01 Februari 2011

RIDE SANTAI NASI SUP SATUN, THAILAND PART 1

Catatan Ayah

Ahad / 30 Januari 2011

Hampir 2 minggu merancang.. akhirnya terlaksana juga hari ni.. ride santai makan tengah hari di Satun, Thailand... tu dia.. punya jauh pi makan tengah hari.. ;-)


Pagi-pagi lagi.. aku keluar dari rumah.. seawal 7.45 pagi.. amboi sejuk bukan main la ni.. Perlis sedang dilanda musim winter wind.. hi hi hi... ;-P


Lokasi RV adalah Tasik Melati jam 8.00 pagi dan tayar golek jam 8.15 pagi.... bukan apa nak tolak awal untuk elakkan kesesakan kat Wang Kelian nanti.. sebab hari ni hari ahad.. ramai orang ke Wang Kelian hari ni...

Sampai saja Tasik Melati.. aku tengok tak dak sapa yang dok tunggu.. hai.. jadi ker ride hari ni.. jangan pulak tak jadi... dok sat.. Own call.. kata pakat dok tunggu kat bahagian belakang Tasik Melati.. kat pintu gerbang.. apalagi.. celapak la pulak aku ke sana..


Sampai sana.. semua dah pakat ada.. kecuali Nadzari.. tak kan Pak Cik Ayaq tak jadi kot.. sembang-sembang sat.. Nadzari pun sampai dengan EX5nya..

Antara yang ikut ride kali ni adalah... Nadzari, Bang Ajis, Mat Noq, Ein, Arip, Meck, Gi, Suhail, Own dan aku.. masing-masing naik kapcai.. cuma aku jer tunggang "kerbau hitam" sekor ni..


Sebelum perjalanan dimulakan.. bacaan doa dimulakan.. semoga perjalanan ni tak ditimpa sebarang musibah dan bencana.. dan semoga perjalanan ni.. semua orang akan happy dan enjoy...

Perjalanan dimulakan dengan menuju ke Wang Kelian...

Empangan Timah Tasoh.. banyak juga air takungan walaupun musim timur la ni...

Bang Ajis dengan Yamaha Nouvo LC nyer... ;-)

Suhail dengan Modenas Kriss...


Menuju ke Kaki Bukit.. dengan pemandangan kebun getah di kiri kanan jalan.. harga getah mahal sekarang ni.. :-P


Tak jauh dah Wang Kelian.. semua orang nampak bersemangat.. hihihi.. :-)

2 anak teruna glamer.. Gi dan Meck...


Pak Cik Ayaq dengan Honda EX5 nya...


Kepala lutut aku... HAHAHAHAHA...


Own.. merangkap ketua konvoi serta marshall...


Ein.. racer Faber...


Akhirnya kami semakin menghampiri Kaki Bukit.. bukan kaki bukit (bawah bukit yer..) tapi nama tempat Kaki Bukit...


Berhenti rehat sat kat pekan kecil Kaki Bukit...




Sempat lagi Suhail lap rim motor bagi merelik.. hihihi... ;-)

Selepas berehat sekejap dalam sebatang rokok.. masing-masing dah siap sedia untuk meneruskan perjalanan.. dan kami terus menuju ke Wang Kelian..


Inilah pertama kali aku sampai ke puncak bukit Wang Kelian.. jalannya.. Ya Allah.. berliku-liku.. dan curamnya cukup tinggi.. setelah melayan korner sikit.. kami singgah sekejap di puncak bukit...

Pemandangan pagi di puncak bukit Wang Kelian...


Dan di sinilah pengalaman yang aku tak akan lupakan.. sewaktu hendak parking motor.. aku telah jatuh dek kerana kaki tak sampai jejak ke tanah... bedebuk aku dan "kerbau hitam".. tergolek atas jalan.. nasib baik "kerbau hitam" tak cedera..

Nak angkat.. berat sungguh "kerbau hitam" nih.. nasib baik aku pernah tengok Youtube tahun lepas.. cara-cara nak mengangkat motor.. so aku try kaedah tu.. dan Alhamdulillah.. berjaya...

Jadi.. kami berhenti sekejap kat sini.. sambil mengambil udara sejuk dan menikmati pemandangan yang indah.. ala-ala dok kat genting kot... kata pak Cik Ayaq...





p/s: iklan sat.. yer... bersambung... hihihihi.. ;-D

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

27 Safar 1432 / 1 Februari 2011

1 ulasan:

  1. Salam. Nak tanya. Kat mana di kita boleh beli insuran di sekitar Wang Kelian sebelum masuk ke Thailand?
    -Hazwan Hafiz

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...