16 Mac 2011

JALAN-JALAN BUKIT CHABANG..

Catatan Ayah

Rabu
11 Rabiul Akhir 1432
16 Mac 2011

Assalamu'alaikum..

Kelmarin.. Arif jemput makan kenduri kat rumah mertua dia kat Bukit Chabang.. tapi tak berkesempatan pulak nak ke sana.. sebab beberapa masalah..

Jadi hari ni.. aku, Pak Cik Ayaq dan Own telah ke sana.. selepas waktu kerja..

Tapi.. kami tak melalui jalan utama.. yang sepatutnya perlu sampai hingga Pusat Serenti Bukit Chabang dulu.. tapi kami pergi melalui Bukit Keteri.. masuk melalui ladang getah.. bahagian Bukit Chabang.. saja jer.. sebab boleh short-cut..

Sampai jer Bukit Keteri.. masuk ke Kubang Tiga.. masuk ke kawasan ladang getah.. tak pernah lagi aku sampai ke sini.. walaupun dah 40 tahun tinggal di Perlis..


Jalan mini tar dalam kawasan ladang getah ni kecil jer.. sama besar dengan Kenari aku.. kalaulah berselisih kereta kat sini.. jenuh juga.. tapi aku tabik kat tuan punya ladang getah ni.. bersih ladang dia..


Kat dalam ladang getah ni.. ada juga orang yang mengusahakan kebun sayur.. mungkin tuan punya tanah jemu kot nak noreh getah.. dan dengar kata.. harga getah dah turun sikit la ni...


Aku terus ke depan lagi.. hujan dah mula turun.. jalan pun bengkang bengkok sikit.. rasa macam bawa 4x4 pulak.. hehehe.. ;-)


Ada kawasan yang bersih.. ada kawasan yang semak sikit.. dan ada kawasan yang baru ditanam anak getah..


Tak dapat aku bayangkan.. jika melalui jalan ni pada waktu malam.. mesti gelap gila punya..


Sebuah rumah orang pun belum jumpa lagi.. ni memang di tengah-tengah ladang ni.. luas sungguh...


Bila ler nak sampai nih...


Tak dapat aku bayangkan.. pagi-pagi selepas subuh.. mereka keluar untuk mencari rezeki dengan menoreh getah.. dengan keadaan yang amat gelap.. macam-macam benda yang tak disangka boleh terjadi... bak kata pepatah... alah bisa tegal biasa... demi mencari rezeki yang halal...


Dari tadi.. sampai la ni.. belum lagi berselisih dengan orang lagi.. tah-tah jalan ni digunakan orang ketika keluar menoreh saja apa..


Nampak macam pondok kat depan tu.. betul ke?..


Bukit Chabang sudah semakin hampir gamaknya..


Haa.. tu dia.. baru nampak.. rumah orang.. baru sampai kawasan kampung...


Kat sini.. sempat juga berselisih dengan sorang tu naik scrambler.. ingatkan scrambler apa.. rupa-rupanya motor Suzuki RG Sport yang dah convert jadi scrambler... cantik juga depa buat.. tapi.. aku pulak tak dan nak snap gambiran motor tu..


Hujan renyai-renyai masih lagi dok turun.. la  ni kat Perlis dok hujan sebelah petang.. kadang-kadang tu.. lebat sungguh...


Dah dekat kot ni...


Akhirnya... sat.. tak sampai lagi...


Ha.. ni baru betul.. dah sampai.. betul-betul di belakang Bukit Chabang...


Walaupun kenduri kelmarin.. hari ni pun hidangan best jugak.. bihun sup tulang gearbox.. pergh!!!.. marbeles..

Terima kasih Arif.. dan dengaq kata sampai 2 ekor lembu tumbang...

Bihun sup memang marbeles..

Serta dapat pengalaman yang marbeles.. masuk ikut jalan tadi...

p/s: kalau masuk jalan tadi waktu malam.. mau sesat...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...