  2. klau diikutkan maksimum speed ktm dgn er6 hmmmm....x laju la tu nmnya 190_200kmj

    BalasPadam
  3. klau dilihat pd kajian yg dipaparkan bermakna KTM dan ER 6 x cukup laju la....hanya capai topspeed 190-200kmj

    BalasPadam
  4. Yg paling jahat skali si DUKE690..capai 240km/j

    BalasPadam
  5. Nak laju lagi beli la hayabusa...

    BalasPadam
  6. terimakasih diatas penerangan yang diberi.terlalu amat bermakna bagi saya yang menunggang er6n 2009 dan telah menjelajah ke seluruh malaysia dan baru saja selamat menamatkan misi 5 gunung pada May 2013.er6n tidak mendatangkan sedikit pun masalah kepada saya untuk mendaki gunung jerai, dan turun semula untuk ke Betong Thailand dan menuju ke Hentian Puncak Titiwangsa dan ke Cameron Highland serta meneruskan perjalanan ke Fraser Hill dan turun untuk terus menghabiskan misi ke puncak yang terakhir Genting Highland dan turun hingga sampai ke Plaza Tol Gombak.Alhamdulillah misi selesai.dan kini berhasrat untuk meneroka jentera yang baru KTM Duke 690.Sedang berfikir dan sedang mencari-cari keputusan...
    -Fauziah Hayat (Jugra Bikers, Banting Selangor)

    BalasPadam
  7. Terima kasih diatas penerangan yang amat berharga. Pada masa ini saya masih tercari-cari keputusan untuk jentera yang baru iaitu KTM Duke 690.

    Sekarang ini saya menunggang er6n 2009 dan telah menjelajah seluruh malaysia bersamanya dan yang terkini baru sahaja menyelesaikan misi 5 mountains pada May 2013.

    er6n tidak langsung memberi masalah kepada saya sepanjang misi 5 mountains (3 hari) untuk mendaki puncak gunung jerai, kedah, turun kebali untuk meneruskan perjlnan ke Betong Thailand dan meneruskan perjlnan ke Hentian Titiwangsa Grik, seterusnya ke puncak cameron highland yang sesak pada hujung minggu dan hujan lebat menyambut kedatangan kami. Dari cameron highland pada keesokan harinya terus mendaki Fraser dan turun kembali untuk menuju Genting Highland puncak yang terakhir dan turun kembali pada pukul 7:00 malam dan sampai ke Banting Selangor pada pukul 8:30 malam.

    Alhamdulillah.er6n telah membawa saya mencapai misi 5 puncak/5 mountains dan telah direcognised oleh WTR magazine pada 15 Jun 2013.

    Sekarang, setelah membaca info diatas, terfikir untuk bertukar ke jentera yang baru masih lagi kabur...

    Dari : Fauziah Hayat(Jee)-Jugra Bikers Banting Selangor

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...