18 Mac 2011

JELAJAH PERLIS BHG 1

Catatan Ayah

Khamis
12 Rabiul Akhir 1432
17 Mac 2011

Assalamu'alaikum...

Hari ni aku ambik cuti.. bersempena dengan cuti sekolah yang hanya tinggal beberapa hari lagi.. rasa-rasa macam nak bawa famili berjalan sikit.. dengan cara aku tersendiri..

Plan ni dah aku rancang dari bulan lepas lagi.. nak tahu apa rancangan aku?..

Ada yang dok kata.. rancangan aku ni buat rugi masa saja.. tak berbaloi dan buang masa.. tapi apa yang aku kisah.. ini adalah kisah hidup aku.. bukan kisah hidup depa..

Dengan semangat EM1M..rancangan yang aku nak buat ni adalah cuma menjelajah mengelilingi Perlis.. dengan menunggang kerbau hitam aku jer.. manakala famili ikut dengan menaiki Kenari..

Walaupun jaraknya tak seberapa.. dah memang Perlis  ni kecil.. tapi sekurang-kurangnya aku dan famili dapat menimba pengalaman baru..

Lagi pun.. sebelum buat menjelajah route yang besar.. dan jauh.. baik mulakan dulu dengan route yang kecil.. tak kan terus nak buat route yang jauh terus.. betul tak..


Inilah route yang aku akan ambil.. bermula dari rumah aku.. melalui persisiran pantai Kuala Perlis.. terus ke Kaki Bukit.. Padang Besar.. merentasi ladang tebu... terus ke bahagian selatan Perlis hingga sempadan Perlis/Kedah.. dan menuju balik ke persisiran pantai Kuala Sanglang.. dan balik ke rumah.. yang kalau ikut Google Map.. jaraknya hampir 200 km...

Secara ringkasnya.. route adalah Kampung Sentang - Kuala Perlis - Sungai Batu Pahat - Kaki Bukit - Padang Besar - Pauh - Jelempok - Tok Pulau - Kuala Sanglang - Permatang Limau Manis - Sungai Baru - Kuala Perlis - Kampung Sentang..

Route.. Kampung Sentang - Kuala Perlis



Perjalanan kami bermula seawal 9 pagi.. taklah awal sangat.. sebab nak siapkan anak-anak ni.. macam-macam sikit..


Apa-apa hal.. kena isi minyak dulu.. jadi aku singgah kat Petronas Jalan Raja Syed Alwi.. isi minyak Kerbau Hitam dengan Kenari dalam RM40.. suasana pagi nampaknya cerah.. mintak-mintak janganlah turun hujan.. dan badan masih lagi fresh..


Perjalanan dimulakan dengan menuju ke arah Kuala Perlis... jalan pun nampaknya lengang.. kat hadapan.. jika ke kiri akan ke Changloon ikut Lebuhraya Kuala Perlis - Changloon.. dan kat sebelah kiri aku sekarang ni adalah Stor TNB... dan sebelah kanan Klinik Pergigian Perlis yang masih dalam pembinaan.. dulu jalan ni 2 lorong saja.. tapi sekarang dah jadi 4 lorong.. dari Kangar sampai Titi Chai..


Titi Chai sedah dilepasi.. dan bakal melepasi Gunung Medan.. tapi ia bukanlah sebuah gunung.. cuma bukit saja.. mai mana nama Gunung Medan ni tak tau pulak aku.. jika ke kiri.. kita akan menuju ke Binjal.. di mana terdapat sebuah kubur sejarah Tok Tina Aluih.. yang ada kena mengena dengan Tok Arau dan Tok Surau serta Tok Binjal.. di sinilah timbulnya asal nama Binjal, Kampung Surau dan Arau..

Tapi aku terus ke hadapan menuju ke Kuala Perlis...


Matahari sudah mula meninggi dan mula mencucuk mata.. tapi inilah nikmatnya menunggang motor..


Sampai Behor Lateh.. Arah ke kiri menuju ke Alor Star dan ke kanan ke Kangar.. aku ambil jalan terus menuju ke Kuala Perlis.. jauh lagi destinasi aku nih... jalan pun masih lengang...


Selepas Behor Lateh.. aku melalui Titi Serong.. agak teduh bila meredah jalan ni sebab masih banyak pokok-pokok di tepi jalan.. selalunya jalan ni kosong macam ni sebab kebanyakan orang yang nak ke Kuala Perlis akan melalui Lebuhraya Kuala Perlis - Changloon..


Akhirnya.. jalan lama ke Kuala Perlis ni bersambung kembali dengan Lebuhraya Kuala Perlis - Changloon..


Jalan kosong.. cuaca cerah.. dan langit membiru.. dengan angin yang menderu.. suasana yang cukup seronok bermotorsikal... anak bini dalam Kenari tu.. tak tau ler apa cerita...


Fasa pertama.. kat Perlis ni.. kiri kanan terbentang sawah padi.. tapi sekarang ni baru saja lepas musim menuai.. mesin menuai padi pun dah masuk parking... ;-)



Kuala Perlis semakin hampir.. dalam 3 km lagi.. hawa laut pun dah terasa.. selalunya Kuala Perlis waktu cuti sekolah ni ramai orang.. yang nak ke Langkawi...


Sebelah kanan aku ni adalah Pusat Kejuruteraan UniMAP.. merata tempat kampus UniMAP ni dalam Perlis.. sebab kampus utama kat Pauh belum siap lagi..

Bila ada orang tanya, "UniMAP kat mana?"..

Selalunya aku jawab, "Kat Perlis ler.." ;-)



Akhirnya.. sampai ler ke Kuala Perlis... jalan di persisiran pantai.. tapi pantainya tak ler berpasir macam kat Pulau Pinang.. Pantainya agak berselut... Dari sini aku ambil ke kanan menuju ke arah Pekan Kuala Perlis...


Cuaca amat cerah.. dan boleh nampak Pulau Langkawi.. jaraknya tak tahu ler berapa jauh.. tapi kalau naik feri ada ler dalam 45 minit hingga sejam dari Kuala Perlis nih... Malam minggu pun meriah kat area sini...




Dari sini.. kelihatan medan selera ikan bakar Kuala Perlis.. yang sebahagiannya menghulur keluar ke laut... yang berwarna putih tu ler... Kat sini malam-malam ramai orang dok race motor dengan kereta turbo.. bahaya tu.. dan salah di sisi undang-undang...


Ha.. sampai pun anak isteri aku.. dan nampak gayanya anak-anak happy jer dalam Kenari... jauh lagi ni perjalanan kita ni...


Sebelah kiri aku.. tadi menuju ke medan selera ikan bakar.. yang tiap-tiap malam cukup meriah.. sapa-sapa yang datang ke Perlis.. jangan lepaskan peluang untuk makan ikan bakar di sini.. tapi pagi-pagi ni tak dak ler...

Sebelah kanan pulak salah satu tempat parking kereta bagi sesiapa yang nak ke Langkawi... banyak tempat parking kereta sama ada berbumbung atau tidak sekitar Kuala Perlis ni.. janji bila ke Langkawi.. hati senang sebab kereta ada orang jaga...


Aku terus masuk ke dalam Pekan Kuala Perlis.. sebelah belakang aku menuju ke Jeti.. kat sebelah kiri aku pulak adalah LKIM.. salah satu tempat menaikkan ikan dari bot-bot ikan yang baru mendarat...

Suasana dalam Pekan Kuala Perlis agak lengang...

Ok... dah pun sampai ke Kuala Perlis... ni baru fasa pertama... ada banyak lagi fasa akan aku tempuhi.. walaupun jarak perjalanan aku ni tak ler jauh mana...

Nanti aku sambung lagi yer...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam...

6 ulasan:

  1. Salam..teringat kenangan konvoi beramai2 dgn kwn2 ke Perlis thn 97 dulu...la perlis dah berubah..jln pun dah elok...

    BalasPadam
  2. all the best bro... anyway, please visit my blog too... rajin2 comment kat situ..

    www.globe-rider.blogspot.com

    HooRahh!!

    BalasPadam
  3. Bro Khairil.. lapang-lapang.. mai ler sini.. jalan-jalan..

    Bro Shahrizan (Globe-Rider).. saya memang selalu juga singgah kat blog bro..

    Terima kasih kepada semua yang sudi singgah kat sini...

    BalasPadam
  4. ini macam kalu..saya blh roger2 bro ler nanti kalo ada plan nk buat ride ke Perlis. Mana le tau nak buat tour setiap negeri.

    -Han-

    BalasPadam
  5. Bro Han.. siri jelajah Perlis dah selesai.. perancangan saya next ride nak buat Jelajah Kedah pulak.. jika masa mengizinkan.. InsyaAllah..

    Jika mai Perlis.. boleh contact saya..

    BalasPadam
  6. Salam...saya dri..kedah..nk p lkim kuala perlis...boleh..tnjuk jln..mcm na sya dri kedah ke lkim..harap sgt..en dpt bantu

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...