04 Februari 2011

RIDE SANTAI NASI SUP SATUN, THAILAND PART 3

Catatan Ayah

Ahad / 30 Januari 2011

Makan.. dah.. nak terkucil.. pun dah.. jadi apalagi.. jom lah kita.. jauh lagi nu.. perjalanan...

Tapi yang syoknya aku tengok kat Wangprachan ni.. ada satu tempat berehat yang disediakan.. dan di dalam kawasan tu disediakan tandas... tapi tidak dibenarkan membawa makanan ke dalam kawasan tu.. apa alasannya tak tahulah.. dah kita berada di negara orang.. jadi kenalah ikut adab-adab berada di rumah orang.. dan kena hormat apa-apa pun peraturan yang disediakan...


Jadi.. semua dah sedia dan pakai riding gear masing-masing.. so apalagi.. tayar pun bergolek lah... tapi perjalanan kami agak perlahan kerana kesesakan orang yang lalu lalang di sepanjang jalan...


Apa yang aku dapat lihat.. kat sebelah Wang Kelian.. ramai rakyat Malaysia dan Perlis berduyun-duyun menyeberang sempadan ke Wangprachan, Thailand untuk membeli-belah.. dan sebelah Wangprachan pulak.. ramai rakyat Thailand menyeberang sempadan ke Malaysia untuk membeli-belah kat Wang Kelian... mungkin masing-masing hendak ubah selera membeli-belah kot.. masing-masing citarasa... tapi yang pastinya.. memang ramai sungguh pengunjung yang datang..

Lega rasanya bila dah melepasi kesesakan orang ramai yang berduyun-duyun ke pasar sehari... jadi sekarang kita layan gambiran yang aku sempat ambil dari atas motor sepanjang perjalanan...


Sepanjang perjalanan.. apa yang dapat aku lihat.. keadaan jalan amat memuaskan.. bahkan sesetengah tempat.. jalannya lebih baik dari Malaysia.. khususnya Perlis.. tak ada beralun dan lubang-lubang yang dibuat seperti lubang untuk TNB dan Telekom.. smooth and steady...


Suasana kampung juga lebih kurang macam suasana kampung kat Perlis.. dan rupabentuk rumah juga lebih kurang dengan rupabentuk rumah-rumah yang dibina di Perlis.. cuma ada ler dalam sebuah dua yang agak berbeza designnya...


Talian elektrik dapat dilihat sepanjang jalan.. cuma tak nampak talian telefon.. adakah kat sini tidak menggunakan talian telefon?.. atau depa cuma menggunakan handphone saja.. tiada diketahui... dan lagi satu.. tiada kedapatan lampu-lampu jalan di sini.. mungkin orang jarang menggunakan jalan ni pada waktu malam.. jadi tiada keperluan untuk menyediakan lampu jalan disepanjang jalan ni...


Seperti mana kampung-kampung kat Perlis khususnya.. sama juga kat sini.. banyak betul kedai-kedai kopi disepanjang jalan.. tempat orang-orang kampung berlepak.. dan lagi satu yang aku dapat perhatikan.. kat sini khususnya... masih terdapat kedai-kedai yang menjual minyak petrol dalam botol.. macam dulu-dulu kat Perlis.. dalam era tahun 70-80an... adakah minyak-minyak petrol dan diesel ni hasil seludup dari Malaysia?... tiada diketahui.. tapi kat Thailand.. apa yang aku perasan.. harga minyak memang agak mahal sikit.. dalam Bhat 38.. lebih kurang RM 3.80 seliter...


Perjalanan kami.. slow and steady... no rush-rush.. antara 60 hingga 80 km/j.. baru boleh menikmati alam sekeliling dan dapat melihat keadaan setempat....

Keadaan jalan yang sedang dinaik-taraf di sesetengah tempat...






 Lagi satu... apa yang dapat aku perhatikan di sini... kebanyakan penunggang motorsikal tidak memakai topi keledar... mungkin pihak berkuasa belum mewajibkan lagi.. tak tahulah.. dan ada juga yang pakai.. tapi nampak tak berapa sempurna... ibarat macam topi keledar Apollo kalau kat Malaysia ni...


Selepas melalui kawasan-kawasan yang agak berhutan.. kini kami lalui kawasan-kawasan yang di kiri-kanan jalan terdampar sawah-sawah padi... nampak pada gayanya... di sini mereka dah habis menuai.. dan dari kesan-kesan yang dapat dilihat.. kaedah menuai menggunakan mesin menuai... sama seperti di Malaysia.. dan lagi satu.. apa yang dapat dilihat dari kesan-kesan selepai tuaian.. mereka menggunakan kaedah menanam padi.. tak seperti di Perlis dan Kedah yang menggunakan kaedah tabur terus... tidak tahu pulak mereka usahakan bendang mereka berapa kali setahun...
 


Dapat juga dilihat.. sepanjang perjalanan ke Satun.. banyak sekali masjid yang didirikan... jadi sudah pasti.. majoriti penduduk di sini adalah beragama Islam... 










Akhirnya.. kami sampai ke penghujung jalan... dan kami akan memasuki lebuhraya menuju ke Satun... iaitu lebuhraya 406.... yang mana kiri menuju ke Satun.. dan kanan menuju ke Hatyai...


Kini... kami mula memasuki lebuhraya 406... menuju ke Satun...


Apa yang boleh aku katakan.. jalannya cukup elok tanpa lubang dan beralun... dan tanpa bertol... cuma kedapatan banyak kedai-kedai di tepi-tepi lebuhraya ni... atau lebih tepat jalan utama 406... juga dapat dilihat banyak masjid-masjid di sepanjang jalan... cuma mungkin hari ni hari ahad.. maka banyak kedai-kedai yang ditutup... cuti hujung minggu...


Kelajuan masih lagi maintain dalam 60 - 80 km/j....






Akhirnya.. kami sampai ke sebuah stesen minyak yang terletak di tepi jalan ni... jadi.. ketua konvoi kami berhenti sekejap untuk berehat... serta ada yang setengahnya nak buang air kecil... 


Bersebelahan dengan stesen minyak ni.. terdapat sebuah kedai serbaneka.. seakan-akan 7-11... jadi kami semua pakat berehat sebentar di sini sambil menunggu kawan-kawan yang nak terkucil...


Pujian harus diberi.. dan kita patut ambil pengajaran.. apa yang aku lihat.. tidak terdapat sampah pun di sini walau hanya sepuntung rokok.. cukup bersih.. hinggakan aku sendiri tak berani nak buang puntung rokok... lalu dibuangkan puntung rokok tu ke dalam tong sampah besar hijau yang terdapat di situ...













Setakat sekarang... masing-masing masih lagi teruja dengan perjalanan serta masih segar... janji kita enjoy....

p/s: mengantuk pula... esok aku sambung balik cerita serta gambiran.... sepanjang perjalanan kami...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

29 Safar 1432 / 3 Februari 2011

5 ulasan:

  1. tak pernah gi siam..
    ramai2 ok ar kan

    BalasPadam
  2. ni pertama kali pi sana..

    march ni cadang nak pi phat bara pulak kalau ada rezeki...

    BalasPadam
  3. "Pujian harus diberi.. dan kita patut ambil pengajaran.. apa yang aku lihat.. tidak terdapat sampah pun di sini walau hanya sepuntung rokok.. cukup bersih.. hinggakan aku sendiri tak berani nak buang puntung rokok... lalu dibuangkan puntung rokok tu ke dalam tong sampah besar hijau yang terdapat di situ..."

    sy setuju sgt bro..3 hari lepas pegi golok..kat situ sgt bersih walaupun terdapat byk gerai menjual makanan.. org2 di situ juga peramah.. ;)

    BalasPadam
  4. Teruskan menulis akak masih belum berkesempatan menulis cerita Thailand.

    BalasPadam
  5. terima kasih kak zmah.. insyaAllah.. ada rezeki dan berpeluang lagi ke Thailand.. saya cerita lagi..

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...