06 Mac 2011

KODAK X-OMAT 2000

Catatan Ayah

Ahad / 6 Mac 2011

Hari ni aku nak kongsi info mengenai film processor.. tapi kalau ada info yang tersilap.. hangpa tolong pebetui sat no..

Bila buat x-ray.. hangpa tau dak macam mana filem tu diproses?.. ni aku nak cerita secara ringkas jer..

Dulu.. malah sekarang pun kat klinik-klinik kecil swasta.. yang memiliki mesin x-ray.. filem-filem x-ray diproses secara manual.. dengan membawa masuk x-ray cassette ke dalam bilik gelap.. kemudian filem tersebut dicelup ke dalam chemical iaitu fixer dan developer.. kemudian dibasuh dengan air yang bersih dan dikeringkan.. kemudian terhasillah filem x-ray yang selalu kita tengok bila buat medical check-up tu..

Teknologi semakin berkembang.. maka terhasillah x-ray film processor..


Film processor ni dari model Kodak X-Omat 2000.. dah digunakan di HTF ni sejak tahun 2003.. dan sekarang ni sudah jarang-jarang digunakan sebab teknologi sekarang yang semakin berkembang dengan penggunaan Film Digitizer dan Laser Imager..


Di dalam film processor terdapat tangki-tangki yang diisi chemical fixer, developer dan air serta heater untuk mengeringkan filem.. Film processor ni diletakkan di dalam bilik gelap dan semua kerja-kerja untuk memasukkan filem ke dalam film processor ni mesti dilakukan dalam keadaan gelap.. sebab jika filem-filem yang belum diproses ni terkena cahaya.. maka akan rosaklah filem tersebut.. seperti kamera dulu-dulu yang menggunakan filem..


Masa yang diambil untuk memproses sesuatu filem tu adalah antara 90 hingga 120 saat.. kemudian terhasillah imej yang selalu kita tengok kat filem-filem x-ray...


Jadi.. inilah serba sedikit mengenai x-ray film processor.. sebagai info kepada kita semua.. nanti jika orang tanya macam mana filem x-ray diproseskan.. at least kita tahu serba sedikit macam mana prosesnya..

Jika ada sesiapa yang rasa aku bagi info yang silap.. minta bagi tau aku supaya aku boleh betulkan..

p/s: semoga kita menjadi bangsa Melayu Islam yang berilmu...

1 Rabiul Akhir 1432 / 6 Mac 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...