20 Februari 2011

MAKAN-MAKAN...

Catatan Ayah

Ahad / 13 Februari 2011

Sekali-sekala kalau ubah tempat makan... orang kata sedap.. tak kiralah kat mana.. bagi yang ada kemampuan.. boleh ler ke restoran-restoran mahal.. tapi bagi aku yang kurang kemampuan nih.. ikut kreativiti ler kot..

Hari ni hari ahad.. petang ni kakak Dina kena ke tuisyen.. kalau nak ubah tempat makan dengan berkelah.. rasanya tak sempat kot.. lagi pun kalau kat Perlis ni.. nak pi mana?

Kalau ada masa.. ada 2-3 tempat dalam kepala otak aku.. sama ada Bukit Wang kat Jitra.., Batu Pahat.., Timah Tasoh.., dan Gua Kelam.. tapi dah masa tak sempat.. last-last kat belakang rumah jer...

Kami sekeluarga ambil keputusan untuk berkelah di belakang rumah saja.. di bawah pokok rambutan dan pokok mempelam harum manis...

Antara menu makan-makan kami hari ni... ayam masak kicap cuka kurma.., asam pedas melaka style.. dan nasi goreng jer..


Tapi sebelum makan.. kena baca doa dulu...


Bila makan kat belakang rumah.. bawah pokok pulak tu.. dan dibuai dengan angin timur yang sedang melanda Perlis sekarang ni.. menu yang simple macam ni pun habis.. tak kira sedap ke tidak... hihihi...


Dalam dok makan-makan ni.. sempat juga menengok.. banyak juga bunga mempelam harum manis ni.. minta-minta menjadi mempelam harum manis tahun ni.. tapi cuma masalah mempelam harum manis ni.. ulat saja.. mempelam harum manis ni.. makan dengan pulut santan.. pergh!!!... ngancam.. kalau sapa-sapa tak pernah cuba.. nanti bila musim mempelam harum manis.. mai Perlis.. cuba tengok..


Rambutan anak sekolah ni pun tak bunga lagi.. rambutan anak sekolah ni.. yang istimewanya.. isi dia lekang.. mudah dipisahkan dari biji.. bila nak bunga tak tau ler.. setakat sepokok ni.. boleh ler merasa.. tak payah nak pi beli kat pasar malam.. inilah satu-satunya keseronokan tinggal di kampung...


p/s: Eeerrkkk.. alhamdulillah.. nanti ada masa lapang.. kita hampar tikar.. makan-makan lagi...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

17 Rabiul Awal 1432 / 20 Februari 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...