03 Mac 2011

SERVICE RO RUMAH MAKCIK ZAINAB

Catatan Ayah

Rabu / 2 Mac 2011

Lama juga aku tak menulis... Nak kata sibuk tu.. tak juga... Mungkin sebab kurang sihat.. perut tak berapa selesa dan sering cirit-birit... Tak tahu pulak salah makan apa...

Ok, hari ni aku nak cerita sikit tentang aku ke Lana Bulu untuk service RO kat rumah Mak Cik Zainab... Sebab tak dak benda apa nak tulis, aku tulis bab ni sajalah.

Ini adalah antara kerja part-time yang aku buat iaitu service penapis air... Jadi selepas waktu kerja.. aku dan Own terus shoot ke Lana Bulu... Lana Bulu ni terletak dalam kawasan Kerpan, Kedah... Tak jauh dari Sanglang iaitu sempadan Kedah/Perlis...

Mak Cik Zainab ada call aku 2-3 hari lepas... Dia bagitau yang RO kat rumah dia dah tak keluar air... Bila dengar masalah tu.. aku dah dapat rasa dah yang penapis tu tentu dah tersumbat...

Jadi sampai kat sana.. kami terus periksa keadaan penapis... MasyaAllah, cuba lihat keadaan penapis tu... Teruk bebenor...


Cuba lihat keadaan penapis tu... Teruk sekali... Ini menunjukkan kualiti air kita amat teruk sekali... Penapis karbon pun teruk juga... Jadi solutionnya.. hanya tukar saja penapis tu...

Jadi, selepas ditukarkan ketiga-tiga penapis tu, jadilah seperti di bawah.


Ketiga-tiga penapis dah tukar, jadi penapis air ni berfungsi dengan elok, Alhamdulillah..

Selepas selesai semua kerja-kerja, kami pun dok menyembang sambil minum-minum. Menurut Mak Cik Zainab, ada penjual penapis air dari sebuah syarikat yang agak terkemuka yang hendak menjual sistem penapis biasa iaitu sistem 6 penapisan dan bukan sistem RO. Dia hendak jual dalam harga RM 3 ribu dan sanggup trade-in dengan sistem RO ni dengan harga RM 2 ribu.

Mahalnya, kerana sistem tu cuma 6 stage, dan harga sebenarnya hanya RM 700 sahaja. Berlipat-lipat kali ganda harga yang mereka jual dan nampak gayanya macam hendak mengaburi mata penduduk kampung. Kalau sistem yang mereka hendak jual adalah sistem RO, aku tak terkejut dengan harga RM 3 ribu tu, tapi ia hanya 6 stages sahaja.

Semoga tak ramai orang yang akan terkena dengan perkara ini.

p/s: lagipun tujuan asal kami jual sistem penapisan air ni adalah kerana kami hendak bekalkan penapis air dengan harga berpatutan kepada orang ramai terutama kepada penduduk-penduduk kampung dan orang melayu Islam.

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

28 Rabiul Awal 1432 / 3 Mac 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...