06 Februari 2011

RIDE SANTAI NASI SUP SATUN, THAILAND FINAL EPISODE

Catatan Ayah

Ahad / 30 Januari 2011

Akhirnya.. kita sampai ke penghujung ceritera aku yang membosankan ini... tujuan aku tulis ceritera ni pun habuan ingatan aku dan anak cucu aku nanti.. kenangan  bila aku dah tiada nanti.. semoga menjadi kenangan yang bermakna buat anak cucu...

Kepada anak cucu aku nanti.. tatkala membaca ceritera ni nanti.. yang baik jadikan teladan.. yang buruk jadikan sempadan.. jauh berjalan luas pandangan... semoga pengalaman hidup dapat meningkatkan keperibadian dan meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Taala....

Ok... apa lah aku dok merapu merapan ni... melalut pulak...

Selepas berpecah.. Pak Cik Ayaq, Gi Pang, Arip dan Mat Noq... membawa haluan masing-masing.. balik ke rumah... manakala aku, Own, Ein, Bang Ajis, Suhail dan Meck.. meneruskan perjalanan ke Padang Besar untuk ke Padangbesar, Thailand.. untuk sesi ngeteh sambil makan tomyam.. saja-saja habiskan duit collection yang kami kutip sorang RM 20 pagi tadi kat Tasik Melati...

Jom.. layan lagi gambiran dari atas "kerbau hitam" aku.. dalam perjalanan menuju ke Padang Besar....


Gambar apa daaa.. yang aku ambik... hihihi..


Akhirnya.. kami sampai ke Padang Besar.. terus masuk ke Imigresen Malaysia untuk cop border pass.. settle.. kemudian masuk pulak ke Imigresen Thailand.. cop border pass.. kena lagi RM 1.. cuma tak payah ambik permit import kenderaan sebab yang tadi semasa ambik kat Wangprachan masih valid lagi...


Akhirnya.. kami masuk ke Padangbesar, Thailand.. keadaan agak tenang petang ni.. tak sesak.. 


Cuma.. bila masuk ke dalam Bandar Padangbesar.. keadaan agak sesak.. dan banyak kenderaan dari Malaysia.. dengan berbagai tujuan.. cuma kita hendaklah selalu bersangka baik.. 

Kat sini.. pada pandangan aku.. iman kena kuat sikit berbanding sebelah Satun.. kerana bermacam-macam godaan kat sini.. cuma nak tak nak saja.. dan aktiviti "tu" agak terbuka.. tanpa sebarang sekatan... tak macam kat Malaysia.. agak tertutup dan selalu kena ambush dengan penguatkuasa dan pihak Jabatan Agama.. kat sini... bak kata Nabil.. lu fikirlah sendiri...;-(


Pusing punya pusing.. akhirnya kami berhenti kat sebuah restoran Islam yang ada kat sini.. berdekatan dengan Hotel Light House... 


Antara yang kami pesan adalah.. ikan 3 rasa 2 ekor, tomyam, telur goreng dadar dan nasi serta nasi tambah beserta minuman... sementara dok tunggu makanan sampai.. jom kita layan gambiran sekitar tempat kami duduk.. sambil menikmati panorama petang di Padangbesar...




Inilah restoran yang kami singgahi.. nama restoran ni adalah Restoran Adam.. jadi kalau ada sesiapa yang sampai sini dan nak menjamu selera.. boleh cuba di sini untuk merasai perbezaan rasa masakan ala-thai antara yang terdapat di Malaysia dan yang asli made in Thailand... ;-)


Keadaan restoran yang amat bersih... kalau kat Malaysia mesti dah dapat sticker 'A' daripada Kementerian Kesihatan Malaysia...


Sambil-sambil dok tunggu makanan dan minuman sampai.. kami habiskan masa ngeteh dan berborak-borak imbas kembali kenangan semasa dalam perjalanan ke Satun tadi... serta rancangan ride masa depan jika ada rezeki dan kelapangan lagi...





Sambil-sambil tu.. layan jugak tengok aktiviti penduduk serta orang ramai sekeliling...





Haaa... makanan dah pun sampai....




Rezeki dah depan mata.. apa lagi... Bismillah..


Tu dia... tinggal kepala... pakat tibai...


Siap tambah nasi lagi...


Tinggal tulang beb... ;-)



Dah.. tersandar masing-masing... kekenyangan...




Perbezaan masa antara Malaysia dan Thailand...


Ok... makan dah.. semua dah kenyang.. kena dalam Bhat 750... apa lagi.. jom kita balik... tapi tak kalut sangat sebab gate kat Padangbesar, Thailand tutup pukul 11 malam... jadi relax ler sikit..


Jadi masa balik.. cop border pass kat Imigresen Thailand kena RM 1.. kemudian serahkan balik permit import kenderaan sementara.. terus masuk Malaysia.. cop border pass lagi sekali.. selesai.. terus vroomm balik rumah masing-masing...


Aku sampai rumah.. tepat jam 8.54 malam....


Dan menempuh jarak sejauh 202.5 km...


Dah tamat kisah perjalanan aku dan kawan-kawan ke Satun... perbelanjaan yang aku keluarkan untuk ride kali ni...

1. Minyak untuk "kerbau hitam" aku isi full tank sebanyak RM 13.00 dan sampai balik rumah masih ada lagi dua bar...

2. Duit cop border pass sebanyak RM 4...

3. Duit makan kami tong-tong sebanyak RM 20 seorang untuk sepanjang perjalanan ini...

4. Duit untuk permit import kenderaan sementara sebanyak RM 5...

p/s: ada masa.. kita jejalan lagi... adios...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

3 Rabiul Awal 1432 / 6 Januari 2011

2 ulasan:

  1. salam kenal@singgah.best dapat konvoi ramai2.minat gakk nak join .

    BalasPadam
  2. jom Bahulu.. tak dak masalah...

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...