20 Mac 2011

JELAJAH PERLIS BHG 3

Catatan Ayah

Assalamu'alaikum..

Salam sejahtera kepada semua yang sudi singgah dan membaca perjalanan aku yang tak seberapa ni..

Ok.. hari ni.. aku sambung lagi perjalanan aku ni.. dari Sungai Batu Pahat.. menuju ke Padang Besar (U)..

Kat Perlis ni ada 2 Padang Besar.. iaitu Padang Besar (U) terletak kat sempadan Malaysia-Thailand seperti mana orang tahu.. dan Padang Besar (S) terletak dekat-dekat dengan Kuala Perlis..

Route.. Sungai Batu Pahat - Padang Melangit - Kampung Tasoh - Kaki Bukit - Padang Besar (~39.5km)


Setelah puas berehat.. maka aku pun start balik perjalanan ni..


Alhamdulillah.. cuaca amat baik sekali.. kat hujung jalan ni.. jika ke kiri akan menuju ke Taman Rekreasi Bukit Air.. boleh mandi-manda untuk kanak-kanak.. tapi aku mengambil arah ke kanan untuk menuju ke Padang Besar...


Kat sebelah kiri aku ni adalah Taman Burung.. tapi malangnya tidak dijaga dengan elok.. dulu banyak spesis burung dapat dilihat di sini.. Selain tu.. kat sini.. kita boleh ke Taman Herba.. boleh lihat bermacam-macam jenis pokok herba..


Ok.. tadi kat simpang tiga.. aku ambil ke kanan.. masuk ke Jalan Abi Batas Paip.. dalam menuju ke Padang Besar...


Kat sini.. terkenal dengan ladang mempelam harum manis.. tapi sekarang ni mempelam ni baru berbunga.. dan kalau tak salah aku.. cuma kat Perlis sahaja mempelam ni mampu hidup dengan elok selain Thailand.. mungkin sebab iklim kat Perlis ni sama dengan iklim kat Thailand..

Mempelam harum manis ni memang cukup sedap.. harum baunya dan manis rasanya.. dan nak jaga pokok mempelam ni cukup renyah.. sebab ulat dan serangga cukup suka dengan buah mempelam nih.. kat rumah aku pun ada sepokok..

Mempelam ni sedap bila dimakan dengan pulut santan.. cukup marbeles.. nanti bila sampai musim mempelam ni.. mai ler Perlis.. boleh rasa nikmatnya makan mempelam ni..

Harga pasaran kalau tak salah dalam RM13 sekilo.. dapat ler dalam 2 biji sekilo.. hehehe.. ;-)


Keadaan jalan masih lagi lengang.. dan matahari pun sudah meninggi...


Sekarang.. aku sudah masuk dan melalui Jalan Padang Melangit.. mungkin dulu merupakan padang yang luas melangit kot.. tu yang dipanggil Padang Melangit.. hehehehe.. ;-)


Melintasi Masjid Padang Melangit.. jika dilihat dan diperhatikan.. kebanyakan masjid-masjid di Perlis ni.. cat-catnya diwarnakan seragam.. berwarna biru dan kuning.. ni adalah idea semasa zaman Dato Seri Shahidan Kassim jadi menteri besar dulu..


Melintasi Kampung Belukar, Padang Melangit...


Kat sini ada penduduknya yang mengusahakan tanaman anggur.. Kat Perlis pun dah mula diusahakan tanaman anggur sejak beberapa tahun yang lalu...


Dan pemandangan masih lagi sawah padi dan jajaran Banjaran Nakawan...

Jom kita layan gambiran sepanjang perjalanan menuju ke Kaki Bukit...



Bukit pun nak habis dah.. sebab dok ambil tanah untuk pembangunan.. mungkin lagi 20 tahun.. anak-cucu kita hanya dapat melihat bukit-bukau di dalam buku dan gambar sahaja?...


Nun di hujung sana.. Empangan Tasik Timah Tasoh..


Kat persimpangan ni.. aku ambil arah ke kiri.. menuju ke Kaki Bukit... Jika ambil ke kanan.. kita boleh terus ke Padang Besar tanpa melalui Kaki Bukit dan akan melalui di tepi Empangan Timah Tasoh..

Manakala kalau ikut kiri.. akan melalui Kaki Bukit dahulu... Saja jer aku ambik jalan kiri.. sebab dah lama tak lalu jalan ni...


Ke kiri.. masuk ke Jalan Guar Jentik.. menghala ke kaki Bukit.. nampaknya Kaki Bukit dalam 11 km lagi... tak jauh dah..

Jom layan gambiran sepanjang jalan ni...




Mula memasuki fasa ke-3.. iatu kawasan ladang getah.. setelah melalui fasa sawah bendang dan fasa dusun buah-buahan...


Kaya la ni sapa-sapa yang ada kebun dan ladang getah ni.. ekoran kenaikan harga getah...


Sunyi sikit jalan ni.. sebab tak ada penempatan orang..



Simpang kat depan.. jika ambik ke kanan boleh menuju ke Gua Kelam.. ikut jalan belakang... salah satu tempat tarikan orang ramai jika datang ke Perlis ni..

Kalau ada sesiapa yang datang Perlis.. boleh datang sini.. untuk berkelah.. selain tu boleh mandi air sungai...


Dari sini.. aku ambil arah ke kiri.. menuju ke Kaki Bukit... nantilah ke Gua Kelam.. bila free...


Menuju ke Kaki Bukit...


Akhirnya.. aku sampai Pekan Kaki Bukit.. dari sini boleh juga ke Gua Kelam.. aku cuma lalu saja di sini tanpa berhenti..

Dari sini.. boleh juga ke Wang Kelian.. iaitu sempadan Malaysia-Thailand yang mana pintu sempadan dibuka setiap hari ahad dan kita boleh masuk keluar ke Thailand tanpa perlu guna passport atau border pass.. tapi setakat pekan sehari Wangprachan sebelah Thailand saja ler...


Jom.. sapa-sapa yang nak ke Siam.. dari sini boleh masuk ke Thailand sama ada melalui Wang Kelian atau Padang Besar...


Perjalanan diteruskan menuju ke Padang Besar.. perut pun dah lapaq ni.. dah terbayang pulut ayam nih.. ;-)


Kat depan.. aku ambik ke kanan.. menuju ke Padang Besar.. bagi sesiapa yang nak ke Wang Kelian.. boleh ambil ke kiri..



Jelas kelihatan Bukit Chabang.. dari sini...

Jom kita layan gambiran sepanjang perjalanan menuju ke Padang Besar...




Hadlaju aku hanya sekitar 80 km/j jer.. santai sambil menikmati pemandangan sekeliling...


Sekarang sudah masuk fasa ke-4 di Perlis ni iaitu kawasan hutan simpan... hutan simpan ni ditanam dengan pokok sentang pada zaman Menteri Besar Dato Seri Shahidan Kassim dulu.. Pokok sentang ni adalah sejenis pokok balak dan boleh dibuat perabot.. dan dari pokok sentang nilah asalnya nama kampung aku iaitu Kampung Sentang...


Di sebelah kiri aku ni.. sebahagian daripada hutan simpan yang ditanam dengan pokok sentang dan pokok jati...


Baru saja melepasi pos kawalan UPP.. dan Padang Besar pun tak jauh dah.. sekitar 5 km lagi... dah terbayang pulut ayam ni.. perut pun dah berbunyi..



Kelajuan aku masih lagi sekitar 80 km/j.. santai beb.. :-)


Di sebelah kanan aku ni.. adalah ladang ternakan rusa.. sedap daging rusa ni.. ;-)


Tu dia.. nampak sekumpulan rusa.. kat hujung sana..



Sekarang.. sampai pulak ke kawasan ternakan burung kasawari.. atau orang dok panggil burung unta...


Kat sini.. pengunjung berpeluang menunggang burung unta ni.. ;-)

Aku pun belum pernah tunggang burung unta nih...


Padang Besar semakin hampir..



Dah pun sampai Padang Besar.. dan mula memasuki pekan Padang Besar...


Sedang menuju ke Kompleks Padang Besar.. yang terletak betul-betul bersebelahan dengan pagar sempadan Malaysia-Thailand.. rasa-rasanya ramai yang dah sampai ke sini...


Dah pun sampai ke destinasi.. sebelum pi makan pulut ayam.. jom kita ronda-ronda sekeliling kompleks dulu.. menjamu mata.. kot-kot ada yang berkenan di hati.. boleh beli..


Kereta masuk kena bayar parking RM 2.. motorsikal free jer..



Jom kita masuk ke dalam kompleks pulak..





Amacam.. tak teringin ker nak buat collection..


Suasana kat kawasan luar kompleks..

Jom.. kita makan pulut ayam pulak...


Ok.. kita makan-makan dulu.. lepas tu kita sambung lagi...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam..

3 ulasan:

  1. bez betui no...jalan clear...

    BalasPadam
  2. kebetulan kot..

    yang pasti.. syok jalan clear ni..

    BalasPadam
  3. bukan kebetulan. memang gitu jalan di sana. tak banyak kenderaan

    ada saper2 nak join saya jelajah thailand hujung 2011.
    jika minat hubungi
    azzad69@gmail.com

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...