11 Mac 2011

TIBA JUGA AKHIRNYA...

Catatan Ayah

Jumaat
6 Rabiul Akhir 1432
11 Mac 2011

Assalamu'alaikum..

Setelah berhari-hari menunggu.. akhirnya apa yang aku dok tunggu muncul di depan mata..


Inilah buku catatan pengembaraan anak-anak Malaysia yang telah berjaya menjelajah bermotorsikal dari Kuala Lumpur hingga ke London selama 62 hari.. demi untuk mengumpulkan dana bagi membina perpustakaan kepada anak-anak yatim..


Buku ni telah dilancarkan pada 3 Mac yang lalu.. mengisahkan suka-duka merealisasikan impian menjadi kenyataan...


Kisah-kisah perjalanan hero-hero ni boleh dibaca di sini.. selain itu juga buku ni boleh ditempah di sini juga..


Buku ni juga menceritakan secara lebih detail berbanding apa yang telah diceritakan di blog EM1M..


Buku ni juga boleh dijadikan panduan bagi sesiapa yang nak menjelajah dengan motorsikal.. yang mana juga ia juga menjadi satu impian bagi aku..


Sat lagi.. baru nak start baca.. hehehe.. ;-)





Terima kasih kepada semua yang terlibat hingga sampai buku ni ke rumah aku...

p/s: InsyaAllah.. bertambah semangat aku untuk buat solo ride jelajah semenanjung hujung tahun ni..

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam..

2 ulasan:

  1. Jangan lupa berikan pendapat anda selepas selesai membacanya.

    BalasPadam
  2. Sedang membaca dengan penuh tekun.. cukup marbeles setakat sekarang.. akan saya ulas nanti.. insyaAllah..

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...