04 Februari 2011

RIDE SANTAI NASI SUP SATUN, THAILAND PART 4

Catatan Ayah

Ahad / 30 Januari 2011

Ok.. kita sambung balik ceritera.. pagi-pagi ni segar sikit nak cerita.. semalam mengantuk.. sebab baru balik Penang.. sampai rumah lewat sikit... bawa anak bini berkelah.. nanti aku cerita bab pi Penang tu...


Semua dah ready.. cuaca pun amat baik.. dan kami telah ditegur oleh sorang rakyat Thailand yang bertanya khabar... terima kasih kerana beri sokongan...


Alhamdulillah.. kenderaan pun tak banyak kat atas jalan.. jadi seolah-olah jalan kami yang punya.. tapi tatacara pemanduan tetap dipelihara...


Aku sempat melihat sekumpulan rakyat Thailand yang menunggang KSR110... mini motard.. mungkin menghabiskan cuti hujung minggu ride bersama-sama... kebanyakan KSR110 tu dah dimodified.. dan jadi cantik... bila dilihat... sempat juga membalas lambaian mereka.. itulah semangat bikers... tak kira siapa dan dari mana walaupun berlainan negara.. tetap akan bertegur sapa...


Akhirnya... kami mula memasuki Bandar Satun.. dan seperti biasa.. setiap simpang banyak dengan lampu isyarat... dan pada pandangan aku yang pertama kali sampai ke Satun ni.. bandar ni sederhana besarnya... dan keadaan bandar ni agak bersih..


Berpusing-pusing kami mengelilingi Bandar Satun ni.. mencari port yang agak elok.. untuk berbincang apa rencana seterusnya... kebanyakan persimpangan jalan tidak dibenarkan untuk buat u-turn... jadi kami terpaksa berpusing-pusing keliling bandar jika hendak berpatah balik...


Bahkan.. kami telah ditahan oleh pihak polis trafik Thailand.. dek kerana tersilap buat u-turn dan masuk jalan one-way... dan bagaikan macam ayam bercakap dengan itik.. kami menerangkan yang kami telah sesat... Alhamdulillah.. kami telah dimaafkan.. yang paling seronoknya.. kami bertanyakan kepada polis trafik tu kat mana nak beli sim card telefon.. tapi yang dia faham.. kami nak cari tempat karaoke... macam-macam.. ;-)


Kami tidak pulak membawa GPS.. apa yang kami bawa adalah BTO.. nak tau sistem apa BTO tu... haa.. Berhenti Tanya Orang.. sistem GPS yang terbukti berkesan... dan amat murah sekali... akhirnya kami berhenti sebentar di kawasan yang mempunyai tempat parking motor selepas bertanya kepada pegawai polis trafik tadi...


Own, Gi Pang dan Meck pergi cari sim card.. manakala yang lain terus menunggu kat sini... dan secara kebetulan datang seorang warga Thai.. berhenti kat kami dan bertanya mengenai "kerbau hitam" aku... dengan bahasa manglish aku dan thailish dia.. hehehe.. kami bersembang mengenai motor.. serta perjalanan kami ke sini.... siap try naik "kerbau hitam" lagi...


Sempat juga bertanya kat warga Thai tu.. kat mana nak makan.. dan lain-lain.. macam mana nak ke kawasan pantai dan sebagainya.. dia cadangkan kami pergi ke Lengu yang jaraknya dalam 50km dari sini... jauhnya.. kalau aku tak dak masalah.. tapi bagi yang lain-lain yang naik kapcai.. mungkin ada masalah sikit dari segi masa.. tak pa lah.. untuk kali ni.. kita enjoy makan kat sini dululah... apa-apapun terima kasih diucapkan kepada warga Thai tersebut.. lupa pulak nak tanya nama dia...


Sambil dok tunggu Own pi beli sim card Thailand.. sebab nak call kawan dia yang berada di Krabi... jom kita layan gambiran sekitar tempat kami berada ni...

Apa yang mak cik  ni dok perhati?...


Yang pakai vest oren tu.. memberi perkhidmatan kepada sesiapa yang perlu untuk ke mana-mana dengan membonceng motorsikal... dan pandai berbahasa melayu...


Sekumpulan motor Malaysia yang berada di negara asing...


Masih menunggu Own.. yang sedang mencari sim card...



Akhirnya Pak Cik Ayaq mengambil inisiatif dengan membeli peta Thailand yang berharga Baht 10... dari situ kami meneliti tempat-tempat menarik dan nombor-nombor jalan... serta sebagai rujukan untuk next trip nanti... he he he.. ;-P

Tengok betui-betui Pak Cik.. nombor jalan tu...


Dah dapat klue ker nak ke mana nih?... ;-P


Yang bertanda merah tu adalah jaringan lebuhraya di Thailand...

Akhirnya.. kami ambil keputusan untuk mencari tempat makan... sebab masing-masing dah kelaparan dan jam pun dah menunjukkan jam 1.30 tengah hari waktu Thailand.. bersamaan dengan 12.30 tengah hari waktu Malaysia...


Hasil sistem BTO yang digunakan tadi.. kami disarankan untuk ke kedai makan Islam yang terletak berhadapan dengan Balai Polis Satun.. jadi berderu-deramlah kami menuju ke sana...


Berpusing-pusinglah kami menuju ke lokasi.. sambil mencari lokasi balai polis... jangan kena tahan dengan polis sudahlah... dan akhirnya kami sampai di hadapan balai polis...

Sebelah kiri adalah balai polis... dan sebelah kanan adalah kedai makan yang dimaksudkan...



Inilah kedai makan yang dimaksudkan.. malangnya tutup sebab hari ni hari ahad... 



Disebabkan kedai makan tadi tutup.. kami berpusing-pusing lagi sekitar Bandar Satun untuk mencari kedai makan yang lain... tak kisah asalkan kedai makan halal....

Mana kedai makan nih...?



Dok ambik gambaq orang saja.. ambik gambir sendiri ler pulak...he he he .. ;-P


Tak jumpa lagi kedai makan...


Akhirnya... jumpa juga kedai makan....


Apa-apa pun.. kasi parking motor dulu elok-elok...


Suasana persekitaran nampak bersih... tanpa sampah sarap...


Cuaca.. nampaknya macam mendung sikit... minta-minta janganlah hujan pulak...

Ok.. kedai makan pun dah sampai... nampak gayanya kedai ni hanya menyediakan makanan yang bersup sahaja.. apa-apa pun hentam sajalah labu.. jadi sempena dengan kedai masakan sup ni.. aku namakan ride ni sebagai ride santai nasi sup Satun.. hihihi.. ;-)


Masing-masing perut dah lapar... jom kita makan sambil layan gambiran sekitar makan-makan sup siam nih...

 




Alhamdulillah... Gi Pang pandai berbahasa Thai.. jadi senang sikit buat order...






Akhirnya.. makanan pun sampai... apa lagi layan makan pulak ler... :-)


Inilah dia sup daging siam.. rasanya sedap.. dan agak berbeza dengan sup siam yang terdapat sekitar Perlis.. 















Sampai licin pinggan.... punya sedap...






Ok.. semua dah kekenyangan.. Alhamdulillah.. jam pun dah menunjukkann pukul 1.30 (waktu Malaysia).. jadi jom kita gerak.. nanti kalau lewat sampai sempadan.. gate tutup pulak... kalau gate tutup.. pilihan yang ada cuma masuk Malaysia melalui Padang Besar atau Bukit Kayu Hitam...


Bayaran yang kami perlu bayar sebanyak Bhat 450.. untuk 4 mangkuk sup daging.. 9 pinggan nasi serta air... 



Jadi.. makan dah.. rehat dah.. jom kita gerak menuju ke destinasi baru.... ke mana?

Tunggu...

p/s: nak kena bersiap pi sembahyang jumaat dulu...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

1 Rabiul Awal 1432 / 4 Februari 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...