22 Mac 2011

JELAJAH PERLIS BHG 5

Catatan Ayah

Assalamu'alaikum..

Hujan lagi petang ni.. la ni boleh dikatakan setiap petang hujan kat Perlis ni..

Sambil-sambil minum kopi.. lepas balik dari office tadi.. jom aku nak cerita sektor terakhir.. penjelajahan aku ni..

Yang mana.. route yang akhir ni meliputi.. UniMAP Ulu Pauh - Kampung Sena - Jelempok - Bongok Kudong - Tok Pulau - Kuala Sanglang - Sungai Baru - Kuala Perlis - Kampung Sentang.. sejauh lebih kurang 64 km..


Perjalanan diteruskan.. walaupun waktu ni panas lit-lit.. UniMAP ditinggalkan.. menuju ke bahagian selatan Perlis..


Dari sini.. aku akan memasuki Lebuhraya Changlon-Kuala Perlis.. melintasi Politeknik Tuanku Syed Putra..



Kenderaan nampaknya agak banyak kat atas jalan.. tapi kat dalam gambar ni.. aku ambil sewaktu kurang kenderaan.. demi keselamatan semasa atas jalan raya...

Isteri dan anak-anak masih lagi mengekori aku di dalam Kenari...


Memang cukup panas waktu ni.. atas dengan bahang mataharinya.. dan bawah dengan bahang panas enjinnya.. angin pula seakan-akan tiada.. dan bahang angin panas terasa menyapu muka.. tambahan pula aku pakai helmet GIVI biasa jer.. tak pakai full-face... bavaclava pun tak pakai...


Dari sini.. ambil ambil simpang ke kiri.. menuju ke Kampung Sena.. jalan ni juga boleh digunakan jika hendak ke Kodiang.. kalau nak tau.. kat Kodiang ni popular dengan pasembornya.. serta mee bandung.. sedap pada tekak aku.. dan kalau ada sesiapa nak mencubanya.. silalah datang...


Sekarang aku sedang melintasi Kampung Kubang Paya.. sebelum sampai ke Kampung Sena..


Pemandangan sekitar.. selain dari kawasan kampung.. adalah kawasan sawah padi.. tapi sekarang ni.. sawah padi baru saja selesai dituai.. dan proses membajak semula belum dilakukan...


Di penghujung jalan.. aku belok ke kanan.. ke jalan Arau-Kodiang yang sedang dalam pembinaan.. jika ke kiri menghala ke Kodiang..

Kat sini.. terletak Radix Chicken House.. salah satu rangkaian Radix Fried Chicken (RFC) di bawah pengurusan HPA Industries.. salah satu restoran makanan milik bumiputera Islam.. yang mampu menandingi KFC.. (pada pendapat aku ler)...


Jalan Kodiang-Arau yang masih dalam pembinaan...


Tak jauh.. aku ambil arah ke kiri.. memasuki ke Kampung Jelempok.. melalui kawasan perkampungan.. Tak jauh di depan adalah kawasan pembinaan landasan keretapi berkembar.. dan jalan agak teruk dek dilalu oleh lori-lori tanah..


Selepas kawasan kampung.. jalan ni yang boleh dikatakan lurus.. terus merentasi kawasan sawah padi.. dan kebanyakan kawasan sawah padi di sini dah mula dibajak...

Jom layan gambiran disepanjang jalan ni.. dengan suasana di kawasan sawah bendang...








Akhirnya.. sampai ke penghujung jalan ni yang agak lurus.. dan belok ke kiri.. menghala ke Kampung Tok Pulau..


Suasana agak teduh dengan adanya pokok-pokok besar di tepi jalan.. lega sikit rasanya..


Akhirnya.. sampai ke Kampung Tok Pulau..


Menuju ke Kuala Sanglang...


Jalan ni pun agak lurus.. dan merentasi kawasan sawah padi..


Akhirnya.. sampai ke penghujung jalan dan akan memasuki Jalan Alor Star - Kangar.. sebelum masuk ke jalan yang menuju ke Kuala Sanglang...


Berhenti sekejap di bawah pokok di tepi Jalan Alor Star - Kangar.. sementara menunggu isteri dan anak-anak sampai.. dengan Kenari.. rupa-rupanya.. Kenari ni terbang slow sikit dari Kerbau Hitam.. hehehehe... ;-)

Kalau ikut logik akal.. kapasiti Kenari 1000cc.. dan Kerbau Hitam aku cuma 650cc.. apa pasai Kenari terbang slow..?.. hihihi.. (soalan bodoh!!!)

Tak lama kemudian.. mereka pun sampai.. dan kami mula memasuki jalan ke Kuala Sanglang.. dengan menghala ke kanan.. kat simpang tiga di hadapan tu...


Kini.. aku sedang menuju ke Kuala Sanglang.. dan inilah kali pertama aku masuk ke jalan ni.. sejak 40 tahun yang lalu..


Cuaca pun.. nampaknya amat baik sekali.. Alhamdulillah...



Dan Alhamdulillah.. sampai ke Kuala Sanglang... sebuah pekan kecil...


Sekarang.. aku akan menghala ke Sungai Bahru.. melalui jalan di persisiran pantai..


Kat Kuala Sanglang ni.. banyak terdapat rumah-rumah untuk burung walit menghasilkan sarang-sarang burung walit.. mungkin di sini tempat yang agak strategik kot dalam perusahaan sarang burung walit.. yang berdekatan dengan laut...


Bermulalah perjalanan di persisiran pantai.. tetapi sayangnya.. permulaan jalan di persisiran pantai tercemar dengan pembuangan sampah...


Persisiran pantai di sini bukanlah dari jenis berpasir.. tapi berselut.. tapi tetap menarik suasananya.. tambah-tambah lagi semasa air pasang.. dan menjadi tumpuan kaki-kaki pancing...


Kalau papan tanda ni pun pakai helmet.. takkan kita naik motor pun tak mau pakai helmet.. hehehehe... ;-)




Sampai di Kampung Sungai Bahru.. yang terkenal dengan pengkalan menaikkan ikan.. dan menjadi tumpuan orang ramai.. membeli ikan-ikan segar... Aku juga rajin ke sini dalam bulan ramadhan.. beli ikan segar buat berbuka puasa...


Kat sini juga.. Perlis Power Plant...


Kat Sungai Bahru ni juga terkenal dengan perusahaan belacannya...


Akhirnya.. sampai ke Kuala Perlis.. maka lengkaplah perjalanan aku mengelilingi Perlis.. puas sudah hati aku kerana berjaya melengkapkan perjalanan ni...


Kini.. aku kembali memasuki Lebuhraya Kuala Perlis - Changlon untuk kembali ke rumah...


Kelihatan kilang padi milik Che Ami... kawan aku semasa sekolah sampai sekarang.. pemilik Yamaha R1.. "bila kita nak pi ride makan durian pulak Che Ami?.."


Dari atas lebuhraya ni menuju ke rumah aku.. kelihatan juga mahligai milik tokeh Kilang Padi Dibuk.. dalam pembinaan.. salah seorang tokeh kilang padi Melayu Islam yang berjaya di Perlis..

"Bila ler aku mampu buat rumah seperti tu?..."


Akhirnya.. tepat jam 2:19 petang.. sampailah aku ke rumah...


Dan perjalanan yang aku tempuhi sejauh 157.2 km.. mengikut meter Kerbau Hitam aku...

Dan masa yang aku ambil untuk perjalanan ini selama lebih kurang 5 jam...

Secara peribadi.. aku amat berpuas hati dengan pengalaman dan perjalanan yang aku tempuhi... sebagai persiapan untuk cita-cita aku untuk mengelilingi Semenanjung Malaysia kelak.. jika ada rezeki dan masa terluang..

Projek akan datang.. InsyaAllah aku akan pusing mengelilingi Kedah pulak..

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...