02 Februari 2011

RIDE SANTAI NASI SUP SATUN, THAILAND PART 2

Catatan Ayah

Ahad / 30 Januari 2011

Haaa.. iklan dah habis.. jadi kita sambung lagi ceritera nak pi makan nasi sup kat Satun, Thailand...


Sesi bergambar-gambir dah sudah... menikmati hawa sejuk kawasan bukit pun dah... rokok pun dah 2-3 batang habis...


Masing-masing pakat seronok dan teruja.. ada yang seronok sebab nampak kabus.. ada yang seronok sebab tak nampak bumbung hospital..hihihi.. dan ada yang seronok sebab tak nampak muka Kri FM... hehehe.. ni lagi ganas... janji tak bincang bab kerja...


Masing-masing.. kini bersedia untuk memulakan perjalanan.. sebelum perjalanan dimulakan.. kami berbincang mengenai apa yang akan kami tempuhi... disamping menjaga keselamatan masing-masing nanti semasa menunggang di Thailand...


Perjalanan dimulakan.. kini menuruni bukit Wang Kelian.. yang amat curam dan berliku.. tambahan pula diselang-seli dengan bas persiaran serta kereta yang mengunjungi Wang Kelian.. yang terkenal dengan pasar seharinya.. dan pengunjung bebas masuk keluar sempadan Malaysia-Thailand tanpa menggunakan border pass atau passport.. tapi setakat pasar sehari tu sajalah...


Selepas melalui jalan yang berliku dan menuruni bukit... kami sampai ke kawasan datar semula.. lega rasanya.. kerana berjaya melepasi jalan-jalan tadi.. kalau tak berhati-hati.. alamatnya motor masuk gaung ler...


Kemudian.. kami singgah sebentar ke stesen minyak Caltex.. stesen minyak terakhir sebelum masuk ke Thailand dari arah pintu masuk sempadan Wang Kelian... masing-masing terus isi minyak kecuali aku dan Mat Noq.. Mat Noq dah isi sebelum ni serta bawa bekal minyak 1 tong.. aku pulak tangki besar.. Alhamdulillah...


Yang syoknya.. Own.. tak pernah dok isi RON 97.. kali ni terisi RON 97... akibat tak tau baca tulisan Thai yang terdapat kat pam minyak... hah.. dah kena bayar seliter RM 2.40....


OK.. semua dah ready.. jom kita mulakan perjalanan.. kita gegarkan Satun dengan deruman enjin motor kapcai... hehehehe... ;-)


Alhamdulillah.. cuaca setakat la ni.. cukup baik.. dan nyaman.. tak panas tapi agak sejuk.. sebab la ni musim angin timur.. tambahan pulak la ni dok dalam kawasan berbukit.. memang nyaman...


Perjalanan diteruskan.. slow and steady.. had laju dalam lingkungan 60 hingga 80 km/j.. padan ler dengan kapcai.. aku sebagai sweeper.. ikut jer dari belakang... akhirnya kami sampai ke Wang Kelian.. sebelah Malaysia.. ramainya pengunjung.. dan kereta dan bas berbaris-baris parking kat tepi jalan.. rasa-rasanya hampir satu kilometer depa kena berjalan dari tempat parking ke pasar sehari ni...


Kami berhenti sebentar kat Pos Imigresen Wang Kelian.. prepare border pass.. dan terus ke kaunter untuk cop border pass.. Alhamdulillah.. semua selesai tanpa sebarang masalah... yang best nyer... Gi Pang tersilap bawa border pass.. dia bawa border pass 2010 punya dan tak bawa yang 2011 punya.. apalagi.. lepas ni jadi PATI ler kat Thailand... jangan sampai kena tangkap dengan polis Thai sudah... hihihi... kena ingat.. lain kali kena periksa dulu semua dokumen sebelum mulakan perjalanan... ;-)


Selesai urusan kat Imigresen Malaysia.. kami pun menyeberang pagar menuju ke arah Thailand.. manusia ramai sungguh.. kemudian kami terus ke tempat parking motor untuk urusan dengan pihak imigresen Thailand pulak...


Mula-mula kami ke kaunter imigresen untuk cop border pass.. kat sebelah Thailand.. sekali cop kena bayar kat pegawai imigresen RM 1 atau Bhat 10.. Alhamdulillah.. semua selesai urusan cop border pass... kemudian kami ke kaunter kastam Thailand pulak untuk urusan permit import motor sementara.. disebabkan masing-masing tiada rekod masuk ke Thailand dengan motor.. jadi urusan mengeluarkan permit agak lambat sikit sebab kena masukkan data ke sistem pengkalan data Thailand satu per satu.. jika dah ada rekod.. mungkin tak akan mengambil masa yang lama... dan kami dikenakan bayaran sebanyak RM 5 atau Bhat 50 untuk setiap motor.. dan kena tunjukkan geran motor sama ada original atau salinan fotostat...


Alhamdulillah... semua selesai.. kemudian kami tuju ke kedai makan.. untuk sarapan pagi.. dah keluar awal tadi.. mana sempat makan lagi..


Tiada masalah makan kat sini... sebab sebelah sini iaitu Wangprachan, Thailand... kebanyakan penduduknya beragama Islam.. kami tuju ke sebuah kedai makan.. masing-masing pakat order makanan... dan aku beli pulut ayam... sedap pulut ayam kat sini.. berbeza dengan yang dijual kat sebelah Kangar... serta minum nescafe ais... nasib baik Gi Pang pandai cakap Siam.. minta dia tolong order...


Pulut ayam ni.. harganya RM 1.50... kalau kat Kangar mau RM 3.00...

Jom.. kita layan gambiran sekitar pekan Wangprachan sambil layan sarapan pagi...

Leka masing-masing.. layan dok makan...


Inilah... Gi Pang.. merangkap juru bahasa kami...


Mat Noq pun layan pulut ayam juga....


Makan sampai kenyang.. Suhail.. jauh lagi perjalanan kita nih...


Sampai licin pinggan bang.... 


Antara motor kapcai kat Thailand.. dulu kat Malaysia.. Honda ada keluarkan model macam nih...

Semua dah kenyang... jadi.. jom kita mulakan perjalanan kita kembali...


Sebelum tu.. ada yang nak terkucil dan macam-macam.. jadi masing-masing pakat tunaikan tanggungjawab dulu.. kalau tak.. nanti meleleh kat tengah jalan... hihihi... ;-P

Sementara tu.. jom kita layan gambiran sebelum perjalanan dimulakan...



p/s: iklan sat dulu yer... dah nak masuk waktu maghrib.. aku solat dulu.. nanti aku sambung lagi yer... sorry...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

28 Safar 1432 / 2 Januari 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...