19 Mac 2011

JELAJAH PERLIS BHG 2

Catatan Ayah

Assalamu'alaikum..

Route.. Kuala Perlis - Tebing Tinggi - Bintong - Sungai Batu Pahat (~ 20km)


Hari ni semua orang kebanyakan bercuti.. terutama kepada anak-anak yang masih bersekolah.. lusa dah start bersekolah balik dah..

Hari ni aku sambung balik cerita aku yang tertangguh kelmarin.. sehingga Pekan Kuala Perlis..

Pekan Kuala Perlis ni.. kecil jer.. dan menjadi tumpuan kebanyakan orang yang akan ke Langkawi.. musim-musim cuti sekolah ni.. ramai sungguh orang dari segenap pelusuk tempat.. ada yang datang berseorangan.. ada yang berkumpulan dan berkeluarga.. untuk ke Langkawi..

Perjalanan ke Langkawi dari Kuala Perlis ni mengambil masa dalam 45 minit hingga sejam saja.. berbanding dari Kuala Kedah.. antara sejam hingga sejam setengah... lagi pun jika melalui Kuala Perlis.. lautnya kurang bergelora.. berbanding Kuala Kedah..

Tambang feri pun murah sikit dari Kuala Kedah.. iaitu dari Kuala Perlis ke Langkawi dalam RM18 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak...

Kat Kuala Perlis ni terkenal dengan ikan bakar dan laksa Kuala Perlis.. ramai yang tak akan lepaskan peluang untuk merasa ikan bakar dan laksa Kuala Perlis bila dah datang ke Perlis ni..

Ok.. berbalik kepada perjalanan aku nih.. ;-)


Aku baru saja melepasi kawasan Pekan Kuala Perlis.. dalam dok leka ambik gambar.. aku telah termasuk ke lopak kat depan tu.. nasib baik tak tergolek.. Alhamdulillah...


Kat sebelah kanan aku ni.. lagi satu kampus UniMAP.. ramai student kat sini.. terutama time depa habis kuliah... dan kat sebelah kanan aku juga.. ada sebuah kedai yang menjual laksa Kuala Perlis.. sedap laksanya.. dan menunya hanya laksa sahaja.. selalunya sebelah petang dalam pukul 5 petang hingga 6 petang.. laksa dia mesti habis..


Dah pun sampai hujung jalan.. jadi ambil ke kiri..


Salah satu kawasan rekreasi di Kuala Perlis..  iaitu Kawasan Rekreasi Bukit Kubu.. kalau tak salah aku ler.. lupa la pulak... cuaca pun alhamdulillah...


Melintasi Sungai Perlis.. nampaknya air laut tengah pasang nih... :-)



Jalan ni salah satu jalan short-cut dari Kangar ke Kuala Perlis.. atau orang panggil jalan belakang.. jalan ni agak berliku dengan short-corner.. best jugak ler kalau nak layan korner sikit-sikit.. terutama kalau naik motor yang mid-range.. kalau sportbike tu.. jangan ler... silap-silap masuk semak..

Kat sini jugak telah dibina penempatan sementara untuk mangsa-mangsa kebakaran yang terbesar pernah berlaku di Kuala Perlis beberapa tahun yang lalu.. habis satu kampung terbakar..


Selepas layan korner.. sikit-sikit jer.. baru boleh start ambik gambar balik.. Kat sebelah kanan aku ni adalah Muzium Kota Kayang.. dan pengambaran filem Jangan Pandang Belakang Congkak pernah diadakan di sini dulu...


Perjalanan diteruskan lagi melalui Jalan Behor Temak.. melalui kawasan kampung.. tenang dan relax saja pagi-pagi nih...


Dari sini.. aku masuk ke Tebing Tinggi.. kawasan kampung yang terletak bersebelahan dengan bukit.. dan bermulanya jajaran Banjaran Nakawan.. dulu-dulu ada belajar ni dalam subjek geografi...

Seronok tengok rumah kat sebelah kiri aku ni.. penuh dengan pokok bunga... bermacam-macam pokok bunga.. dan berbagai warna...

Jom.. kita layan gambiran jalan dan suasana kat Tebing Tinggi nih...




Jalan agak kurang memuaskan sikit kat sini.. al-maklum ler jalan kampung... so kena ler berhati-hati sikit...


Sekarang aku masuk ke Jalan Syed Saffi.. jalan ni boleh terus ke Kangar.. dan kat sini juga terdapat perkampungan penempatan pelajar UniMAP.. iaitu Penginapan Pelajar Wang Ulu.. sebab tu aku kata UniMAP ni ada kat seluruh Perlis.. merata-rata tempat.. Tadi kat Kuala Perlis pun ada kawasan penempatan pelajar UniMAP...


Sekarang aku melalui Jalan Kurong Batang.. menuju ke Sungai Batu Pahat.. jika ke kanan melalui Jalan Raja Muda.. boleh ke Kangar.. dan kat situ juga terdapat Istana Penginapan Raja Perlis.. yang kat Arau sana adalah Istana Rasmi...



Seperti biasa.. pemandangan kiri kanan jalan masih lagi sawah padi...


Terbentang Banjaran Nakawan.. yang menjalar hingga ke Thailand...


Suasana sudah mula agak panas... Kat sini nampaknya para petani sudah mula membajak sawah mereka...


Lagi bukit-bukau.. sebahagian dari Banjaran Nakawan...


Sekarang aku sedang menuju ke Sungai Batu Pahat.. tetapi ikut jalan belakang..


Kiri-kanan masih lagi kawasan sawah padi.. tapi kat sini.. sawah padi diusahakan sekali setahun.. berbeza di kawasan selatan Perlis yang diusaha 2 kali setahun.. dan kawasan ni di luar kawasan MADA..

Jom kita layan gambiran di kiri kanan jalan ni menuju ke Sungai Batu Pahat...


Rasa-rasanya.. ni bukit yang terendah di Malaysia nih... :-)





Mula memasuki kawasan kampung semula.. dan masih menuju ke Sungai Batu Pahat...


Dan mula masuk ke fasa kedua.. di mana kawasan sawah padi ditinggalkan.. dan memasuki kawasan dusun-dusun buah-buahan..


Kat sini memang terkenal dengan kawasan dusun buah-buahan.. seperti durian, mempelam, cempedak, rambutan dan lain-lain lagi.. dan biasanya banyak kedapatan bila sampai musimnya.. dan murah-murah... pembelian terus dari dusun.. ;-)


Dan.. bila melalui kawasan dusun ni.. suasana agak teduh.. dan cukup selesa dan best ketika menunggang motorsikal nih... tak macam naik kereta.. feel dia lain sikit...


Ya... kita sudah sampai ke Sungai Batu Pahat...


Sungai Batu Pahat ni.. adalah salah sebuah kawasan rekreasi di Perlis ni.. ada sebatang sungai.. boleh mandi-manda.. selain tu terdapat Taman Ular yang mempamerkan pelbagai jenis ular serta sebagai tempat kajian membuat vaksin-vaksin dari bisa ular.. selain tu terdapat padang golf dan tempat bermain atau menunggang kuda...


Kat sebelah kanan aku ni.. adalah Padang Golf Putra.. bagi yang berminat nak main golf.. boleh ler mai sini.. sambil ride bawa kelengkapan golf.. hehehe... ;-)



Bagi yang berminat menunggang kuda.. boleh ler datang ke Pusat Ekuin Perlis ni.. kot-kot dah jemu tunggang motor.. hehehe..


Tak ler aku nampak kudanya.. masih kat dalam kandang kot...



Rasa-rasanya nak kena berhenti rehat sekejap ni.. hilangkan sedikit lenguh dan makan bekalan cucoq... kesian jugak kat anak-anak yang dok ikut dalam Kenari nu...


Port untuk berehat pun dipilih...



Yang pasti.. anak-anak yang paling seronok.. dan lapar.. hehehehe..


Rehat-rehat sambil makan cucur.. yang dibawa dari rumah.. boleh dikatakan berkelah juga ni...



Suasana cukup nyaman, teduh dan bersih...


Sempat juga bergambar kenangan seisi keluarga...

Jadi.. kita rehat-rehat dulu.. sebelum sambung perjalanan.. jauh lagi perjalanan nih..

Next pit-stop adalah Padang Besar.. boleh makan pulut ayam.. hehehehe.. ;-)

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam..

3 ulasan:

  1. ingatkan kat johor jer ada batu pahat..

    der naik motor sambil amik gambo.. bahaya tu der..

    BalasPadam
  2. kalau dapat up skit gambar2 pasal tinggalan sejarah kat sg bt pahat ...nxt time leh kami melawat ke sana..

    BalasPadam
  3. Man.. memang merbahaya.. tidak digalakkan kepada sesiapa yang tak pernah buat begini..

    Kang Latep.. insyaAllah.. nanti saya up kan..

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...