04 Mac 2011

PILI BOMBA 4

Catatan Ayah

Khamis / 3 Mac 2011
Hadapan Wad Sakit Jiwa, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar
9.30 pagi

Memandangkan Bro Sham Ondscene melanjutkan tempoh penyertaan artikel mengenai pili bomba.. ni aku tampilkan penyertaan keempat aku mengenai pili bomba.


Pili bomba dalam gambar ni terletak di hadapan Wad Jiwa, Hospital Tuanku Fauziah. Aku ambil gambar ni dalam pukul 9.30 pagi dan apa yang aku boleh katakan, saban hari kereta ni diparkirkan bersebelahan dengan pili bomba ni. Dah macam saudara kembar pulak. Mungkin pemandu kereta ni tak sedar akan kesalahannya memarkirkan keretanya bersebelahan dengan pili bomba atau mungkin terlupa..


Ini adalah sebagai peringatan untuk diri aku sendiri dan sesiapa saja yang membaca tampalan ni..

"Mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1998 (Akta 341), Seksyen 26, mana-mana orang menutup, mengepung atau menyembunyikan mana-mana pili bomba hingga menjadikan tempatnya sukar dipastikan, atau mengganggu mana-mana pili bomba, atau menggunakan pili bomba selain daripada tujuan menentang kebakaran adalah melakukan suatu kesalahan.

Mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1998 (Akta 341), Seksyen 58, mana-mana orang yang melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini yang tiada penalti diperuntukkan dengan nyata baginya apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit (RM 5000.00) atau penjara selama tempoh tidak melebih tiga tahun atau kedua-duanya."

Jadi.. marilah kita sama-sama mematuhi peraturan yang ada..

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

29 Rabiul Awal 1432 / 4 Mac 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...