26 Februari 2011

PILI BOMBA 3

Catatan Ayah

Sabtu / 26 Februari 2011
Jam 7.10 pm
Hadapan Kompleks Arau / Pasaraya C-Mart

Agak lewat aku ke Pasaraya C-Mart hari ni.. selepas ke MURoC 2011 di Dewan 2020..

Selepas membeli-belah beberapa barang keperluan.. isteri aku beritahu, "cerita bab pili bomba ada lagi ka?"..

"Ada lagi.. sambung sampai hujung Mac ni..", balas aku..

"Tu.. ada satu.. tak mau ambik gambaq ke?", kata isteri aku sambil tunjuk ke arah satu pili bomba..


Tu dia.. ada sebuah pili bomba.. siap ada pagar lagi.. kalau aku boleh beri nama kat pili bomba ni.. mungkin aku beri nama pili bomba putri lindungan bulan.. siap ada pak guard..


Jika dilihat pada kedudukan pili bomba ni.. ia telah dipasang di antara tempat letak kenderaan dan laluan kenderaan.. jadi untuk mengelakkan daripada dilanggar kenderaan yang lalu lalang.. maka pihak yang berkenaan telah memasang tiang serta meletakkan pasu bunga bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini berlaku.. syabas dan terima kasih...


Cuma satu benda saja yang mencacatkan pemandangan.. masih ada segelintir pengguna troli membeli belah yang kurang berdisiplin.. masih malas nak hantar dan letakkan balik troli tu ke tempatnya.. supaya orang lain pulak boleh menggunakannya.. sebab tu tadi aku tengok troli kurang kat dalam pasaraya.. dan masih ada orang yang tak tahu membezakan antara tong sampah dan pasu bunga... masih gatal tangan membuang sampah merata-rata...

p/s: marilah kita sama-sama jadi bangsa Melayu Islam yang terbaik serta contoh kepada bangsa lain...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

23 Rabiul Awal 1432 / 26 Februari 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...