15 April 2011

MASJID TUANKU SYED PUTRA JAMALULLAIL

Catatan Ayah

Jumaat
11 Jamadil Awal 1432
15 April 2011

Assalamu'alaikum..

Sekali lagi kita bertemu dengan hari jumaat, penghulu segala hari. Alhamdulillah kerana dipanjangkan umur untuk merasai nikmat yang Allah Taala kurniakan.

Sempena hari jumaat yang mulia ini, aku nak kongsi mengenai salah sebuah masjid yang ada di Kangar iaitu Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail.


Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail ni terletak di persimpangan Jalan Kaki Bukit dan jalan lintasan dari Jalan Kaki Bukit ke Jalan Santan. Berdekatan dengan Telekom, Caltex dan Mai Cafe.

Masjid ni dinamakan sempena Raja Perlis Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail iaitu ayahanda kepada Raja Perlis sekarang iaitu DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Jom... layan gambiran sekitar masjid yang sempat aku snap...




Jom kita masuk ke dalam masjid...





Dalam dewan solat...




Kawasan mengambil wuduk...


Jadi, kepada sesiapa yang datang ke Perlis amnya dan ke Kangar khususnya.. boleh ler mai ke masjid ni untuk bersolat...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...