10 Mac 2011

RIDE FLUORO @ HSAH DAY 2

Catatan Ayah

Rabu
4 Rabiul Akhir 1432
9 Mac 2011

Assalamu'alaikum..

Hari ni hari ke-2 aku kena ke Hospital Sultan Abdul Halim menjalankan tugasan rasmi..

Tapi bukan untuk jalankan QC test.. tapi untuk tukar x-ray tube.. seperti yang telah dirancang kelmarin dengan Mie Korea..


Seperti biasa.. aku keluar rumah seawal 8.30 pagi.. dan menjangkakan akan sampai Sungai Petani dalam pukul 9.30 atau 10.00 pagi..

Hari ni.. aku ubah laluan.. berbeza dengan kelmarin.. aku keluar melalui Lebuhraya Kuala Perlis-Changloon.. tetapi keluar melalui Arau.. terus ke Kodiang..

Cuaca pun nampaknya agak mendung.. dalam hati aku sentiasa berdoa agar janganlah hujan..


Sampai Kodiang pun.. cuaca masih lagi mendung.. rasa-rasanya macam ada rintik-rintik hujan.. sebab kat visor helmet aku.. nampak macam ada titisan air.. Ya Allah.. janganlah hujan lagi.. jauh lagi perjalanan aku ni..


Memandangkan jalan agak lengang.. dan tiada kereta.. aku terus pecut antara 120 hingga 130 km/j.. lagi pun jalan ni setahu aku belum ada speed trap lagi.. dan minta-minta tu.. jangan ler ada speed trap..

Tak lama.. sampai kat Kota Siputeh.. dan nampak gayanya lampu isyarat tu dah ok.. Alhamdulilah.. timing agak kena kot.. elok-elok sampai.. lampu dah hijau.. tak payah ler berhenti.. jalan jer terus..


Akhirnya.. sampai Jitra.. keadaan cuaca masih lagi mendung.. jam dah menunjukkan pukul 8.50 pagi.. namun disebabkan mendung.. lampu jalan pun masih belum terpadam lagi..

Dari sini.. aku masuk ke kiri melalui Hospital Jitra.. masuk ke Lebuhraya Plus melalui exit Malau..


Bila dah masuk lebuhraya ni.. paham-paham jer lah.. kenderaan pun tak banyak.. pecut jer lah.. maintain speed dalam 150 ke 160 km/j.. cuma bila sampai sesetengah tempat.. yang keadaan jalan yang tak berapa elok dan banyak kenderaan.. kenalah slow down sikit...


Sampai jer kat Kepala orang Batas.. kenalah slow sikit hingga Tol Hutan Kampung.. sebab jalan baru jer turap.. walaupun nampak smooth tanpa bumpy.. tapi seriau sikit.. jalan agak berminyak.. sat lagi.. slide tayar belakang.. sorang-sorang tergolek kat atas jalan.. sapa susah.. diri sendiri jugak yang susah.. sendiri mau ingat ler..


Lepas jer Tol Hutan Kampung.. aku terus shoot ke Sungai Petani.. jadi tak der ler gambiran on the bike.. keselamatan perlu diutamakan beb... jadi bila dah nak sampai Tol Sungai Petani (U) ni.. dah slow down sikit.. boleh ler ambik gambiran on the bike semula..


Dalam 9.30 pagi.. selamat sampai Tol Sungai Petani (U).. dan seperti biasa.. berenti sat.. habuan perasap kemenyan.. dan betulkan urat saraf.. lagi pun.. sat lagi bila dah masuk ke kawasan hospital.. mana boleh perasap kemenyan dah.. lagi pun sat lagi kena kerja berat sikit.. tukar x-ray tube.. berbeza dengan buat QC test..


Keadaan cuaca pun.. Alhamdulillah.. mendung dan sejuk.. tanpa hujan.. cuma nampak macam nak hujan..

Selepas relax sekejap.. aku terus ke HSAH.. dan terus ke Jabatan Radiology.. sebab Mie Korea serta Edgar pun sudah menunggu di JPD..

Sampai jer di JPD.. maka bermulalah kerja-kerja membaraikan x-ray tube yang lama sebelum memasang x-ray tube yang baru...


Mula-mula.. nak kena dismantle collimator dulu.. godek sini.. godek sana..


Akhirnya.. terlerailah collimator dari singgahsananya..


Sebelum dismatle tube ni.. segala wiring perlu ditanda dulu.. sat lagi nak pasang tube baru tak ler tercangak-cangak..


Ketiga-tiga kabel ni.. perlu ditanda.. supaya nanti tak ler keliru...


Laluan kedua-dua kabel ni pun perlu diingat.. supaya nanti bila nak pasang balik.. tak tersangkut dengan cover...


Kedua-dua wayar ni pun perlu diingat betul-betul.. nanti kalau silap pasang.. buruk padahnya..


Ok.. kerja-kerja untuk menanggalkan tube lama boleh dimulakan.. tapi safety first.. column stand perlu ditambat dulu ke x-ray table.. nanti kalau tidak.. column tu akan terangkat ke atas selepas tube dibuang yang disebabkan oleh counter weight balance.. teramat merbahaya.. dan setiap kali tukar tube.. inilah satu-satu yang perlu diingat selalu..


Bila semua dah ready dan keadaan terkawal.. apa lagi.. tanggalkan tube yang lama..


Bab nak angkat tube ni yang extream sikit.. 2 orang tu kena angkat.. berat yang amat..


So.. next step adalah.. preparation untuk x-ray tube yang baru.. jam pun dah menunjukkan hampir pukul 2.00 petang.. perut pun dah berbunyi..

"Jom.. kita pi makan dulu.. sat lagi sambung lain..", ajak aku..

"Where?..", tambah Edgar.. Edgar ni orang Philipine.. boleh ler sikit-sikit berbahasa melayu..

"Jom kita pekena beriani kambing..", ujar Mie Korea..

"Jom.. lama dah tak pekena kat Aqiem nih..", tambah aku..

Jadi kami pun tuju ke Kedai Makan Nasi Beriani Aqiem.. dengan menaiki Easter Mie Korea.. ni pertama kali aku merasa naik Easter.. ok jugak..

Kalau ada sesiapa yang datang ke Sungai Petani.. aku rekomen.. datanglah menjamu selera kat sini.. nasi beriani kambing dia memang marbeles.. selain ada kambing.. ada juga ayam dan daging lembu..

Lokasi kedai ni bersebelahan dengan IKM Sungai Petani.. cubalah.. gerenti tak menyesal.. pendapat aku jer lah..


Makan dah.. perut pun dah kenyang.. apa lagi.. sambung kerja ler.. pemasangan tube baru pun berjalan semula dan alhamdulillah.. berjalan dengan lancar..


Semua berjalan dengan lancar dan sempurna.. cuma selepas ni kena buat configuration serta calibration.. bab tu.. kami tak boleh buat.. sebab perlukan software.. yang boleh buat cuma pihak Siemens sahaja.. jadi kena tunggu Siemens datang ler untuk buat configuration.. kalau ler kami ada software tu.. kepompom.. siap boleh guna general x-ray nih..


Kerja-kerja semua dah siap.. apa lagi.. balik ler.. nak buat apa lagi.. Alhamdulillah.. sebelah petang ni.. cuaca cerah dah tak menunjukkan hari nak hujan..


Sampai jer kat Alor Star.. teringat sesuatu.. nak kena berenti beli minyak rantai.. sebab minyak yang kat rumah dah nak habis.. lepas semburkat rantai kerbau hitam aku ni kelmarin..


Jadi.. aku masuk ke Alor Star melalui Tol Alor Star (S).. jadi macam biasa.. berenti sat habuan perasap kemenyan.. semenjak di Hospital tadi.. tak perasap lagi..


Cuaca pun agak panas petang ni.. berpeluh-peluh badan.. kalau ler boleh mandi waktu ni..... dan ada air sejuk pulak tu.. pergh!!!!...


Tak boleh jadi nih.. kena cepat-cepat balik nih.. sampai rumah nanti.. mandi.. baru segar badan.. tapi kena singgah kedai motor dulu.. beli minyak rantai.. kenderaan pun semakin banyak nampaknya bila masuk Alor Star..


Selit sana.. selit sini.. akhirnya.. sampai ler kat Bikers Gallery.. sebelum beli minyak rantai.. sempat juga belek-belek motor kat sana.. antara yang aku paling berkenan adalah Z1000.. ada 3 buah Z1000 dan sebuah Z1000SX.. harga pulak aku tengok antara RM 65K hingga RM 78K.. agak-agaknya bila ler aku dapat upgrade nih..


Inilah.. minyak rantai yang aku beli tu.. harga RM 40.. sama harga kat Bike Station, Arau.. cuma kalau kat Mega Fortune.. harga dia RM 35..


Urusan bab minyak rantai dah selesai.. serta sedikit habuan menjamu mata.. apa lagi.. balik ler..


Banyak pula kenderaan kat jalan Alor Star-Kangar hari ni.. jadi bawa pelan-pelan ler.. ikut hadlaju kebangsaan... jalan ni selalu ada speed trap.. kadang-kadang tu roadblock pun selalu ada.. terutama kat sempadan Kedah/Perlis..


Akhirnya.. sampai lah aku ke destinasi.. iaitu rumah ku.. syurga ku.. dan selamat sampai rumah setelah merentasi jarak sejauh hampir 200 km pergi/balik..

Tongkat motor.. minyakkan rantai motor.. dan selimutkan kerbau hitam aku ni.. kasi berehat..

Dan selesai tugasan aku kat HSAH, Sungai Petani selama 2 hari.. esok ada mentor-mentee meeting kat Alor Star.. mungkin aku ke sana menaiki kereta Pak Cik Ayaq atau Cik Man..

Lepas ni kena plan untuk buat test kat Kulim pulak.. dan barangkali bulan depan nak kena ke HQ pulak.. kat Petaling Jaya....

p/s: apa-apa pun.. Alhamdulillah.. semua selamat..

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...