05 Februari 2011

RIDE SANTAI NASI SUP SATUN, THAILAND PART 5

Catatan Ayah

Ahad / 30 Januari 2011

Alhamdulillah.. hari ni cuti Chinese New Year.. boleh relax-relax sikit... so pagi-pagi ni tak buat apa-apa lagi.. jadi aku sambung balik lah.. ceritera aku dan kawan-kawan ke Satun nih... selepas kelmarin berhenti pi sembahyang Jumaat...


Ok... setelah siap pembayaran dibuat... kami pun semua pakat pakai riding gear masing-masing.. destinasi seterusnya... Tesco.. sebelum bergerak balik ke Wangprachan...

Jom kita layan gambiran on the bike menuju ke Tesco...



Kami terus menuju untuk memasuki jalan utama 406.. yang mana jalan ni boleh menuju ke Hatyai...


Keadaan cuaca sangat baik.. cerah dan agak berangin... walaupun panas.. tapi taklah hangat sangat...


Setiap simpang akan ada lampu isyarat... sepanjang jalan menuju ke Tesco.. dan Bandar Satun pun dah jauh kami tinggalkan.... kenderaan masih tak berapa banyak atas jalan...


Pakat dok tengok marka.. naik motor 3 orang....


Steady lah Bang Ajis...


Dok renung apa tu Suhail?...


Apa yang dapat aku lihat lagi... boleh dikatakan setiap premis sama ada kedai makan, pejabat, kedai serbaneka dan lain-lain.. mereka akan kibarkan bendera Thailand.. dan tiada kedapatan bendera-bendera yang lusuh... dan kesimpulan yang aku dapat buat adalah... semangat kenegaraan mereka nampaknya cukup tinggi... tak terjumpa pula bendera-bendera Thailand yang lusuh dan rosak dikibarkan... sesuatu yang kita sebagai rakyat Malaysia patut ambil ikhtibar...



Perjalanan diteruskan lagi....


Ramai juga melambai-lambai kami disepanjang perjalanan... terasa macam konvoi besar-besaran pulak... hehehe.. ;-P



Suasana menjelang tahun baru cina juga terasa di sini... mungkin ramai juga penduduk berketurunan cina kat sini...


Lagi satu yang dapat dilihat di sini.. motorsikal yang diubahsuai menjadi motor roda tiga... untuk tujuan bawa barang-barang atau bawa orang.. cukup banyak di sini...


Akhirnya.. kami sampai ke Tesco... kat sini namanya Tesco Lotus.. sama macam Tesco yang ada kat Malaysia....


Masing-masing dah pun parking motor masing-masing.. tapi jangan lupa lock yer.. nanti tak pasai-pasai balik naik bas pulak....


Seperti mana Tesco kat Malaysia.. kat sini pun ramai juga pengunjungnya... pakat datang membeli-belah dihujung minggu...

Amboi Meck.. sikat rambut rapi nampak.. nak ngorat awek siam kot.... ;-D


Inilah Tesco Lotus....


Kami habiskan masa meronda-ronda kat dalam Tesco ni.. apa yang dapat aku lihat.. susun aturnya lebih kurang macam Tesco kat Malaysia juga.. kebanyakan barang-barangnya ada yang murah dan dan yang mahal jika dibandingkan di Tesco Malaysia.. antara yang murah adalah barang-barang elektronik seperti TV LCD, DVD dan macam-macam lagi... contohnya TV LCD 45" Samsung berharga Bhat 15,000... lebih kurang RM 1,500.. 

Selain tu.. terdapat juga kemudahan bank.. dan surau untuk lelaki dan perempuan.. di sebuah negara yang agamanya Buddha.. disediakan tempat sembahyang untuk rakyatnya yang beragama Islam.. itu dah sesuatu yang bagus...

Setelah puas pusing-pusing melihat Tesco.. kami pun bersiap untuk bergerak pulang....

Bergambar kenangan sebelum pulang...

Ok.. jom kita gerak balik ke Malaysia...

p/s: amboi.. pakat borong spek mata hitam pulak...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

2 Rabiul Awal 1432 / 5 Februari 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...