20 Februari 2011

EPF...

Catatan Ayah

Ahad / 20 Februari 2011

Alhamdulillah... syukur ke hadrat Allah Taala dan segala puji-pujian hanya kepada Allah.. yang memberi rezeki dan rahmat...

Tadi.. ada dengar berita kat salah sebuah stesen TV.. yang melaporkan KWSP telah mengumumkan kadar dividen untuk tahun kewangan berakhir Disember 2010 sebanyak 5.80 %... melebihi kadar 2009 yang ketika itu sebanyak 5.65 %.. Alhamdulillah...

Jadi.. aku layar ke laman web rasmi KWSP untuk pengesahan... dan berita tu boleh di baca di sini...

Alhamdulillah...

Namun begitu.. aku dok compare dengan sejumlah daripada simpanan dari akaun 1 KWSP yang aku laburkan dalam salah satu saham amanah yang diluluskan oleh KWSP... sejak 2008.. aku telah mendapat keuntungan sebanyak 36.67 %... dengan kata lain 12.22 % setahun... 2 kali ganda dari EPF...


Lagi sekali .. Alhamdulillah... dan kekerapan aku labur dalam saham amanah adalah setiap 3 bulan sekali.. seperti yang dibenarkan oleh KWSP.. untuk dilaburkan dalam saham amanah...

Jadi.. kepada kawan-kawan.. kalau nak tahu macam mana.. boleh PM aku atau hantar jer e-mail kat aku.. nanti kita boleh sembang panjang...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

17 Rabiul Awal 1432 / 20 Februari 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...