21 Mac 2011

JELAJAH PERLIS BHG 4

Catatan Ayah

Assalamu'alaikum..

Hujan pulak petang ni.. sambil dok layan hujan petang.. sejuk-sejuk sambil minum air kopi dan ubi kayu rebus.. panas-panas.. jom aku sambung lagi cerita jelajah Perlis aku ni.. :-P

Route kali ni.. Padang Besar - Felda Chuping - UniMAP Ulu Pauh.. sejauh lebih kurang 30 km..


Selepas kenyang makan pulut ayam.. dan berehat seketika.. kenyang perut beb.. silap-silap boleh ngantuk ni.. :-P

Aku pun bersiap untuk sambung kembali perjalanan aku.. panas cukup terik dan membakar diri.. tapi masih bersemangat...


Tak banyak barang yang dibeli.. cuma makanan ringan serba sedikit untuk anak-anak serta beras pulut susu dan beras wangi.. Pulut susu ni sedap.. lembut.. lagi best kalau makan dengan durian atau mempelam.. dan mak cik pula beli periuk.. semuanya disumbat ke dalam Kenari ler..


Selepas semuanya siap dan ready.. aku dan famili mula bergerak keluar dari kompleks serta Padang Besar.. matahari nampaknya terpacak di atas kepala..


Aku ambil ke kiri.. menuju ke arah Chuping.. dan bakal memasuki fasa 5 negeri Perlis selepas fasa sawah padi, dusun buah-buahan, ladang getah dan hutan simpan.. Nampaknya isteri dan anak-anak dah laju di hadapan.. meninggalkan aku sendirian atas kerbau hitamku ni.. ;-)




Inilah fasa ke-5.. iaitu fasa ladang tebu... sumber gula untuk Malaysia...


Cukup luas.. sejauh mata memandang..



Kat sini.. kelihatan anak-anak tebu yang baru ditanam...


Di sini pula kelihatan pokok-pokok tebu yang telah dibakar sebelum dituai... selalunya musim ni.. tebu-tebu ni dibakar waktu malam.. dan abunya diterbangkan angin hingga sampai kat rumah aku.. tak larat nak mop lantai.. bila berjalan atas lantai.. kaki mesti hitam dek terpijak abu tebu ni.. dan kat tingkap.. mesti ada abu-abu hitam tebu ni..


Kat Ladang Tebu ni juga.. selalu juga diadakan Perlis Rally Championship.. dan dulu selalu tengok kehebatan Karamjit Singh bawa Proton PERT kat sini..


Tebu-tebu yang masih belum diambil..


Lagi kawasan tebu yang sudah dituai dan belum ditanam semula.. keluasan yang sejauh mata memandang..


Kalau dilihatkan di sini.. logik tak jika Malaysia ada masalah kekurangan bekalan gula.. fikir-fikirkan lah..


Lagi kawasan ladang tebu....


Dan lagi...





Kelihatan di sana.. berbalam-balam.. Kilang Gula Felda Chuping...


Sebahagian kawasan ladang tebu yang ditanam semula dengan getah...


Adakah ini sebabnya.. bekalan gula kurang.. sebab telah diganti dengan getah?.. tak tahulah..


Cuaca.. amat baik sekali.. dan amat panas.. hingga memedihkan mata.. tapi semangat masih tebal untuk menamatkan perjalanan ni.. tak jauh dah ni.. kalau sejauh ni tak mampu.. macam mana nak pusing Semenanjung tak..


Perjalanan mesti diteruskan.. menuju ke hadapan..


Kiri-kanan jalan hanya dengan pemandangan ladang getah sahaja.. mungkin 5-6 tahun lagi.. jalan ni akan jadi teduh dek pokok getah yang tinggi dan rendang...


"ANDA BERADA DI CHUPING, PERLIS.. KAWASAN LADANG TEBU TERBESAR DI MALAYSIA.. DENGAN KELUASAN 8062 HEKTAR.."


Dan akhirnya.. Ladang Tebu ditinggalkan.. dan memasuki kawasan Ulu Pauh pulak..


Inilah kawasan Kampus Utama UniMAP yang sedang dalam pembinaan... sementara dok tunggu kampus siap.. maka kampus-kampus dan asrama penginapan pelajar UniMAP.. berselerak di seluruh Perlis.. nanti bila kampus ni dah siap.. baru kampus-kampus yang lain seluruh Perlis akan ditutup dan dipindahkan ke sini.. khabarnya..


Kelihatan juga.. kawasan kampus Politeknik Tuanku Syed Putra.. dari sini..


Lagi kawasan UniMAP.. dalam pembinaan...


Pintu masuk utama UniMAP..

Panas betul rasanya.. ni kena berenti sat kat tepi jalan ni.. cari tempat teduh.. pekena air tebu sejuk.. pergh!!!!..

Ok.. aku berhenti rehat sat no.. nanti aku sambung lain..

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam..

2 ulasan:

  1. "Cukup luas.. sejauh mata memandang.. Kalau tak salah aku.. luasnya hingga bersambung dengan ladang tebu Padang Terap di Kedah.."


    Jauh lagi nak sampai Padang Terap, kena langkah Kuala Nerang dulu.

    BalasPadam
  2. terima kasih atas teguran.. pembetulan telah dilakukan..

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...