31 Mac 2011

BANJIR KALI KE-2

Catatan Ayah

Khamis
26 Rabiul Akhir 1432
31 Mac 2011

Assalamu'alaikum..

Hari ni adalah hari ke-2 aku di Johor Bahru (JB).. semalam dalam pukul 5.10 petang aku sampai di Perlis.. kerana menghadiri kursus MRI di Hospital Sultanah Aminah selama 3 hari sehingga 2 April 2011 dan aku akan balik ke Perlis pada hari ahad, 3 April 2011..

Sesampainya aku di JB ni.. dapat pula berita yang Perlis dilanda banjir kali yang ke-2 selepas peristiwa banjir pada November 2010 yang lepas..

Adoi.. apa-apa hal.. alhamdulillah.. semua keluarga dalam keadaan selamat dan alhamdulillah.. rumah aku tak terlibat dengan banjir.. cuma kat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) yang tenggelam sehingga paras lutut..

Memang hujan lebat melanda Perlis dari 28 Mac 2011 lagi.. bahkan aku menunggang motorsikal dari Perlis hingga ke JB pada 30 Mac 2011 pun dalam hujan yang agak lebat.. cuma hari ni.. menurut isteri aku.. cuaca agak baik dan terang di Perlis.. tapi air banjir semakin meningkat ekoran pelepasan air dari Empangan Timah Tasoh..

Kepada sahabat-sahabat dan penduduk Perlis yang terlibat dengan banjir.. diharap bersabarlah dengan dugaan Allah ni.. setiap dugaan itu.. ada hikmah-Nya..

Berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikulnya.. bila dilihat gambar-gambar yang kawan-kawan dan sahabat-sahabat siarkan di dalam facebook..

p/s: semoga banjir ni akan cepat beransur pulih...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...