13 Mac 2011

ULASAN.. KENYATAAN BUKAN LAGI MIMPI..

Catatan Ayah

Ahad
8 Rabiul Akhir 1432
13 Mac 2011

Assalamu'alaikum..

Akhirnya.. selesai aku baca "Kenyataan! Bukan Lagi Mimpi".. selama 2 hari.. pelan-pelan baca beb.. :-)


Banyak ilmu dan panduan boleh didapati.. dan boleh dijadikan rujukan dalam merencana dan merealisasikan pengembaraan bermotorsikal.. dalam negeri umumnya dan luar negeri khasnya...

Buku ini pada pendapat aku... boleh dikategorikan sebagai buku ilmiah dalam bentuk santai...


Mengisahkan hero-hero Malaysia mengembara dari Kuala Lumpur hingga ke London dalam masa 62 hari.. melalui jalan darat sepenuhnya buat pertama kali.. yang selama ini hanya suatu mimpi.. dan sekarang telah menjadi kenyataan...


Dengan membawa imej Malaysia yang seragam sepanjang perjalanan merentasi 18 negara sejauh 20,941km..


Tak sangka Superyan boleh menitiskan air mata... dalam hati ada taman beb... ;-)


Dalam mengikuti pengalaman perjalanan di serata negara menuju ke London.. aku dapat ambil iktibar.. bahawa betapa bertuahnya berada di Malaysia.. dengan segala infranstruktur yang kita ada...


Timbul rasa syukur ke hadrat Allah Taala.. akan segala limpah kurnia rezeki ke atas bumi Malaysia yang bertuah ini... dan bagaimana susahnya mereka mengharungi cabaran semasa berada di negara orang...


Timbul juga kekaguman di hati.. atas keindahan ciptaan Allah Taala di atas muka bumi ni... disepanjang perjalanan..







Syabas dan tahniah diucapkan kepada keempat-empat hero Malaysia.. kerana berjaya dalam misi dan mengharumkan nama Malaysia.. di mana ada kemahuan.. di situ ada jalan.. jika ada impian.. insyaAllah berkat usaha dan ketekunan.. impian akan menjadi kenyataan...


Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.. kerana perkongsian ilmu dan pengalaman ini.. mudah-mudahan mendapat keberkatan-Nya... serta dapat dijadikan panduan dan rujukan...


Bak kata Kang Latep.. jom kita hidupkan motor.. tak kira kecil atau besar.. kita berjalan dan menjelajah.. jangan dibiarkan motor tu hanya 'tidur' di garaj...

Kepada sesiapa yang ingin memiliki dan membaca kisah suka duka sepanjang perjalanan ini.. sila tempah di sini...

Memang berbaloi-baloi...

p/s: sangat teruja.. dan bersemangat untuk memenuhi impian...

Wassalam..

3 ulasan:

  1. Belum ada masa lagi nak join d'club. Tunggu la satu hari nnt. :)

    BalasPadam
  2. Salam dari TayarGolek.Com. Tak citer pun ade blog..hehe. Ape2 pun Thanks bro ulas lebih detail pasal buku ni.

    BalasPadam
  3. Salam Bro Hans.. blog kecil-kecilan jer.. hehehe..

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...