30 April 2011

MAJLIS PERPISAHAN...

Catatan Ayah

Sabtu
26 Jamadil Awal 1432
30 April 2011

Assalamu'alaikum..

Hari ni sabtu ke-5 dalam bulan April 2011. Jadi hari ni adalah hari kerja bagi company aku.. half-day..

Mai kerja pun macam tak mai kerja saja.. pakat dok relax saja.. santai-santai sambil dok menyembang..

Sambil-sambil menyembang.. aku nak cerita sikit program kelmarin.. majlis perpisahan untuk adik-adik praktikal.. iaitu Syikin dan Farihah...

Genap mereka menjalankan latihan praktikal kat sini selama 3 bulan..

Menu utama kali ni adalah bihun soto..

Jom layan gambiran menu hari ni...





Dan menu utamanya adalah... ;-)



Orang kata.. kalau atur makanan dalam barisan.. sat lagi ada orang nak mai... ;-P


Makanan dah terhidang.. dok depan mata.. pulak tu pagi tadi tak sarapan apa pun.. jadi jom serang...!!!



Ibu-ibu yang sedang sibuk siapkan makanan...


Anak dara pulak sedang sibuk melayan "abang-abangnya"... hehehe.. ;-)

Masing-masing pun terus sibuk mengisikan perut masing-masing... :-P




Awat Cik Un makan kut tu.. malu ker?.. ;-)


Ucapan ringkas dari Bos kita... En M...


Bergambar kenangan dengan Cik M...


Apa yang diperkatakan oleh Cik M.. sehingga Syikin tersipu-sipu malu?.. ;-)


Cik Meck kita juga turut menyumbangkan sepatah dua kata.. ingatkan tadi nak menyumbangkan selagu dua... hehehehe...


FM kita.. En Sukri turut serta memeriahkan majlis... "lepas ni kita buat kambing golek pulak.. bos.."


Giliran Farihah pulak membuat ucapan...


Zoom dekat sikit.. kot-kot dapat tangkap gambar air mata..


Agak-agaknya.. Shidah dan Cik M terharu mendengar ucapan Farihah...


Selesai Farihah berucap.. giliran Syikin pulak berucap.. aiii!!.. sakan berucap.. sampai dok gawang tangan...


Apakah yang difikirkan oleh Cik M.. sambil mendengar ucapan Syikin???...

Sambil-sambil layan ucapan... acara makan diteruskan juga... ;-D



Sekarang sampailah masa untuk penyampaian cenderahati...


Cenderahati untuk Farihah...


Dan untuk Syikin...

Akhir sekali.. jom kita bergambiran kenangan beramai-ramai...






Akhirnya.. Kerbau Hitam aku jadi mangsa.. hehehehe.. ;-)





Bukan setakat Kerbau Hitam.. van pun nak try bawak.. awat 3 bulan lepas tak try bawak.. hahahaha... ;-D


Apa-apa hal pun.. selamat berjaya kepada Syikin dan Farihah dalam segala lapangan.. sambunglah belajar setinggi mana pun.. jangan dilupa kami di sini...

Gunakanlah sebaik-baiknya ilmu yang dapat dari sini.. yang baik jadikan teladan.. dan yang buruk jadikan sempadan..

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam..

29 April 2011

SUPERBIKES MEGASALES...

Catatan Ayah

Jumaat
25 Jamadil Awal 1432
29 April 2011

Assalamua'alaikum..

Buka e-mail tadi.. ada satu e-mail masuk.. dari SBM...

Tu dia.. SBM buat Megasales lagi.. khas untuk peminat-peminat motorsikal berkuasa tinggi...


Gambar kat atas.. sekadar hiasan yer.. bukan untuk dijual.. hehehehe... ;-)

Yap.. SBM Motorsport.. yang terletak di Desa Pandan, KL.. mengadakan megasales sekali lagi...


Banyak motor-motor berkuasa tinggi yang tersenarai dengan harga runtuh..

Antaranya...

Hi, megasales is back. lots of 2009 models to let go at very cheap price.

Yamaha R6 RM64,000.00 Loan RM60,000.00
Yamaha R6SE RM67,000.00 Loan RM60,000.00
Yamaha R6S-SE RM55,000.00 Loan RM58,000.00
Yamaha R1 SE RM80,000.00 Loan RM70,000.00
Yamaha FZ6S SE RM52,000.00 Loan 54,000.00
Yamaha FZ1 SE RM65,000.00 Loan RM58,000.00
Yamaha FJR1300A RM88,000 Loan RM81,000
Yamaha FJR1300A SE RM91,000 Loan RM81,000

Triumph Daytona 675 RM58,000 Loan RM60,000
Speed Triple R RM57,000 Loan RM58,000
Thruxton 900 RM53,000 Loan RM54,000
Tiger 1050 RM66,000 Loan RM62,400

Kawasaki

ER6F RM35,000 Loan RM28,000
GTR1400 RM90,000 Loan RM80,000
ZX10 rm75,000 lOAN rM64,000
zx6 RM58,000 Loan RM50,000

Suzuki

GSXR600 RM67,000 Loan RM60,000
GSXR750 RM72,000 Loan RM68,000
Hayabusa RM81,000 Loan RM70,000

Honda

CBR1000SE RM80,000 Loan RM70,000
CBR1000 ABS RM81,000 Loan RM70,000
CBR600 SE RM67000 Loan RM64,000

Visit us at SBM Motorsport Desa Pandan or call 0122153151 for more infos.


Hah.. apalagi.. sapa-sapa yang dok teringin nak angkat SBK.. apa tunggu lagi..

p/s: aku masih belum puas dengan Kerbau Hitam lagi.. dan masih sayangkan Kerbau Hitam aku lagi... sudah janji dengan dia untuk round Malaysia...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam...

SHIMADZU MUX100-H ERROR F56 - PT4

Catatan Ayah

Jumaat
25 Jamadil Awal 1432
29 April 2011

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah.. baru sampai dari Alor Star.. pi tambah simpanan EPF aku dan kawan-kawan ke dalam dana Public Mutual... nanti aku ceritakan bab tu..

Hari ni.. aku nak sambung bab troubleshooting mobile x-ray Shimadzu yang keluar error F56.. sambungan dari sini..


Aku terima e-mail dari Shahizam.. memberitahu tips-tips yang pernah dilakukan oleh staf kat Sabah berhubung dengan masalah yang sama..

"Terima kasih Shahizam atas bantuan hang..."


Masalah yang masih belum settle lagi...

Antara tips yang disyorkan oleh Shahizam...


Check AC masuk atau tidak.. nampaknya tak dak masalah...


Check semua fius kat MUX POWER-99 board...


Dan hasilnya.. semua fius dalam keadaan yang memuaskan...


Check voltan pada TER1 dan TER2...



Dan nampaknya.. voltan kat kedua-dua terminal tu dalam keadaan baik...


Kemudian.. check voltan kat TER3 dan TER4.. dan hasilnya masih sama.. iaitu voltan dalam keadaan yang baik..

Pendek kata.. kesemua tips-tips Shahizam dah aku buat... tapi masih belum jumpa punca masalah...

Pening... pening...

p/s: Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Shahizam atas bantuan hang...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam..

27 April 2011

SALAHKAH AKU MINAT MENUNGGANG?

Catatan Ayah

Rabu
23 Jamadil Awal 1432
27 April 2011

Assalamu'alaikum..

Tadi.. aku dapat panggilan telefon dari bos aku.. memarahi aku kerana menunggang motor ke setiap lokasi bila aku outstation..

Reasonnya adalah menunggang motor berisiko..

Apakah menjadi kesalahan aku menunggang? Adakah hanya boleh outstation dengan hanya memandu kereta?

Selama ni.. aku ke lokasi outstation pun.. aku tak claim pun mileage.. walaupun mileage hanya 25 sen/km.. berbanding memandu kereta 60 sen/km.. malahan kalau diikutkan.. tak berbaloi dengan 25 sen/km jika dibandingkan dengan kos minyak dan tayar motor aku.. berbanding dengan kos minyak dan tayar kereta...

Bila bercakap tentang risiko.. mana-mana saja ada risiko.. baik menunggang, memandu kereta, menaiki bas dan menaiki kapal terbang.. Ia adalah bagaimana kita menangani risiko tersebut.. aku menunggang bukan dengan membabi buta macam mat rempit.. tahukah dia.. riding gear yang aku pakai.. kosnya beribu ringgit.. dari helmet kat kepala, jacket, pant, glove hingga kasut?..

Janji.. aku tak kacau orang.. dan aku boleh sampai ke destinasi dengan selamat.. melunaskan tugasan aku tepat pada masa..  kerja siap... tanpa ada complaint dari customer...

Ajal maut semua ketentuan Allah.. malahan aku sendiri ada insuran nyawa dan hospital..

Menunggang motor juga adalah sebagai terapi bagi aku...

Aku mohon maaf.. jika kata-kata aku ni.. agak keterlaluan dan macam cakap besar.. aku hanya insan kecil.. pekerja yang kecil.. yang hanya menjalankan tugasan yang diberi.. macam mana aku nak menyelesaikan tugasan tu.. janganlah diganggu.. janji customer berpuas hati...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam..

26 April 2011

PESTA SUKAN PASTI 2011

Catatan Ayah

Selasa
22 Jamadil Awal 1432
26 April 2011

Assalamu'alaikum..

Hari ni.. adalah hari yang kebanyakan orang suka.. selalunya.. bagi yang makan gaji.. antara 25hb hingga 30hb adalah hari gaji.. maka berduyun-duyun ler orang ke mesin ATM.. hinggakan kekadang tu kena beratur panjang.. nak keluarkan duit.. apa-apa pun.. asalkan bahagia sudah...

Hari ni.. aku nak cerita mengenai hari sukan kat Taska anak aku.. Muhammad Harith Haikal.. dan ini adalah tahun ke-2.. Bangcik bersekolah tadika di PASTI Al-Islah...


Pesta sukan PASTI 2011 bagi kawasan Kangar tahun ni diadakan di D'Futsal pada 9 April 2011 yang lalu... yang melibatkan PASTI yang berada dalam kawasan Kangar...


D' Futsal terletak di Kampung Batu Dua.. tepi Jalan Kaki Bukit.. dan mempunyai 7 gelanggang futsal...

Tapi untuk Pesta sukan ni.. hanya 3 gelanggang sahaja yang digunakan.. setiap gelanggang digunakan untuk pertandingan mewarna dan sukaneka, permainan bola futsal dan bola jaring...


Kami sekeluarga datang ke D'Futsal seawal 8.00 pagi.. selepas hantar mak ke kursus haji di Masjid Alwi, Kangar..


Selepas proses pendaftaran.. majlis dimulakan dengan ucapan aluan dan perasmian oleh Ketua Pemuda PAS Perlis.. selesai perasmian, pesta sukan dimulakan dengan pertandingan bole sepak untuk pelajar 6 tahun lelaki, bola jaring untuk pelajar 6 tahun perempuan dan mewarna untuk pelajar 4 dan 5 tahun...

Jom layan gambiran Bangcik semasa pertandingan mewarna...





Dah pun siap...


Amacam.. hehehehe... ;-)



Pertandingan bola jaring dan bola sepak...




Ais krim percuma juga disediakan oleh pihak pengurusan PASTI...



Kemudian.. diadakan sukaneka.. antaranya Tarik Upih F1.. yang Bangcik turut serta ambil bahagian...




Jalan kepit belon...


Juga diadakan acara selingan untuk ibu bapa...


Acara menyusun perkataan...






Program berakhir kira-kira pukul 2.00 petang...


Bangcik dengan medal yang dimenanginya....

Alhamdulillah.. hari sukan ni berlangsung dengan suasana yang meriah.. khasnya untuk anak-anak bergembira...

Ada rezeki.. jumpa lagi tahun depan... InsyaAllah...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...