11 Februari 2011

HATI SEORANG AYAH

Catatan Ayah

Jumaat / 11 Februari 2011

Ayah mana yang tak sayang dan kasihkan anaknya.. tambahan pula si anak berada jauh darinya... dan tidak pula di bawah jagaan ayahnya..

Dan betapa peritnya.. hati seorang ayah yang hanya berpeluang melihat anaknya setahun sekali.. selama 10 tahun yang lalu.. dan turut dinafikan haknya untuk membawa anaknya itu keluar berjalan-jalan dan datang ke rumahnya di kala cuti sekolah..

Dan betapa peritnya hati seorang ayah bila tiba-tiba diberitahu yang anaknya tu telah pun memasuki alam dewasa (telah bersunat) tanpa pengetahuannya... ntah-ntah nanti si anak kahwin pun si ayah tak diberitahu...

Cuma si ayah ni tidak mahu memanjangkan kisah lukanya dengan pihak mertua bekas isterinya... demi kebahagiaan si anak...

Biar pun hati perit terluka.. namun si ayah tetap memendam rasa... seorang diri...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

8 Rabiul Awal 1432 / 11 Februari 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...