28 Mac 2011

KXO-80G GENERAL X-RAY

Catatan Ayah

Isnin
23 Rabiul Akhir 1432
28 Mac 2011

Assalamu'alaikum..

Hujan agak lebat petang ni.. sekali dengan angin kencang..

Alhamdulillah.. elok-elok sampai rumah dalam pukul 5:15 petang tadi dari pejabat..

Sambil-sambil dok minum kopi 'o' ni.. aku nak cerita sikit berkenaan dengan sebuah mesin x-ray yang ada kat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) ni.. iaitu tergolong dalam General X-ray dari model Toshiba KXO-80G..

Peralatan ni telah dipasang dan diserahkan kepada pihak HTF pada tahun 2003.. jadi sudah berumur 8 tahun dan masih lagi berkhidmat..

Dalam 8 tahun ni juga sudah 2 kali ditenggelami banjir besar pada tahun 2005 dan 2010 yang lepas..


Penyelenggaraan peralatan ini dibuat 2 kali setahun dan ujian kualiti (QC test) dibuat sekali setahun mengikut standard MS-838...


Dan sebelum penyelenggaraan dibuat.. perlu mendapat kelulusan dari pihak Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) terlebih dahulu..

Bagi sesiapa yang berminat dalam bidang peralatan radiologi ni juga.. perlu mempunyai sijil Radiation Protection Officer (RPO) yang mana perlu menjalani kursus pendek selama 2 minggu di Agensi Nuklear Malaysia dan mengambil serta lulus peperiksaan yang disediakan  oleh pihak AELB..

Satu bidang yang agak mencabar...

Jadi.. buat anak-anak muda Melayu Islam.. sahutlah cabaran untuk menjadi pakar dalam bidang ini kerana tidak ramai anak-anak muda Melayu Islam yang menjadi pakar dalam bidang ni.. bagi menggantikan golongan-golongan yang dah dipenghujung usia ni.. ;-)

Jika dilihat.. kepakaran dalam bidang ni banyak dipelopori oleh bangsa lain dan mendapat pendapatan yang agak lumayan serta bekerja di syarikat-syarikat yang ternama.. seperti Siemens, Toshiba, GE, Shimadzu dan lain-lain lagi..

p/s: aku sendiri pun masih lagi belajar dalam bidang ni.. dan sudah berada di penghujung usia... ;-P

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum.
    Sy nk tny, sy sorang lepasan diploma radiografi dan minat utk memohon kerjaya sbgai RPO, jd bagaimana cara sy perlu memohon..boleh encik bg "guideline" dari awal bagaimana utk memohon menjadi sbg RPO.

    BalasPadam
  2. Wa'alaikumsalam..
    Syarat2 utk menjadi seorang rpo..kalau tak salah sekarang ni memerlukan sekurang-kurangnya diploma dan ijazah sarjana muda dalam bidang sains atau kejuruteraan. Kena attend course yang dianjurkan oleh Agensi Nuklear selama 2 minggu dan ambil periksa yg dibuat oleh LPTA. Untuk lebih maklumat boleh berhubung dengan pihak LPTA... B-)

    BalasPadam
  3. Salam. Boleh saya dapatkan nombor contact. Sebab nak tnya pasal control panel. Sy jxr di hshk.

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...