20 April 2011

GE AMX4 - ERROR RECHARGE RECOMMENDED

Catatan Ayah

Rabu
16 Jamadil Awal 1432
20 April 2011

Assalamu'alaikum...

Sambil minum-minum kopi petang ni.. aku nak kongsi satu problem yang pernah aku tempohi dalam troubleshoot mobile x-ray GE AMX-4.. iaitu error message Recharge Recomended.. tapi bila kita recharge.. mesin tak mau recharge baterinya...

Semoga perkongsian pengalaman ni boleh dijadikan rujukan di kemudian hari... InsyaAllah..

GE AMX-4 ni menggunakan bateri Sealed Lead Acid 12V 26AH sebanyak 9 biji...  bila message Recharge Recommended keluar.. bermakna jumlah kuasa bateri berada di bawah 100 Vdc.. di mana normal operation.. berjumlah 120 Vdc.. jika jumlah bateri berada pada tahap 95 Vdc dan ke bawah.. bermakna kesemua 9 unit bateri perlu ditukar.. dan ini mungkin memakan kos sehingga RM 24K untuk  1 set bateri yang mempunyai kesemua 9 unit bateri serta pendawaiannya...




Bila disambung ke punca kuasa 240Vac.. masih tiada perubahan.. message masih sama iaitu Recharge Recommended..

Mula-mula.. seperti biasa.. aku akan check semua fius yang ada.. dan confirm.. semua fius dalam keadaan yang sempurna..

Jadi.. aku mula suspect Battery Charger Board mungkin bermasalah...


Board ni terletak di sebelah kiri mesin dan di sebelah atas.. bersebelahan dengan Rotor Control Board..


Setelah dibawa keluar board ni dan diteliti.. ternampak kesan sedikit terbakar pada bahagian connector J5.. yang mungkin akibat kesan spark... dan mengakibatkan beberapa komponen di atas board telah rosak...

Lalu aku ambil Battery Charger Board yang lain dan masukkan ke mesin yang bermasalah ni.. untuk membuat confirmation...


Selepas membuat pelarasan dan setting semula.. masalah yang berlaku sebelum ni dah selesai... dan confirmed.. Battery Charger Board yang sebelum ni bermasalah dan perlu diganti..

Board ni tak dapat dibaiki semula kerana ia menggunakan surface mounting components serta board direka dan mempunyai multi-layer.. jadi board baru perlu ditempah dan dibeli dari pihak pengeluar...



p/s: dah dapat board baru.. aku update nanti....

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...