23 Februari 2011

MINGGU YANG MEMENATKAN...

Catatan Ayah

Rabu / 23 Februari 2011

Hari ni adalah hari yang ke-9... aku berulang-alik antara Kangar dan Alor Star.. menjalankan tugasan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)...

Bermula dari 14hb sampai esok 24hb.. aku kena menjalankan tugasan untuk QC test fluoroscopy kat HSB.. yang melibatkan C-Arm, General Fluoroscopy dan Angiography..

Memang memenatkan.. apatah lagi selama 10 hari.. tubuh badan aku terdedah dengan radiasi dari mesin x-ray... sampai nak update blog ni pun rasa memenatkan...

Ya.. selama 10 hari.. aku harus habiskan sebanyak 10 unit mesin x-ray... ramai yang kata.. satu hari boleh buat test 2 unit mesin x-ray.. tapi bagi aku.. cukuplah satu hari satu unit mesin x-ray saja.. sebab badan kita terdedah kepada radiasi.. ini pun demi keselamatan diri sendiri... kalau nak tau macam mana rasanya.. try tengok.. letih ke dak kalau terdedah dengan radiasi x-ray...

Dan esok adalah hari terakhir aku berada di HSB.. dan aku akan rehat sebentar.. dan akan bersambung di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani pulak... serta Hospital Kulim...

Dan selama 10 hari juga.. aku ride ke HSB...


Alhamdulillah... selama 10 hari ni.. semua kerja-kerja berjalan dengan sempurna... tanpa ada sebarang masalah... terima kasih kepada Syaiful Khairy kerana banyak membantu...


p/s: kekadang tu rasa boring jugak dok buat benda ni selama hampir 10 tahun.. tapi dah tanggungjawab... buat jer lah... mudah-mudahan mendapat keberkatan Allah Taala.. nak pi ride mana-mana pun tak dan lagi nih...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

20 Rabiul Awal 1432 / 23 Februari 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...