05 Mac 2011

GE AMX-4

Catatan Ayah

Sabtu / 5 Mac 2011

Pagi-pagi ni, aku nak berkongsi sikit info mengenai mesin x-ray. Aku rasa ramai yang tahu mengenai mesin x-ray ni..


Ini adalah salah satu dari mobile x-ray yang aku buat maintenance baru-baru ni. Ia dari model GE AMX-4 dan hampir 16 tahun digunakan di Hospital Tuanku Fauziah.. memang dah agak berumur dan masih setia menaburkan bakti.. ;-)

Mobile x-ray ni digunakan bila seseorang pesakit tidak dapat dibawa ke Jabatan X-Ray dan digunakan di wad-wad di mana pesakit itu berada.


Model ni berfungsi dengan tenaga 120Vdc yang dibekalkan oleh 9 biji bateri berkuasa 12V 26Ahr. Tanpa bateri-bateri ni, ia tidak dapat berfungsi dengan sempurna, jadi selepas setiap kali digunakan, ia harus dichargekan kembali.


Seperti mana yang diketahui umum, x-ray perlu dilakukan untuk mengesan kecederaan dalaman yang tak dapat dilihat dari luar seperti tulang patah dan sebagainya.

Bagaimana x-ray dapat dihasilkan???.. nanti aku ceritakan serba sedikit.. insyaAllah...

p/s: semoga pakat dapat info serba sedikit mengenai peralatan-peralatan yang digunakan kat hospital ni...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

30 Rabiul Awal 1432 / 5 Mac 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...