16 April 2011

PANDU UJI KTM DUKE 690

Catatan Ayah

Sabtu
12 Jamadil Awal 1432
16 April 2011

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah.. cuaca agak cerah dan amat baik sekali hari ni. Kepada SuperYan dan rakan-rakan yang ride ke Besut, Terengganu hari ni, aku ucapkan.. have fun and safe ride.. maaf kerana aku tak dapat join sebab dah buat appointment dengan Chin Hin (Jitra) Sdn Bhd cawangan Arau hari ni untuk test ride KTM Duke 690.. bukan senang nak dapat peluang test ride motor beb.... jangan lupa bagitau bila ada ride ke mana-mana pulak nanti... hehehehe...

Aku sampai Chin Hin (Jitra) Sdn Bhd seawal pukul 9.00 pagi.. dan merupakan orang yang pertama sampai.. tak dak sapa lagi yang sampai waktu tu...


Chin Hin (Jitra) Sdn Bhd (Cawangan Arau) terletak di Arau bersebelahan dengan Petronas dan berhadapan dengan Shell dan Pasaraya C-Mart. Selain Arau, Chin Hin (Jitra) Sdn Bhd juga terdapat di Jitra, Changlon, Alor Star, Gurun, Sungai Petani dan beberapa tempat yang lain. Mereka juga telah mendapat hak sebagai pengedar bertauliah untuk motor-motor KTM ni selain dari KTM Motonation Manufacturer Sdn Bhd.


Selepas mendaftar.. aku mula membelek-belek motor Duke 690 ni. Terdapat 2 model iaitu Duke 690 dan Duke 690R.


Motor telah dihidupkan... apalagi.. jom kita test ride tengok...

1st impression aku bila tengok Duke 690 ni.. adalah ketinggian..

Ya.. ketinggian Duke 690 ni 865mm .. agak tinggi bagi aku yang cuma 155cm... hinggakan terpaksa guna stail flaminggo stand.. sebelah kaki menjejak tanah.. sebelah kaki tergantung.. cukup tinggi bagi aku. Malah ketika berhenti kat traffic light.. aku terpaksa berhenti kat tepi divider untuk jejakkan kaki...


Dengan berat hanya lebih kurang 150 kg.. berbanding dengan Kerbau Hitam aku yang mencecah 200 kg.. agak mudah untuk jinakkan Duke 690 ni.. Langkah pertama yang aku lakukan.. start enjin.. angkat tongkat tepi.. lompat naik dan biarkan kaki kiri tergantung.. masukkan gear 1.. gantungkan kaki kanan dan biar kaki kiri pulak jejak tanah.. pulas throttle.. wallah.. motor start gerak.. angkat dua-dua kaki.. dan vrrrooooommm...



Cukup mudah untuk kendalikan Duke 690 ni.. seolah-olah tunggang motor RXZ.. yang mungkin disebabkan ia ringan.. dan yang paling menakjubkan.. adalah pick-upnya.. cukup marbeles...

Torknya cukup kuat.. dan inilah kelebihan Duke 690 ni.. sekali pulas.. red line.. masuk gear.. pulas lagi.. red line.. masuk gear lagi.. pulas lagi... red line lagi... sampai top gear... pergh!!!.. meleleh beb...


Yang paling best... ketika ambik korner.. memang best..

Aku test dari Arau.. menuju ke Jejawi.. kemudian patah balik ke Arau.. memang best ambil korner.. dan pada pendapat aku.. ini memang karakter Duke 690 ni.. untuk tunggangan ganas.. sedap ambik korner.. bahkan agak senang untuk buat U-turn..

Aku sempat juga test menyelit antara kereta.. agak senang dan mudah untuk control dalam kesesakan.. dengan pick-up yang cukup kuat.. best ketika mengejar lampu isyarat... (jangan ikut yer.. merbahaya...)


Secara keseluruhan.. Duke 690 amat sesuai untuk kegunaan seharian.. dalam bandar dan short-distance. Lagi best kalau dapat layan korner. Bagi kaki korner.. amat sesuai untuk main kat Cameron Highland dan Grik.. Kalau kat KL.. boleh layan trek day kat Sepang...


Duke 690 ni pun dah cukup power.. apa tah lagi yang model Duke 690 R...


Cuma.. pada pendapat aku.. kalau untuk long distance.. agak kurang sesuai sikit.. sebab kedudukan menunggangnya.. yang seakan-akan menunggang scrambler.. lagi pun seat agak keras tapi cukup lebar... kelajuan maksimum yang mencecah 190 km/j juga agak bergegar... Lagi pun ia bukan dari kategori touring.. kalau nak touring.. kena ambil motor touring ler.. tapi kalau nak main short distance dan dalam town.. jangan pandang sebelah mata kat Duke 690 ni...


Peralatan kat meter mudah untuk dilihat dengan indicator yang mudah dibaca.. serta peralatan kat kedua-dua hendal amat mudah dikendalikan...


Peralatan standard juga best.. dengan brek depan/ belakang jenis Brembo.. rim marchesini.. dan lain-lain lagi...


Duke 690 ni berkapasiti 650cc manakala Duke 690 R berkapasiti 690cc.. dengan Single Cylinder.. LC4V.. sebab tu dia mempunyai pick-up yang kuat...

Gear juga agak smooth bila dimasukkan...


Harga yang ditawarkan oleh Chin Hin (Jitra) Sdn Bhd untuk model Duke 690 (otr) adalah RM 44,529.40 manakala Duke 690 R (otr) adalah RM 48,644.40...


Chin Hin (Jitra) Sdn Bhd juga menawarkan bayaran ansuran dengan down payment 30% ~ 40% dengan kadar faedah 8% setahun selama 60 bulan.. juga boleh buat loan bank pilihan sendiri..


Pendapat aku.. tak banyak yang perlu dibuat untuk menjadikan Duke 690 ni ranggi.. cuma perlu masukkan slip-on saja.. macam Duke 690 yang aku test ni...


Jom... layan gambiran Duke 690 dan Duke 690 R ni...



















Terima kasih kepada pihak Chin Hin (Jitra) Sdn Bhd cawangan Arau yang memberi peluang untuk aku test ride Duke 690 ni.. serta sedikit cenderahati...

Kalau ada lagi test ride untuk motor lain.. jangan lupa jemput lagi yer... ;-)



Perbandingan antara Duke 690 dan Duke 690 R dengan ER6N/F boleh dibaca di sini... dan spesifikasi Duke 690 dan Duke 690 R boleh dibaca di sini...

Secara keseluruhan.. prestasi Duke 690 ni memang tip-top.. cuma tepuk poket.. tanya hati... ikut selera..

p/s: semua ulasan di atas adalah dari pendapat aku sendiri secara peribadi hasil dari test ride tanpa ada desakan dari mana-mana pihak...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

7 ulasan:

  1. nak sambar duke plak ke? angkat je terus ktm adventure..he he..

    BalasPadam
  2. Test ride saja kang Latep.. kaki tak kesampaian.. hehehe..

    BalasPadam
  3. saja nak bertanya, saya nak beli motor kuasa tinggi, dan saya ni banyak guna di kawasan bandar dan mungkin hujung minggu baru balik ke kampung di Johor.so rasa2nya ER6 tu sesuai ke guna dlm bandar juga? FYI, saya ni x la tinggi mana, dlm 160cm jek. skang ni tengah pikir2 samaada amik Kawasaki Vulcan ataupun jenis naked bike mcm Naza Blade or ER6 ni. ada lagi ke jenis naked bike di malaysia ni?

    banyak pulak bertanya. terima kasih saya dahulukan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ducati monster beb. naked. the bestttt.

      Padam
  4. Assalamu'alaikum Zakzak..

    Bagi saya, dari pengalaman saya ER6 sesuai untuk kegunaan dalam bandar dan long-distance kerana beberapa faktor antaranya kedudukan semasa menunggang dan penggunaan minyak yang memuaskan.

    Selain itu, kos penyelenggaraan yang rendah. Selain ER6, saudara juga boleh mencuba kawasaki Versys.

    Naza Blade pulak agak kurang dari segi lasak, serta 'manja' sedikit dan perlukan 'belaian' yang agak lebih.

    Saudara juga boleh mencuba Aprilia Shiver, tapi ia agak mahal sedikit.

    Jika berkemampuan, saudara boleh juga mencuba kawasaki Z750 atau Z1000..

    Sekadar pendapat peribadi yang menggunakan ER6n selama 2 tahun.. sejauh 25K km.. setakat ni dah sampai JB dengan ER6 ni.. dan juga selalu guna ulang-alik kerja..

    Apa-apa hal.. tepuk poket.. tanya hati.. ikut selera..

    Selamat mencari motor idaman hati yang praktikal..

    BalasPadam
  5. Waalaiakumussalam.

    Terima kasih atas balasan. sekarang masih meninjau2 lagi motor mana yang sesuai dengan saya. saya lebih kepada praktikaliti dan ekonomikal. not much of a rider actually.cuma di KL kalu ada kereta agak sukar ke tempat kerja kalau menggunakan kereta.

    betul kata saudara, tepuk poket tanya hati ikut selera.

    terima kasih sekali lagi.

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...