13 April 2011

HV TANK & TRANSFORMER KXO-80G

Catatan Ayah

Rabu
9 Jamadil Awal 1432
13 April 2011

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah.. cuaca sekarang ni dah baik dan bagus. Cuma tadi ternampak tanda-tanda macam nak hujan tapi tak ler hujan pulak.

Tapi dua minggu lepas, hujan sangat lebat di Perlis ni hingga banjir di beberapa tempat di Kangar termasuklah Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Banyak juga peralatan yang berjaya diselamatkan, cuma peralatan yang besar saja yang tak dapat diselamatkan.

Sewaktu bencana banjir melanda HTF sewaktu tu, aku tak dak kat Kangar sebab menjalani kursus kat Johor Bahru (JB).

Jadi, sewaktu tu.. beberapa kawan aku telah cuba menyelamatkan beberapa alat yang penting dari ditenggelami banjir.

Sekarang... aku nak kongsi pengalaman memasang kembali beberapa bahagian yang telah ditanggalkan dari General X-Ray model Toshiba KXO-80G.


Antara bahagian yang ditanggalkan adalah High Voltage (HV) Tank dan Transformer. HV Tank ni adalah sebuah kotak yang bertindak untuk menghasilkan voltan tinggi antara 40 kVp hingga 150 kVp. Di dalamnya terdapat minyak.

Transformer yang digunakan bertindak untuk step down voltan dari 415V kepada 240V dan beratnya rasa-rasa aku lebih dari 50kg.


Penyambungan kabel 220V selesai...


Penyambungan kabel 440V dan 415V selesai...




Cukup berat transformer ni. Agak susah untuk memasukkannya ke dalam kabinet. Hinggakan perlu 3 orang untuk mengangkatnya.


Pemasangan in-coming supply selesai.




Siap pemasangan bahagian transformer...

Sekarang beralih kepada pemasangan HV Tank pula...



Selesai pemasangan kabel ke HV Tank...

Dan selesai pemasangan untuk Bilik 2...

Lepas ni kena pasang kat Bilik 1 pulak...



Ok.. siap pemasangan kedua-dua bilik tapi kedua-dua mesin masih belum boleh dimasukkan bekalan kuasa lagi.

Ini adalah kerana bila HV Tank diangkat, akan terhasil gelembung-gelembung udara di dalam minyak kat dalam HV Tank. Jika dibekalkan power supply, risiko terhasilnya spark adalah tinggi memandangkan ia menghasil kVp.

Jadi perlu dibiarkan dulu sehingga keesokan harinya... baru boleh dibekalkan bekalan kuasa...

p/s: siap pasang... dapat satu pengalaman baru yang berharga... yang sebelum ni hanya dilakukan oleh pihak vendor saja...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam..

14 ulasan:

  1. Ngeri tu ngeri la jugak. Cuma kena ambil berat tentang safety sebelum buat. Alhamdulillah semuanya sempurna dan selamat digunakan semula.

    BalasPadam
  2. Bos numpang nanya.bisa service x-ray toshiba KXO-15E

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Tuan Tanpa Nama,

      Saya selalu buat service untuk KXO-80G dan belum pernah buat service KXO-15E, tapi rasanya konsepnya mungkin serupa.. cuma mungkin teknologi yang digunakan berbeza...

      Padam
  3. Toshiba KXO-15E itu ada di rumah sakit di Jayapura.minta maaf bos kalau bos datang ke jayapura untuk servis hingga baik X-ray tersebut kira-kira berapa bos minta dibayar ? (Yusrianto di Jayapura )

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Tuan Yusrianto,

      Saya berada di Malaysia. Rasanya saya tak dapat memenuhi permintaan tuan untuk ke sana. Mungkin ada baiknya pihak tuan dapat menghubungi wakil Toshiba di Indonesia atau mungkin wakil Toshiba di Malaysia iaitu Abex Medical System Sdn Bhd. Mungkin mereka dapat membantu untuk menyempurnakan tugasan tersebut...

      Harap maaf.. InsyaAllah, saya mungkin bisa membantu dari segi nasihat dan berkongsi pengalaman...

      Padam
  4. salam kenal.minta maaf saya kira anda berada di Indonesia.kira-kira anda punya service manual dari X-ray tersebut atau KXO-80G yang mungkin sama yang dapat memamdu saya untuk perbaikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah saya akan cuba membantu setakat yang mampu... berdasarkan pengalaman yang ada... =)

      Padam
  5. kalo mau servuice toshiba kxo 15 E boleh call me 081316778428
    salam rusmana

    BalasPadam
  6. aku dulu bekerja di distributor toshiba jakarta call 081316778428

    BalasPadam
  7. Salam. Ada x service manual utk kx0-80g ni? Boleh email kpd sy? Lg satu saya nk tny. Sy bru lps tkr tiub xray. Kenape kluar error 35?
    Tq

    BalasPadam
  8. Salam. Kenape lps tkr tiub xray kluar error 35?

    BalasPadam
  9. Salam. Ada x service manual utk kx0-80g ni? Boleh email kpd sy? Lg satu saya nk tny. Sy bru lps tkr tiub xray. Kenape kluar error 35?
    Tq

    BalasPadam
  10. saya bisa bantu perbaiki alat x ray toshiba karena sy dulu kerja di murti indah sole agen x ray toshiba indonesia. hubungi sy

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...